Teknologi platform pengorkestraan pembayaran Gr4vy akan memperkasakan platform pembayaran Wpay
SAN MATEO, California, 25 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Gr4vy, sebuah syarikat infrastruktur pembayaran natif awan yang terkemuka, hari ini mengumumkan kerjasama berbilang tahun dengan Woolworths Group, peruncit terbesar di Australia & New Zealand. Teknologi platform pengorkestraan pembayaran (POP) Gr4vy akan menggerakkan platform pembayaran Wpay Wpay Woolworths Group untuk mempercepatkan agenda pembangunan produk dan inovasi syarikat. Kerjasama ini akan memudahkan Wpay menggunakan dan menguruskan kerumitan pembayaran serta menawarkan pilihan pembayaran yang canggih kepada jenama Woolworths dan para pedagang Wpay yang lain di Australia.
Woolworths Group mewakili salah satu pemproses pembayaran kad terbesar di Australia dengan nilai pembayaran tahunan melebihi $60 bilion merentasi lebih 1.1 bilion transaksi pada tahun 2022 sahaja. Wpay, sebuah perniagaan pembayaran kendiri baharu yang dilancarkan oleh Woolworths Group pada bulan Jun 2022, memperluas manfaat pelaburan yang telah mereka lakukan dalam platform pembayaran mereka kepada para pedagang lain yang mungkin tidak mempunyai kepakaran untuk membinanya sendiri.
"Para pedagang memerlukan platform pembayaran yang menyampaikan kaedah pembayaran pilihan pelanggan semasa pembayaran sambil mengekalkan keupayaan untuk menyelaras, mengguna dan mengatur semua kerumitan pembayaran pejabat pentadbiran yang datang dengan pengalaman pembayaran runcit," kata John Lunn, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Gr4vy. "Kami berbesar hati kerana teknologi platform pengorkestraan tanpa kod Gr4vy telah dipilih untuk mempercepat pertumbuhan mereka sebagai penyedia penyelesaian pembayaran serba lengkap kepada para pedagang di Australia dan New Zealand. Kami berharap dapat mengekalkan hubungan kerja dan masa depan kami yang kukuh serta kerjasama yang berterusan dengan Wpay dan Woolworths Group."
Pasukan Gr4vy bekerjasama dengan Wpay untuk mengenal pasti dan menyampaikan keupayaan infrastruktur pengorkestraan pembayaran dan produk Gr4vy khusus untuk melaksana dan meningkatkan platform pembayaran dan tawaran produk yang sedia komprehensif. Hasilnya, para pedagang yang menyertai platform Wpay kini boleh menawarkan lebih banyak pilihan pembayaran, memperkemas dan menguruskan transaksi di keseluruhan proses pengalaman pembayaran serta memacu pengalaman pembayaran pelanggan yang lebih baik dengan berkesan.
"Wpay komited untuk melabur dalam keupayaan dan teknologi pembayaran canggih bagi membantu memberikan perkhidmatan kepada perniagaan runcit kami dan menyediakan pengalaman pelanggan yang terbaik sebagai sebahagian daripada platform pembayaran Wpay kami," kata Paul Monnington, Pengarah Urusan Wpay. "Saya teruja dengan kerjasama ini serta perkara yang akan dibawa kepada pengalaman pembayaran pelanggan para pedagang kami dan berharap agar dapat bekerjasama pada masa akan datang."
Strategi lapisan pembayaran tanpa kod Gr4vy membolehkan para pedagang mengguna, mengurus, menyesuai dan mengoptimumkan kaedah pembayaran yang tepat untuk para pengguna tertentu dengan lancar. Syarikat ini menawarkan contoh Gr4vy khusus kepada para pedagang di Awan, mencegah perkongsian infrastruktur atau beban pelayan. Para pedagang boleh mendapatkan pelbagai contoh khusus Gr4vy untuk mengurangkan tahap kegagalan. Gr4vy juga merangkumi semua pedagang yang memerlukan infrastruktur pembayaran, termasuk penghubung kepada penyedia perkhidmatan pembayaran terkemuka, pengorkestraan pembayaran bahagian hadapan dan bahagian belakang, alat pentadbir tanpa kod dan papan pemuka untuk mengawal dan menguruskan segala-galanya dalam tindanan pembayaran mereka. Gr4vy boleh menukarkan Contoh-contoh awan individu ini daripada keperluan yang paling mudah kepada yang paling kompleks. Para pedagang boleh menggunakan perisian ini di seluruh dunia dan bahkan di Pinggiran untuk memastikan para pelanggan mereka sentiasa mempunyai penyelesaian pembayaran dan pilihan yang mereka perlukan di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gr4vy.com/wpay.
Tentang Gr4vy
Gr4vy ialah sebuah syarikat pembayaran natif awan yang mengeluarkan kerumitan daripada para pedagang yang menjalankan infrastruktur pembayaran, memberikan mereka peluang untuk memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting. Kami mentakrifkan semula pembayaran dengan menyediakan platform pengorkestraan pembayaran (POP) yang intuitif dan canggih yang memanfaatkan kuasa Awan untuk memodenkan infrastruktur pembayaran. Lapisan pengorkestraan kami dapat menaik taraf rangkaian pembayaran para pedagang untuk menjadikan mereka lebih tangkas. Papan pemuka tanpa kod kami memberi tumpuan kepada penyepaduan dan pengurusan kaedah pembayaran, para penyedia, keadaan dan transaksi pedagang serta memperkasakan mereka untuk melakukan lebih banyak perkara dalam masa yang singkat. Kami membolehkan para pedagang untuk memperkemas dan menguruskan kaedah pembayaran, perkhidmatan dan transaksi semuanya pada satu tempat. Di Gr4vy, kami bersemangat untuk menjadikan pembayaran, kecekapan dan pengalaman pelanggan sesuatu yang luar biasa.
Tentang Wpay
Wpay ialah sebuah platform pembayaran runcit yang terbukti, yang direka untuk para peruncit. Wpay yang pada asalnya dibangunkan khas untuk Woolworths Group, kini tersedia untuk para pedagang di seluruh Australia. Pemahaman kami tentang cara pelanggan berhubung dengan pengalaman pembayaran pada skala besar dan fokus kami untuk membangunkan pengalaman pembayaran yang positif dapat membantu para pedagang mengembangkan perniagaan mereka dan melakukan lebih daripada sekadar pembayaran. Wpay ialah sebuah platform pedagang yang komprehensif yang boleh disesuaikan dan akan terus berkembang untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berubah-ubah, sekali gus membantu menyampaikan pengalaman pelanggan yang hebat. Ia merupakan sebuah platform yang menggabungkan kepakaran anda dan kami, bersama-sama dengan sebahagian daripada pemikiran yang paling inovatif di pasaran.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1499261/Gr4vy_Logo.jpg?p=medium600