RIYADH, Arab Saudi, 21 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Future Investment Initiative (FII) Institute hari ini mengumumkan kerjasama strategik utama dengan beberapa organisasi dan syarikat terkenal di dunia menjelang acara utamanya yang terbesar, FII Edisi ke-6 yang akan berlangsung pada bulan ini di Riyadh.
Senarai rakan kongsi termasuklah syarikat peneraju global dan serantau utama seperti HSBC, BNY Mellon, Soft Bank, Reliance dan Standard Chartered yang akan menyertai dan menyumbang kepada perbincangan di persidangan tersebut pada tahun ini.
Wakil-wakil daripada organisasi rakan kongsi akan terlibat dalam perbincangan penting seperti masa depan tenaga global; perspektif pembuat perubahan dalam orde global baharu; revolusi perindustrian meta; menyelamatkan lautan; serta mereka bentuk bandar-bandar untuk masa hadapan. Rakan kongsi juga akan menguruskan sesi bersama pemimpin berwawasan dunia termasuk barisan panel Pemenang Anugerah Nobel serta sidang pleno tentang masa depan kapitalisme usaha sama dan wanita dalam peranan kepemimpinan global.
FII Institute menyatukan para pemimpin dari bidang perniagaan, pelaburan, kerajaan, NGO (badan bukan kerajaan) dan banyak lagi untuk meneroka trend ekonomi, politik dan sosial yang penting serta cabaran pada zaman ini. Rakan kongsi FII Institute menyumbang dalam dialog pleno, bilik teknologi terimbuh, bengkel trend baru muncul, hab maya global, debat pasaran dan kelas pakar kepemimpinan di sepanjang acara selama tiga hari tersebut.
Richard Attias, Ketua Pegawai Eksekutif FII Institute mengulas, "Kami mengalu-alukan rakan strategik daripada beberapa organisasi terbesar dan hebat di seluruh dunia untuk menyertai kami dalam perbincangan penting dan mendesak bagi membentuk Orde Global Baharu. Rakan kongsi kami datang daripada pelbagai industri dan negara yang berbeza, membantu kami membentuk wawasan yang merangkumi semua serta inklusif untuk semua."
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, FII akan mengalu-alukan kedatangan pelbagai pemimpin daripada sektor kerajaan dan swasta untuk berucap pada acara tiga hari tersebut, termasuk:
Selain itu, FII Institute turut bekerjasama dengan Bank Negara Saudi dan Suruhanjaya Diraja untuk Bandar Riyadh.
Edisi ke-6 FII akan berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober di Riyadh bertemakan 'Pelaburan Kemanusiaan: Mendayakan Orde Global Baharu'.
NOTA KEPADA EDITOR
Lembaran fakta acara boleh didapati di sini.
Tentang FII Institute
Future Investment Initiative (FII) Institute ialah sebuah yayasan global bukan berkeuntungan baharu dengan cabang pelaburan dan satu agenda: Impak Terhadap Kemanusiaan. Bersifat global, inklusif dan komited terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), kami melahirkan minda-minda hebat di seluruh dunia dan mengubah idea menjadi penyelesaian di dunia nyata dalam lima bidang penting: Kecerdasan Buatan (AI) dan Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1926284/FII_Institute.jpg?p=medium600