omniture

Basit Igtet Kemukakan Perancangan bagi Membangunkan Semula Libya

Independent Libya Foundation
2013-11-22 19:20 150

BENGHAZI, Libya, 22 November 2013 /PRNewswire/ -- Basit Igtet, Pengasas Yayasan Libya Bebas dan Duta Khas Majlis Peralihan Kebangsaan Libya telah menerbitkan "Pelan untuk Libya" dengan cita-cita tinggi bagi membantu penduduk Libya membina semula negara mereka. En. Igtet, seorang ahli perniagaan yang menyatakan kepimpinan semasa tidak menghiraukan penduduk Libya, mahu menjadi sebahagian daripada penubuhan negara Libya yang baharu dan lebih dinamik.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131121/DC21665 )

Perancangan En. Igtet bertujuan memberikan asas penubuhan negara yang berfungsi dengan baik bermula pada saat ini hingga tahun 2015. Unsur utamanya termasuklah:

  • Memberi tumpuan terhadap konsep perdamaian dan menjadikannya sebagai asas tindakan
  • Mengekang penggunaan senjata oleh militan persendirian
  • Mendapatkan semula keyakinan penduduk dengan memulakan sistem keadilan yang saksama dan berkesan
  • Mendapatkan semula keyakinan pihak antarabangsa terhadap Libya dengan melaksanakan kerajaan yang baik dan kawalan kewangan yang bertepatan
  • Memberi pampasan dan menyatukan ahli keluarga dengan membawa pulang mereka yang diarahkan berpindah ke Mesir dan Tunisia
  • Membina semula rumah yang musnah ketika berlakunya revolusi dan membangunkan perkhidmatan awam yang lebih baik terutamanya kemudahan tenaga dan air
  • Melibatkan diri bersama sektor swasta bagi memulihkan infrastruktur di Libya
  • Mengembalikan semula penghasilan minyak, sumber pendapatan utama Libya dengan mengeluarkan ahli militan daripada kilang penapis minyak
  • Mempromosikan standard yang lebih tinggi dalam bidang pendidikan dan mewujudkan sistem penjagaan kesihatan yang berfungsi sepenuhnya

Teks penuh bagi "Pelan untuk Libya" boleh didapati di sini.

En. Igtet berkata: "Hanya sedikit yang berubah setelah proses revolusi. Kerajaan kami berpecah-belah dengan kadar rasuah yang tinggi, tiadanya ketelusan, warganegara menjadi pelarian, timbulnya isu keselamatan, berlakunya perbalahan dalaman dan terbentuknya militan tempatan, infrastruktur menjadi lemah dan kurangnya hormat daripada komuniti antarabangsa. Tanpa ekonomi yang berfungsi, kami tidak akan selamat. Tanpa keselamatan pula, kami tidak akan mempunyai masa depan. Tujuan saya ialah membantu penduduk Libya membina masa depan yang lebih baik dan selamat yang turut bergantung kepada kerajaan yang berfungsi dengan baik."

Nota kepada Editor

Basit Igtet (43) merupakan rakyat Libya. Beliau mempunyai kepentingan perniagaan dalam bidang kejuruteraan awam, maritim dan reka bentuk penerbangan. Pada tahun 2011, beliau menubuhkan Yayasan Libya Bebas bagi menyokong gerakan pemberontakan di Libya dan bagi mendapatkan bantuan daripada seluruh dunia serta pengiktirafan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) sebagai badan pemerintahan sah yang tunggal di Libya. Menjelang akhir tahun tersebut, beliau telah dilantik sebagai Duta Khas NTC bagi bantuan kemanusiaan di Amerika Utara dan Selatan.

http://www.basitigtet.com/
https://www.facebook.com/BIgtet
https://twitter.com/BasitIgtet

Source: Independent Libya Foundation
Keywords: Advocacy Group Opinion