omniture

Pemancar Kuasa-Melalui-Eternet Pertama Emerson Sokong Penaiktarafan dan Pengubahsuaian Pelanggan

Emerson
2022-10-24 08:12 98

Dengan faktor bentuk yang kecil dan perisian canggih, Pemancar Micro Motion 1600 Coriolis merupakan penyelesaian PoE yang boleh diskala dan berkesan kos bagi membantu meningkatkan kecekapan proses

SINGAPURA, 24 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini Emerson memperkenalkan peranti pengukuran aliran Coriolis kuasa-melalui-Eternet (PoE) pertamanya untuk industri makanan dan minuman, sains hayat serta bahan kimia. Pemancar Micro Motion 1600 Coriolis direka bentuk untuk menjadi penyelesaian boleh diskala bagi kemudahan yang ingin melaksanakan peralihan secara berperingkat-peringkat kepada pengumpulan, pemantauan dan konfigurasi data aliran jauh.

Micro Motion(TM) ELITE Coriolis Meter Mengandungi Sensor CMFS050M dan Pemancar 1600
Micro Motion(TM) ELITE Coriolis Meter Mengandungi Sensor CMFS050M dan Pemancar 1600

Menerusi Eternet tradisional, PoE pilihan dan output tambahan berlesen yang boleh dikonfigurasi, 1600 menyampaikan penyelesaian yang berkuasa kepada pelanggan yang tercari-cari peranti pengukuran aliran yang akan mengembangkan proses mereka dan dapat diintegrasikan dengan mudah ke dalam sistem kawalan.

PoE dapat menyampaikan kuasa dan data melalu kabel Eternet tunggal yang bermaksud tiada pengkabelan baharu yang akan perlu dipasang, lalu menjimatkan kos pemasangan dan penyelenggaraan sehingga 50% untuk pelanggan. Pemancar Micro Motion 1600 boleh menggunakan hanya PoE atau mempunyai input kuasa arus terus (DC) berasingan, bergantung kepada ketersediaan pendawaian. Pemancar PoE Coriolis terkecil dalam pasaran, 1600 tersedia dalam aluminium atau keluli tahan karat yang bersih. Saiz yang kompak dan reka bentuk yang ringan membolehkan penjimatan tambahan untuk pereka kelincir dari segi keluasan dan berat.

Pemancar ini dilengkapi dengan antara muka pengendali setempat (LOI) empat-baris berbilang bahasa, satu rangkaian penyelesaian perisian yang canggih termasuk Pengesahan Meter Pintar, Data Historian, Pengukuran Penumpuan dan Pengukuran Fasa Lanjutan, serta saluran berlesen tambahan yang dapat dikonfigurasikan untuk output analog, frekuensi atau diskret dan port perkhidmatan USB-C. Data yang andal dan berkualiti tinggi yang dikumpul olehnya membolehkan kecekapan proses yang lebih tinggi, yang dapat meminimumkan pembaziran produk dan proses, mengurangkan emisi dengan menonjolkan kejadian berlakunya gas yang terperangkap dan menghasilkan penggunaan kuasa yang lebih cekap.

"Pemancar Micro Motion 1600 menawarkan kepada pelanggan dengan peranti yang sesuai dengan tujuan dari segi faktor bentuk mahupun keupayaan untuk permintaan daripada industri makanan & minuman serta sains hayat ketika industri-industri tersebut berusaha untuk mencapai operasi yang lebih cekap, andal dan mampan," kata Melissa Steigler, pengarah industri makanan dan minuman di Emerson.

Sumber-sumber tambahan : 

Latar Belakang Emerson   
Emerson (NYSE: EMR), beribu pejabat di St. Louis, Missouri (AS), ialah sebuah syarikat teknologi dan perisian bertaraf global yang menyediakan penyelesaian inovatif kepada pelanggan dalam pasaran industri, komersial dan kediaman. Sebagai peneraju dalam automasi perindustrian, Emerson membantu pengeluar proses, hibrid dan diskret mengoptimumkan operasi, melindungi kakitangan, mengurangkan emisi dan mencapai matlamat kemampanan mereka melalui perniagaan Penyelesaian Automasi dan AspenTech. Perniagaan Penyelesaian Komersial & Kediaman Emerson membantu menjamin keselesaan dan kesihatan manusia, melindungi kualiti dan keselamatan makanan, memajukan kecekapan tenaga dan mencipta infrastruktur yang mampan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi Emerson.com.

Source: Emerson
Related Stocks:
NYSE:EMR
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Mining/Metals Telecommunications New products/services