omniture

GWM ORA Tembusi Eropah sebagai Pasaran Terkini Di Tengah-tengah Dorongan Global

GWM
2022-10-24 13:57 189

BAODING, China, 24 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Pada 17 Oktober, ORA, "Jenama Elektrik Tulen" yang bergaya daripada pengeluar kereta GWM, melancarkan model pertamanya dalam pasaran Eropah di Pameran Motor Paris 2022, menandakan kemasukannya ke dalam pasaran arus perdana di Eropah di tengah-tengah pengembangan global yang lebih luas.

GWM ORA Tembusi Eropah sebagai Pasaran Terkini Di Tengah-tengah Dorongan Global
GWM ORA Tembusi Eropah sebagai Pasaran Terkini Di Tengah-tengah Dorongan Global

Sebagai respons kepada trend pengelektrikan dan intelligentization, GWM melancarkan ORA sebagai jenama kenderaan tenaga baharunya yang pertama. ORA mendemonstrasikan tiga model di Pameran Motor Paris 2022. Antaranya, ORA GOOD CAT (iaitu FUNKY CAT dalam pasaran Eropah), model yang dianugerahkan dengan penarafan lima bintang Euro NCAP, dilancarkan secara rasmi di Eropah dan akan tersedia di UK, Sweden, Jerman, Israel dan Iceland dalam masa terdekat.

Eropah ialah salah satu rantau dengan industri automobil yang paling maju di dunia dan peraturan akses pasaran untuk kenderaan adalah agak ketat. Sejak tahun 2021, ORA, memanfaatkan sepenuhnya rantaian industri lengkap GWM, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kekuatan pengeluaran, memulakan perjalanannya di Eropah.

Di IAA Mobility 2021, ORA memperkenalkan strategi Eropahnya bahawa jenama ini akan membuat kemunculan sulung si peringkat global untuk lebih 10 model di Eropah menjelang tahun 2025. Tahun ini, ORA mengambil bahagian dalam Acara Dicas Sepenuhnya (Fully Charged Show) di London dan EVS35 (Simposium & Pameran Kenderaan Elektrik Antarabangsa ke-35th)di Norway, yang menarik perhatian ramai pengguna tempatan.

Selain itu, ORA mendedahkan kepada umum ORA APP miliknya di Eropah dan menubuhkan sebuah pusat pengalaman Eropah di Jerman, memberi akses untuk mengadakan komunikasi yang mendalam bersama pengguna. Reka bentuk pusat pengalaman tersebut memenangi anugerah Perak bagi "2022 German Brand Award" daripada Jawatankuasa Reka Bentuk Jerman.

Di Asia, ORA menghadiri Pameran Motor Antarabangsa Bangkok 2021 dalam bulan Mac tahun lalu. ORA GOOD CAT memenangi Anugerah EV Reka Bentuk Terbaik untuk gayanya yang tersendiri. Hanya tujuh bulan kemudian, kenderaan ini dilancarkan secara rasmi dalam pasaran Thai dan menjadi model yang mengikut perkembangan terbaru yang menjadi pilihan pengguna tempatan.

Bagi menawarkan kepada pengguna dengan pengalaman pengecasan yang lebih mudah, ORA menyediakan stesen pengecasan super yang mengintegrasikan penjanaan kuasa fotovolta, storan tenaga dan pengecasan di Thailand. ORA turut menyelaraskan saluran dalam talian dan luar taliannya dengan menubuhkan gedung-gedung pengalaman super peruncit yang baharu di kawasan-kawasan setempat untuk menaik taraf dan mentransformasikan perkhidmatan pra-jualan, jualan dan selepas-jualan.

Ketika ini, GWM ORA mempercepatkan susun aturnya dalam pasaran Oceania, Timur Tengah dan wilayah-wilayah lain dan ia turut menggalakkan susun atur globalisasi dengan aktif.

Seperti yang dikatakan oleh Rebecca Grajecki, Pengarah Jenama dan Pemasaran GWM Europe di Pameran Motor Paris 2022, "ORA akan berkembang ke peringkat global dan menyediakan produk serta perkhidmatan digital, pintar dan menghiburkan. Ia akan menjadi pendamping pintar untuk mengiringi pemandunya menempuhi pengembaraan mereka, mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan dan memandu mereka menuju masa depan yang lebih baik – masa depan yang lebih bersih, lebih cerah dengan kemungkinan tanpa batasan."

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation