Kerajaan Persekutuan Somalia meluluskan Perjanjian Perkongsian Pengeluaran Coastline
Hassan Sheikh Mohamud, Presiden Somalia berkata: "Perjanjian ini menunjukkan bahawa Somalia terbuka untuk menjalankan perniagaan dan pelaburan antarabangsa selepas berlakunya konflik yang telah melanda negara ini selama bertahun-tahun. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Coastline atas komitmennya kepada Somalia, kerana ia telah memenuhi janjinya untuk melabur di sini, tidak seperti kebanyakan syarikat lain. Coastline jelas sekali melihat ada peluang yang besar di Somalia dan kami berkongsi matlamat yang sama. Kerajaan Persekutuan akan melakukan apa yang termampu untuk menyokong projek ini dan kami mahukan program cari gali pertama tersebut dapat dimulakan secepat mungkin. Hari ini menandakan satu langkah besar ke hadapan bagi Somalia sementara kami berusaha membangunkan industri tenaga kami yang akan memberikan manfaat yang besar kepada semua rakyat Somalia. Kebebasan sumber tenaga, hasil cukai baharu dan pelaburan asing yang lebih lanjut di Somalia kini semakin menarik."
HOUSTON, 21 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Coastline Exploration Limited ("Coastline"), sebuah syarikat minyak dan gas huluan yang memberi tumpuan kepada Afrika Timur, mengumumkan bahawa lanjutan daripada kenyataannya pada 19 Februari lalu berkenaan pemeteraian tujuh Perjanjian Perkongsian Pengeluaran ("PSA") yang meliputi blok laut dalam di Republik Persekutuan Somalia, ia mengesahkan bahawa ia telah menerima kebenaran akhir untuk meneruskan program cari galinya daripada pihak berkuasa Kerajaan Persekutuan Somalia ("FGS") yang kompeten. Hasil daripada persetujuan tersebut, selaras dengan terma-terma PSA, Coastline telah membayar bonus tandatangan bernilai USD7 juta kepada Bank Pusat Somalia.
Kebenaran telah diberikan selepas kesimpulan berjaya dibuat bagi semakan mendalam yang dijalankan oleh FGS ke atas proses ini diikuti oleh Coastline serta Kementerian Somalia dan kumpulan penasihat yang berkaitan, hasil daripada pemeteraian tujuh PSA tersebut pada bulan Februari tahun ini.
Coastline menganggarkan bahawa kira-kira 100,000 tong minyak sehari akan diambil keluar dari setiap telaga minyak yang ditemui dan Coastline berharap untuk menemui beberapa telaga minyak di luar pesisir.
Semalam, Coastline telah mengadakan pertemuan dengan pegawai kerajaan Somalia yang berikut:
Coastline telah melabur lebih USD50 juta di Somalia dan komited untuk melakukan pelaburan jangka panjang serta telah terlibat dengan pelbagai pihak berkepentingan di Somalia sejak tahun 2018 hasil daripada PSA dan rancangannya untuk pembangunan industri tenaga luar pesisir negara tersebut. PSA Coastline akan membolehkan Syarikat tersebut meneruskan rancangan untuk mencari gali minyak dan gas berdasarkan pelbagai prospek dan petunjuk yang dikenal pasti di perairan luar pesisir Somalia.
Coastline berbangga dengan usaha yang telah dilakukan di Somalia untuk membantu membangunkan industri tenaga dan meningkatkan kemakmuran masa depan rakyat Somalia. Selain itu, ia turut berbangga dengan hubungan kukuh yang telah dibina dengan Kerajaan Persekutuan sepanjang tempoh yang lama ia bergiat aktif di negara ini.
Tuan Yang Terutama Abdirizak Mohamed, Menteri Petroleum dan Sumber Mineral berkata: "Setelah melihat bagaimana sumber tenaga domestik yang baharu membawa perubahan kepada negara-negara lain di Afrika, kami sangat teruja dengan potensi telaga minyak luar pesisir ini. Pengumuman hari ini benar-benar memulakan industri tenaga di Somalia dan merupakan titik perubahan untuk pembangunan bagi kawasan yang menjana pendapatan yang penting untuk negara ini."
W. Richard Anderson, Ketua Eksekutif Coastline mengulas: "Menerima kelulusan kebenaran ini bermakna kami kini boleh memulakan program cari gali kami. Hasil pendapatan daripada penemuan kuantiti minyak yang banyak akan membawa perubahan untuk Somalia yang mana kerajaan boleh membiayai pelaburan dalam pendidikan, infrastruktur, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan penting yang lain, yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Somalia, serta memberikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan meningkatkan taraf kehidupan."
Jacob Ulrich, Pengerusi Bukan Eksekutif Coastline berkata: "Kami gembira kerana telah diberi kebenaran melalui PSA ini dan kami berasa yakin bahawa kami akan menemui rizab tenaga utama yang akan memberi kesan positif yang besar kepada semua rakyat Somalia. Dengan adanya rakan kongsi yang tepat dan kerajaan yang menyokong, industri tenaga yang baru dibangunkan di Somalia boleh melihat ke arah masa depan dengan penuh yakin sekarang kerana terdapat hala tuju yang jelas yang berpotensi untuk menjamin bekalan minyak dan gas domestik yang berterusan."
Tentang Coastline Exploration
Coastline Exploration, syarikat minyak dan gas huluan yang berpangkalan di AS yang memberi tumpuan kepada Afrika Timur, telah ditubuhkan untuk membantu membangunkan industri hidrokarbon. Syarikat ini percaya bahawa terdapat potensi yang besar bagi penemuan minyak dan gas yang lebih signifikan di seluruh luar pesisir Afrika Timur termasuk luar pesisir Somalia.
Pertanyaan
J&H Communications Telefon +44 (0)20 3950 7822 enquiries@coastlineexploration.com
James Henderson / George Hudson
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1926345/Coastline_Exploration_Ltd_Logo.jpg?p=medium600