omniture

Pameran Canton ke-132 Himpunkan Barangan Hiburan dan Rekreasi untuk Tambah Keseronokan kepada Kehidupan

Canton Fair
2022-10-21 21:05 1062

GUANGZHOU, China, 21 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Kesihatan dan Rekreasi, salah satu bahagian pameran yang penting dalam Pameran Canton ke-132 ("Pameran"), menarik minat banyak perusahaan yang berkualiti tinggi untuk mengambil bahagian dengan penuh semangat, mempamerkan produk serta teknologi baharu, mencari pembangunan baharu serta peluang perniagaan yang baharu dan turut memberi inspirasi baharu untuk riadah harian serta corak permainan hiburan orang ramai.


Semasa berlangsungnya Pameran Canton ini, Guangzhou Zhuoyuan Virtual Reality Technology mempersembahkan pelbagai permainan realiti maya (VR) termasuk VR Marines, peranti hiburan VR, VR Magic UFO yang dapat dialami oleh 5 orang secara serentak dan permainan VR metaverse yang pertama di dunia yang dikenali sebagai VR Treadmill, menetapkan trend baharu dalam bidang kecergasan VR dengan merealisasikan persepsi pintar adaptif gaya jalan gerakan ruangan. Melalui penderiaan pintar dan algoritma kawalan, ia boleh mengesan dengan tepat gaya berjalan sebenar pengguna dengan cara yang adaptif dan tidak mengganggu, lalu membolehkan pengguna untuk memperoleh pengalaman pergerakan yang sebenar.

Lebih daripada 60 orang membentuk pasukan kandungan asli yang memegang 283 paten dan sijil harta intelek. Teknologi teras bagi platform simulasi dinamik dengan berbilang tahap kebebasan, berdinamik yang tinggi dan memberi respons pantas ini memenangi hadiah pertama dalam Science and Technology Progress of Guangdong Science and Technology Award buat julung kalinya dalam industri wilayah.

"Permainan VR menjadi semakin popular dalam kalangan keluarga dan telah menjadi sebahagian daripada riadah harian dan perhimpunan sosial untuk orang ramai terutamanya generasi muda. Pengguna lebih cenderung untuk berasa kagum dengan kandungan permainan inovatif yang dihasilkan dengan baik serta produk VR yang menawarkan elemen keselesaan dan pengalaman yang mantap. Industri permainan VR juga lebih memfokuskan kepada inovasi teknologi dan terus melancarkan kandungan asli yang berkualiti tinggi bagi mendapat maklum balas yang lebih baik daripada pasaran," kata En. Du Jiawei, Pakar Operasi Perdagangan Asing, Zhuoyuan VR Technology.

Satu lagi peserta pameran Kesihatan dan Rekreasi, Swiftech Company Ltd., salah sebuah syarikat terawal yang terlibat dalam penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran produk-produk luar boleh kembung di China, membawakan Mini Golf kepada pembeli global di pameran tersebut. Berbeza daripada gelongsor air boleh kembung dan trampolin tradisional yang kesemuanya merupakan produk luar, Mini Golf membolehkan kanak-kanak menikmati permainan yang menyeronokkan dalam keselesaan rumah mereka sendiri.

Peserta-peserta pameran yang mengambil bahagian dalam Pameran Canton mendapat lebih banyak peluang untuk menjalin hubungan dengan rakan-rakan serta ahli-ahli perniagaan yang seterusnya membolehkan mereka meningkatkan kandungan produk, membangunkan idea baharu dan menjadikan perniagaan mereka lebih kompetitif.

Untuk maklumat lanjut dan peluang berhubung produk-produk Kesihatan dan Rekreasi, sila daftar di https://www.cantonfair.org.cn/en-US/register/index?utm_source=rwyx#/foreign-email atau hubungi caiyiyi@cantonfair.org.cn.

Source: Canton Fair
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Trade show news