omniture

Alphawave IP Memperoleh Proses Reka Bentuk Akhir Cip Ujian Pertamanya untuk Proses TSMC N3E

Alphawave IP Group Plc
2022-10-24 22:00 418

Penyelesaian SerDes yang baharu akan dibentangkan di Platform Inovasi Terbuka (OIP) TSMC 2022 pada bulan ini di Santa Clara, California

LONDON dan TORONTO, 24 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Alphawave IP (LSE: AWE), sebuah syarikat peneraju global dalam kesalinghubungan berkelajuan tinggi untuk infrastruktur teknologi dunia, hari ini mengumumkan kejayaan proses reka bentuk akhir ZeusCORE100® 1-112Gbps NRZ/PAM4 Pensiri-Penyahsiri ("SerDes"), cip ujian pertama Alphawave pada proses N3E TSMC yang paling maju.  Alphawave IP akan mempamerkan produk baharu ini bersama-sama portfolio lengkap IP berprestasi tinggi, chiplet dan penyelesaian silikon tersuai di Forum OIP TSMC pada 26 Oktober di Santa Clara, California sebagai penaja Platinum.

Alphawave IP
Alphawave IP

ZeusCORE100® ialah SerDes berbilang standard Alphawave yang paling maju, menyokong saluran melebihi 45dB dan piawaian yang paling banyak dipesan seperti 800G Ethernet, OIF 112G-CEI, PCIe GEN6 dan CXL3.0. Para peserta akan dapat mengunjungi reruai Alphawave dan bertemu dengan para pakar teknologi syarikat termasuk ahli pasukan OpenFive yang diambil alih baru-baru ini.  OpenFive merupakan rakan kongsi TSMC yang telah lama wujud melalui program Pengagregat Rantaian Nilai (VCA) OIP. OpenFive merupakan salah satu daripada beberapa syarikat terpilih dengan metodologi idea ke silikon dalam teknologi terkini TSMC dan keupayaan pembungkusan canggih yang membolehkan akses kepada penyelesaian faundri paling canggih yang tersedia dengan Bidang Prestasi Kuasa (PPA) terbaik. Dengan portfolio IP Alphawave yang terkemuka dalam industri dan penambahan keupayaan OpenFive, para pereka boleh mencipta sistem pada cip (SoCs) yang mengumpulkan lebih banyak kuasa pengkomputeran ke dalam faktor bentuk yang lebih kecil untuk penggunaan rangkaian, AI, penyimpanan dan pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC).

Tony Pialis, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Alphawave berkata: "Alphawave berbangga menjadi antara yang pertama menggunakan teknologi 3nm TSMC yang paling canggih. Kerjasama kami akan terus memacu teknologi kesalinghubungan berkelajuan tinggi yang inovatif yang akan memperkasakan pusat data yang paling canggih dan kami amat teruja untuk mempamerkan penyelesaian ini pada acara Forum OIP TSMC."

Semasa pameran tersebut, Naib Presiden Pemasaran Alphawave IP, Clint Walker akan mempamerkan kejayaan pelanggan daripada Achronix Semiconductor Corporation dalam pembentangan "Metodologi Penyepaduan IP SerDes Canggih ke dalam FPGA berdasarkan Ketersediaan Model Teknologi Awal".  Para hadirin akan dapat mengetahui tentang produk yang berjaya daripada salah seorang pelanggan pertama Alphawave IP untuk 112 Gbps PAM4 SerDes.

Untuk mendaftar acara Forum OIP TSMC, sila layari di sini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ZeusCORE100® baharu, sila layari halaman produk kami di sini.

Tentang Alphawave IP Group plc (LSE:AWE)

Berhadapan dengan pertumbuhan data yang pesat, perkhidmatan teknologi Alphawave merupakan suatu keperluan yang penting: membolehkan data bergerak dengan lebih pantas, lebih dipercayai dan dengan prestasi yang lebih tinggi pada kuasa yang lebih rendah. Alphawave ialah peneraju global dalam kesalinghubungan berkelajuan tinggi untuk infrastruktur teknologi dunia. Dengan itu, penyelesaian IP kami memenuhi keperluan para pelanggan peringkat pertama global dalam pusat data, pengkomputeran, rangkaian, AI, 5G, kenderaan autonomi dan storan.  Ditubuhkan di Toronto, Kanada pada tahun 2017 oleh pasukan teknikal pakar dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pelesenan IP semikonduktor, misi kami adalah untuk memberi tumpuan kepada cabaran kesalinghubungan yang paling sukar untuk diselesaikan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Alphawave IP, sila layari: awaveip.com.

Tanda Dagangan

Semua tanda dagangan berdaftar dan tanda dagangan yang lain adalah milik pemiliknya masing-masing.

Maklumat Hubungan: 

Alphawave IP Group plc 

 

John Lofton Holt, Pengerusi Eksekutif

Jose Cano, Ketua Perhubungan Pelabur Global

ir@awaveip.com

+44 (0) 20 7717 5877

Brunswick Group 

Simone Selzer

Sarah West

alphawave@brunswickgroup.com

+44 (0) 20 7404 5959

Gravitate PR 

Lisette Paras

Wynton Yu

alphawave@gravitatepr.com

+1 415 420 8420

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1926331/Alphawave_IP_Group_Plc_Alphawave_IP_Achieves_Its_First_Testchip.jpg?p=medium600

 

 

Source: Alphawave IP Group Plc
Related Stocks:
LSE:AWE
Keywords: Internet Technology Telecommunications