LAS VEGAS, 21 Oktober 2022 /PRNewswire/-- Realty ONE Group, sebuah jenama gaya hidup moden yang dipacu tujuan dan salah SATU francaisor yang paling pesat berkembang hari ini, telah menghimpunkan pemimpin elit, Broker/Pemilik dan Pengurusnya dari A.S. dan seluruh dunia ke acara Basecamp 2022 tahunannya pada minggu lalu di Fairmont Austin di Austin, Texas.
Mesej yang disampaikan sepanjang acara selama dua hari ini adalah keceriaan dan optimistik di mana para francaisor global ini menumpukan perhatian terhadap peluang luar biasa yang bakal wujud untuk para pemilik francais Realty ONE Group dan profesional hartanah mereka dalam keadaan pasaran perumahan yang mencabar. Dan seperti yang biasanya dilakukan oleh organisasi ini melalui ONE Cares 501(c)3 miliknya, Realty ONE Group telah menyumbangkan sebanyak USD11,111 kepada syarikat bukan berkeuntungan tempatan, Mobile Loaves & Fishes, untuk membantu golongan gelandangan.
"Perlu diingatkan bahawa walaupun industri kami mengalami kitaran pasaran dan perubahan, keadaan golongan gelandangan tetap sama – mereka memerlukan bantuan daripada komuniti di seluruh negara ini," kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Realty ONE Group. "Tiada apa yang perlu ditakutkan – kepemimpinan kami mempunyai pemikiran yang tepat, bimbingan perniagaan dan COOLTURE yang penuh bertenaga dengan galakan dan sokongan rakan seangkatan untuk berjaya."
Basecamp 2022 menampilkan pakar industri seperti Jack Miller, Presiden T3Sixty dan Mike DelPrete, pakar strategi teknologi hartanah global dan penyumbang artikel Inman. Realty ONE Group turut mengalu-alukan kedatangan Sarjan Dakota Meyer, seorang Veteran Kor Marin, penerima Pingat Kehormatan dan Pengarang Terlaris New York Times. Ketiga-tiga penceramah jemputan ini telah menyertai kepemimpinan Realty ONE Group dalam menyampaikan cabaran bahawa pemikiran yang tepat dalam pasaran hartanah akan membezakan antara mereka yang berjaya dengan mereka yang akan menghadapi kesukaran.
Realty ONE Group merupakan sebuah syarikat bertaraf dunia yang terbaik dengan kedudukan tertinggi dalam industri dan telah tersenarai dalam 100 francais Kalis Kemelesetan Ekonomi Teratas pada tahun ini oleh Franchise Business Review dan syarikat ini merupakan francaisor hartanah yang berada di tempat pertama dalam Senarai Franchise 500(R) 2022 keluaran Entrepreneur yang sangat kompetitif.
Realty ONE Group kini mempunyai lebih 18,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di 49 buah negeri, Washington D.C., Puerto Rico dan sekarang berada di negara-negara seperti Bolivia, Kanada, Costa Rica, Ecuador, Itali, Portugal, Singapura dan Sepanyol.
Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.
Tentang Realty ONE Group
Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE ialah sebuah syarikat terkemuka dalam industri yang membawa perubahan kepada perniagaan francais hartanah secara radikal dengan model perniagaan yang unik, budaya 'coolture' yang menyeronokkan, serta infrastruktur teknologi dan sokongan yang unggul terhadap para profesional hartanahnya. Syarikat ini telah berkembang pesat dengan merangkumi lebih 18,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat merentasi 49 buah negeri di Amerika Syarikat, Washington D.C, Puerto Rico, Bolivia, Kanada, Costa Rica, Ecuador, Itali, Portugal, Sepanyol dan Singapura. Realty ONE Group berada dalam kedudukan satu peratus terbaik dalam negara ini oleh REAL Trends dan telah diiktiraf oleh Entrepreneur Magazine sebagai jenama hartanah nombor ONE. Realty ONE Group mara ke hadapan dengan membuka peluang bukan sahaja kepada para pelanggannya tetapi juga kepada profesional dan pemilik francais hartanah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.RealtyONEGroup.com.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600