omniture

SHUTTERSTOCK DAN POND5 MEMPERLUAS KOLEKSI KANDUNGAN PREMIUM DENGAN MENJAMIN HAK PENGEDARAN KEPADA KOLEKSI VIDEO SINEMATIK BERKUALITI TINGGI FILMPAC

Shutterstock, Inc.
2022-10-21 09:11 108

Dengan lebih 100,000 video yang difilemkan oleh sutradara terkemuka, koleksi skala besar FILMPAC adalah ideal untuk para profesional kreatif dengan bakat yang dramatik

NEW YORK, 21 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK), platform kreatif global yang terkemuka untuk syarikat-syarikat media dan jenama transformatif, hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan FILMPAC, sebuah butik rakaman premium, untuk membawa koleksi video berkualiti pawagam premium FILMPAC untuk Pond5 dan Shutterstock.

With over 100,000 videos filmed by leading cinematographers, FILMPAC’s upscale collection is ideal for creative professionals with a dramatic flair
With over 100,000 videos filmed by leading cinematographers, FILMPAC’s upscale collection is ideal for creative professionals with a dramatic flair

Diasaskan oleh pembuat filem untuk pembuat filem, platform kreatif FILMPAC menampilkan kandungan video 4K yang dihasilkan oleh para sutradara dan artis bertaraf dunia. Ia mempunyai koleksi yang terdiri daripada kira-kira 100,000 aset video di 15 koleksi yang ditata susun, merakam detik-detik yang hebat, mentah dan asli yang membolehkan pemasar dan pembuat filem memaksimumkan potensi penceritaan kreatif mereka dan mencipta dengan penuh keyakinan. Sebagai rakan kongsi pengedaran global untuk FILMPAC, Shutterstock dan Pond5 telah membuka akses kepada kandungan video yang unik dan tiada tandingan yang terdiri daripada klip teknologi dan kejayaan dalam penjagaan kesihatan kepada coretan pemandangan bandar yang sibuk dan pemandangan semula jadi yang menakjubkan.

"Para pencipta video hari ini ingin merealisasikan kisah mereka dengan kandungan berkualiti pawagam yang unik dan pelbagai," kata Tom Crary, Ketua Pegawai Eksekutif Pond5. "Melalui kerjasama dengan FILMPAC, Shutterstock dan Pond5 akan menyediakan akses eksklusif kepada kandungan video yang tiada tandingan kepada para pelanggan kami untuk memberi inspirasi kepada proses penceritaan kreatif."

Caleb Rexius, Pengasas FILMPAC menambah, "Matlamat kami dengan rakaman FILMPAC adalah untuk menghasilkan sebuah koleksi yang sesuai dengan penceritaan yang lancar dan memenuhi permintaan kualiti kreatif yang tertinggi. Dengan koleksi kami yang teliti dan praktikal serta keupayaan pengedaran Shutterstock yang luas, kami teruja dengan kerjasama yang unik ini yang akan mempercepat misi kami untuk membantu para kreatif berjaya dalam bidang ini."

Kandungan eksklusif FILMPAC akan disediakan kepada pelanggan perusahaan dan e-dagang di seluruh kumpulan Shutterstock dan Pond5, pada mulanya sebagai sebahagian daripada koleksi pilihan Shutterstock dan sebagai sebahagian daripada koleksi Marquee Pond5 yang akan dijual secara à-la-carte untuk membolehkan para pelanggan membeli apa yang mereka perlukan, apabila mereka memerlukannya.

TENTANG SHUTTERSTOCK 

Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK), ialah sebuah platform kreatif global yang terkemuka untuk syarikat-syarikat media dan jenama transformasi. Secara langsung dan melalui anak syarikat kumpulannya, koleksi komprehensif Shutterstock adalah termasuk gambar, vektor, ilustrasi, model 3D, video dan muzik berlesen yang berkualiti tinggi. Bekerjasama dengan komunitinya yang semakin berkembang melebihi 2 juta orang penyumbang, Shutterstock menambah ratusan ribu imej setiap minggu dan pada masa ini mempunyai lebih 415 juta imej dan lebih 26 juta klip video yang tersedia.

Beribu pejabat di Bandar Raya New York, Shutterstock mempunyai pejabat di seluruh dunia serta para pelanggan di lebih 150 buah negara. Syarikat ini juga memiliki Splash News, sebuah agensi berita hiburan terkemuka di dunia untuk bilik berita dan syarikat media di seluruh dunia, Pond5, sebuah pasaran kandungan utama video terbesar di dunia, TurboSquid, sebuah pasaran kandungan 3D terbesar di dunia; PicMonkey, sebuah platform penyuntingan imej dan reka bentuk grafik dalam talian yang terkemuka; Offset, sebuah koleksi imej mewah; Shutterstock Studios, sebuah kedai kreatif tersuai serba lengkap; PremiumBeat, sebuah koleksi muzik tanpa royalti; Shutterstock Editorial, sebuah sumber utama bagi imej dan video editorial untuk media di seluruh dunia; Amper Music, sebuah platform muzik yang dipacu AI (Kecerdasan Buatan); dan Bigstock, sebuah tawaran media stok berorientasikan nilai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shutterstock.com dan ikuti Shutterstock di Twitter dan Facebook.

TENTANG POND5 

Pond5  ialah pasaran kandungan video pertama yang terbesar di dunia dengan lebih 30 juta klip video tanpa royalti serta berjuta-juta runut muzik, kesan bunyi, imej dan banyak lagi.

Pond5 berusaha untuk menghasilkan para pencerita bertaraf dunia dengan menyediakan semua jenis kandungan yang mereka perlukan untuk mempersembahkan cerita, berkongsi pengetahuan dan memberi inspirasi kepada khalayak. Didorong oleh komitmen terhadap komuniti globalnya yang bersemangat dan berkembang dengan lebih 100,000 orang seniman profesional audio dan visual, Pond5 menyediakan sebuah platform yang membolehkan karya-karya kreatif terus berkembang. Pasaran ini memenuhi keperluan para pencipta di seluruh industri—daripada pengguna individu hingga syarikat-syarikat utama—dengan harga yang kompetitif serta pelbagai pilihan pembelian termasuk model unik, bayar untuk setiap item. Pembelian disokong oleh lesen yang luas dan fleksibel, jaminan harga terbaik serta sebuah pasukan khusus yang bersedia memberikan bantuan kepakaran.

TENTANG FILMPAC 

FILMPAC  ialah laman web keahlian dengan muat turun tanpa had yang terkemuka di dunia dengan rakaman berkualiti pawagam dan muzik premium yang direka untuk memenuhi keperluan para profesional kreatif yang baru muncul pada masa kini.

FILMPAC membantu para pencipta memperoleh akses kepada kandungan berkualiti premium yang berpatutan yang dicipta oleh pasukan penerbitan dalaman profesional dan penyumbang elit dari seluruh dunia. Penyusunan yang tiada tandingan, koleksi berasaskan cerita dan model pelesenan yang fleksibel menjadikan FILMPAC amat sesuai kepada semua, daripada pencipta kandungan peringkat kemasukan dan pembimbing video kepada jenama dan agensi global.

With over 100,000 videos filmed by leading cinematographers, FILMPAC’s upscale collection is ideal for creative professionals with a dramatic flair
With over 100,000 videos filmed by leading cinematographers, FILMPAC’s upscale collection is ideal for creative professionals with a dramatic flair

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1925472/sstk_pond5_filmpac.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1925473/Shutterstock_Pond5_Filmpac_Partnership.jpg?p=medium600

Source: Shutterstock, Inc.
Related Stocks:
NYSE:SSTK
Keywords: Advertising Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Contracts New products/services