omniture

Sojern dan GauVendi Bekerjasama Untuk Membantu Para Pengendali Penginapan Memacu Tempahan Langsung dan Pendapatan

Sojern
2022-10-21 04:32 116

Kerjasama ini mendayakan kaedah pengurusan inventori dan jualan berasaskan atribut baharu untuk mendorong jualan langsung dan jualan segera sambil memenuhi kehendak dan keperluan tetamu dengan lebih baik  

LONDON, 21 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Sojern, platform pemasaran digital terkemuka yang dibangunkan untuk sektor pelancongan dan GauVendi, sistem jualan dan pendapatan untuk hospitaliti, hari ini mengumumkan kerjasama baharu bagi membantu para pengendali penginapan menyerlahkan diri dalam kalangan para pesaing. 

"Setelah lima belas tahun kami menyokong industri pelancongan, komitmen kami untuk menjana lebih banyak hubungan langsung sambil mendorong tempahan dalam talian kini semakin kukuh," kata Josh Beckwith, Pengarah Urusan Akaun Strategik Global Sojern. "Kerjasama baharu kami dengan GauVendi dan kaedah penjualan, pengurusan pendapatan, pemasaran serta peluang automasi perniagaan penginapan mereka yang baharu adalah sejajar dengan matlamat Sojern untuk memaksimumkan peluang pendapatan bagi setiap tempahan." 

Dalam landskap digital masa kini yang semakin kompetitif, Sojern dan GauVendi telah bekerjasama untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing. Sojern menyediakan alat kepada pemasar pelancongan untuk mendorong permintaan yang menjimatkan kos, mempengaruhi dan membina kesetiaan pelanggan dalam dunia yang mengutamakan digital. GauVendi sedang memperbaharui cara pengalaman penginapan dijual, diberi harga dan dipasarkan melalui falsafah peruncitan dan teknologi proprietari baharu yang memperkasakan personalisasi dan perbezaan sebenar. 

"Misi kami yang disertai dengan perisian pengedaran dan jualan unik kami adalah untuk memanfaatkan keupayaan hospitaliti sebaiknya untuk menjual dan menyampaikan pengalaman tetamu yang unik dan seterusnya mencapai pulangan aset yang lebih baik. Dengan tumpuan bersama kami untuk mendorong tempahan pelancongan secara langsung, kami berbesar hati mengumumkan kerjasama kami dengan Sojern," kata Markus Mueller, Pengarah Urusan GauVendi. "Kami akan bersama-sama menyediakan pengalaman tetamu yang ditambah baik melalui saluran tempahan langsung berbanding peruncit penginapan pihak ketiga. Kaedah jualan berasaskan ciri meletakkan kuasa memilih kembali ke tangan para tetamu dengan mantap." 

Tentang Sojern

Sojern  ialah sebuah platform pemasaran digital terkemuka yang dibangunkan untuk pemasar pelancongan. Dikuasakan oleh kecerdasan buatan dan data hasrat pelancong, Sojern menyediakan penyelesaian pemasaran berbilang saluran untuk memacu permintaan langsung. Sejumlah 10,000 hotel, pusat tarikan, badan pelancongan dan pemasar perjalanan bergantung pada Sojern setiap tahun untuk menarik dan mempengaruhi para pelancong di seluruh dunia.

Tentang GauVendi 

GauVendi  ialah sistem jualan pusat berasaskan awan untuk hospitaliti yang memperkenalkan pengurusan inventori dinamik dan berasaskan ciri serta berbeza daripada sistem pengurusan inventori bilik yang statik. Struktur dan pusat data baharunya merupakan asas untuk AI pintar yang membolehkan kaedah penjualan, pengurusan pendapatan, pemasaran dan penyelesaian automasi baharu bagi sebarang jenis perniagaan penginapan yang ingin menghasilkan pengalaman tetamu yang diperibadikan.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/249299/sojern_logo.jpg?p=medium600 

Source: Sojern
Keywords: Advertising Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Travel Licensing/marketing agreements New products/services Data Analytics