omniture

Rodller Umum Pembukaan Anak Syarikatnya di Paris

Rodller
2022-10-21 12:48 114

SINGAPURA, 21 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Rodller hari ini mengumumkan pelancaran Cawangan Paris. Operasi Rodller Perancis akan dipimpin oleh dua orang usahawan berpengalaman, Olivier Metral dan Ludovic Bergounioux serta merangkumi semua kawasan yang penduduknya bertutur dalam bahasa Perancis di Eropah. Pembukaan Rodller Perancis ini adalah sejajar dengan rancangan pengembangan Global Rodller Singapura. Platform Awan Pemasaran Digital, Pengumpulan Dana dan Pembangunan Aplikasi yang unik ini kini tersedia untuk para Pengasas dan Pelabur yang bertutur dalam bahasa Perancis.

Rodller in Paris
Rodller in Paris

En. Metral dan En. Bergounioux akan menerajui Pembangunan Perniagaan dan proses penghantaran untuk Rodller Perancis. Kedua-dua mereka merupakan usahawan yang memahami kitaran hayat syarikat pemula dan yang lebih penting, mereka memiliki empati penuh terhadap cabaran yang dihadapi oleh para Pengasas pada hari ini.

"Saya berbesar hati untuk menyertai semula Rodller sebagai Ketua Pegawai Operasi Rodller Perancis," kata En. Metral. "Saya percaya bahawa Rodller mempunyai peluang yang luar biasa untuk memanfaatkan asasnya di Singapura dan mengembangkan ekosistemnya. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan global kami dalam meningkatkan pengalaman Pelanggan kami dan menyediakan lebih banyak keupayaan yang akan membantu Syarikat Pemula memperoleh Pelanggan dengan lebih cepat dan mengumpul dana dengan lebih baik. Di Perancis, kami akan memberi tumpuan untuk terus mengembangkan strategi Rodller," kata En. Metral dari Perancis.

''Memasuki pasaran Perancis adalah penting bagi Rodller Singapura kerana  terdapat budaya syarikat pemula yang semakin berkembang di Perancis. Kami juga ingin mengurangkan jurang pembiayaan dengan membolehkan syarikat Modal Usaha Niaga Perancis melabur dalam peluang Syarikat Pemula Asia dan sebaliknya,'' kata Carwin Heierman, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Rodller. "Kenyataan bahawa Perancis telah berjaya mengumpul dana Modal Usaha Niaga Suku Kedua tertinggi yang bernilai 3.7 bilion Euro, turut mendapat perhatian kami di Rodller," tambah beliau.

Pada masa ini, Rodller sedang mengadakan perbincangan untuk turut mereplikakan pengembangan ini di kawasan di Eropah (DACH) dan Dubai yang penduduknya bertutur dalam bahasa Jerman. Lebih banyak perkembangan lagi di rantau ini yang akan diumumkan pada tahun 2022.

Tentang Rodller 

Rodller menyediakan bahan-bahan penting untuk mana-mana firma di peringkat Prapermulaan hingga Siri B. Bahan-bahan ini adalah Pemasaran Digital, Pengumpulan Dana dan Pembangunan Aplikasi. Semua ini diproses melalui Platform Awan Kerjasama yang unik. Para pengasas dan pelabur menggunakan Platform ini untuk mencapai matlamat Pengumpulan Dana dan Penyumberan Urus Niaga mereka. Rodller telah Diasaskan oleh Carwin Heierman.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1925004/Rodller_in_Paris.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1925013/Rodller_Logo.jpg?p=medium600

Source: Rodller
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Corporate Expansion New products/services