HOUSTON, 21 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Ascend Performance Materials telah melancarkan ReDefyne™, sebuah portfolio poliamida lestari yang dihasilkan dengan 100% poliamida 66 atau poliamida 6 kitar semula prapengguna dan pascapengguna untuk memberikan jejak karbon yang rendah serta prestasi yang boleh dipercayai, walaupun dalam penggunaan yang mendesak.
"Kami memberi tumpuan dalam membantu para pelanggan kami memenuhi matlamat kelestarian jangka panjang mereka dengan produk yang inovatif dan boleh dipercayai," ujar Steve Manning, Pengarah Kanan Bahan Rekayasa Ascend. "ReDefyne menggabungkan kepakaran Poliblend kami dengan operasi bersepadu dan kepakaran kami dalam membangunkan penggunaan global untuk menghasilkan poliamida kitar semula yang berfungsi di bidang yang lazimnya tidak menggunakan bahan kitar semula."
Produk ReDefyne mendapat perakuan daripada pihak ketiga dan Ascend bekerjasama dengan ITW Global Fasteners untuk memulakan usaha kebolehkesanan blok rantai mengikut UNI EN 15343 melalui program Certified Circular Plastic® Plastic Finder.
"Dengan ReDefyne, ITW menghasilkan pengikat yang mempunyai jejak karbon yang jauh lebih rendah," kata Christelle Staller, Pengarah Jualan EMEAI, Ascend. "ITW dan Ascend percaya bahawa kelestarian memerlukan kebertanggungjawaban dan teruja untuk memulakan program kebolehkesanan blok rantai Certified Circular Plastic."
Ascend, pengeluar bahan tahan lama yang bersepadu sepenuhnya yang memberi tumpuan terhadap pengurangan jejak karbon produknya telah mengumumkan komitmen untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijaunya sebanyak 80% menjelang tahun 2030 dan pada awal bulan ini turut mengumumkan dua pencapaian baharu.
Ascend akan mempamerkan inisiatif kelestariannya dan produk baharu, termasuk ReDefyne, HiDura MED serta penyelesaian e-mobiliti baharunya di K 2022 yang bertemakan 'Advancing Together' dari 19-26 October di Reruai A07, Dewan 6.
Tentang Ascend Performance Materials
Ascend Performance Materials mengeluarkan bahan berprestasi tinggi untuk keperluan harian dan teknologi baharu. Tumpuan kami adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan mengilhamkan masa depan yang lebih baik melalui inovasi. Berpangkalan di Houston, Texas dan dengan pejabat serantau di Shanghai, Brussels dan Detroit, kami merupakan penyedia penyelesaian bahan bersepadu sepenuhnya dengan kemudahan pembuatan global di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Tenaga kerja global kami menghasilkan bahan yang digunakan untuk menghasilkan kenderaan yang lebih selamat, tenaga yang lebih bersih, peranti perubatan yang lebih baik, peralatan yang lebih pintar dan pakaian serta barangan pengguna yang lebih tahan lama. Kami komited terhadap keselamatan, kemampanan serta kejayaan pelanggan dan komuniti kami.
Ketahui lebih lanjut tentang Ascend di www.ascendmaterials.com.
Hubungan: Ally Jahn, +1 713-210-9809, ajahn@ascendmaterials.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1924490/Redefyne.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1326397/ASCEND_Logo.jpg?p=medium600