UL Solutions melancarkan tawaran perkhidmatan Penapisan Bahan Bekas Bateri terbaharunya, Nyala dan Grit yang direka untuk menyediakan pendekatan standard kepada para pembekal bahan dan pengguna akhir kenderaan elektrik.
NORTHBROOK, Illinois, 25 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- UL Solutions, peneraju global dalam sains keselamatan penggunaan, hari ini mengumumkan kaedah ujian baharu untuk penapisan bahan bekas bateri kenderaan elektrik (EV), iaitu Nyala dan Grit (TaG). Bekas bateri dan bahan yang terkandung di dalamnya, memainkan peranan penting dalam keselamatan kenderaan elektrik. Kaedah ujian TaG ini menggabungkan ujian berskala kecil yang membantu meramalkan prestasi bahan dalam situasi pelepasan haba.
Bateri EV biasanya meliputi keseluruhan rangka sesuatu kenderaan. Bahan-bahan yang digunakan untuk menempatkan bateri-bateri ini seharusnya mampu bertahan terhadap tekanan pelepasan haba. TaG melakukan simulasi tekanan bersuhu tinggi dan berimpak mekanikal dalam situasi pelepasan haba bateri untuk menilai kedudukan bahan bekas bateri.
Dalam usaha industri automotif untuk mengurangkan berat kebanyakan komponen, pengeluar peralatan asal (OEM) pula semakin banyak mengubah bahan bekas bateri kepada plastik dan komposit. OEM harus memilih bahan bekas bateri yang sesuai sebelum membangunkan satu-satu prototaip yang mahal untuk meminimumkan perbelanjaan dan mengelakkan masalah keselamatan yang mungkin berlaku. Dengan menilai kedudukan bahan, TaG boleh mengurangkan bilangan bahan yang diperlukan untuk menjalankan ujian prototaip dan pengesahan berskala besar, yang mungkin terlalu mahal dan memakan masa bagi OEM.
UL 2596, Kaedah Ujian untuk Prestasi Haba dan Mekanikal Bahan Bekas Bateri, menyeragamkan kaedah ujian untuk menilai bahan bekas bateri EV. Kaedah ujian TaG dijangka akan diterbitkan sebagai tambahan kepada UL 2596 pada tahun 2023.
Tentang UL Solutions
Peneraju global dalam bidang sains keselamatan gunaan, UL Solutions mengubah cabaran keselamatan, pelindungan dan kelestarian menjadi peluang untuk para pelanggan di lebih 100 buah negara. UL Solutions memberikan perkhidmatan pengujian, pemeriksaan dan pensijilan, bersama-sama dengan produk perisian dan penawaran nasihat yang menyokong inovasi produk dan pertumbuhan perniagaan pelanggan kami. Tanda Pensijilan UL berfungsi sebagai simbol kepercayaan yang diiktiraf dalam produk pelanggan kami dan mencerminkan komitmen yang teguh untuk memajukan misi keselamatan kami. Kami membantu para pelanggan kami berinovasi, melancarkan produk dan perkhidmatan baharu, memandu arah pasaran global dan rantaian bekalan yang kompleks serta berkembang ke masa hadapan secara lestari dan bertanggungjawab. Ilmu sains kami bermanfaat untuk anda.
HUBUNGAN AKHBAR:
Steven Brewster
UL Solutions
ULNews@UL.com
T: +1 (847) 664.8425
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1914211/TaG.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1849892/UL_Solutions_Logo.jpg?p=medium600