omniture

Apichatpong Weerasethakul Dinamakan Sebagai Duta Tropfest SEA

Tropfest SEA
2013-11-23 04:19 143

Pengarah terkenal negeri Thai akan menghadiri pesta filem di George Town, Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 November 2013 /PRNewswire/ -- Tropfest Asia Tenggara (Tropfest SEA) melantik Apichatpong Weerasethakul sebagai Duta sebelum edisi rantau sulung bagi pesta filem pendek terbesar dunia di George Town, Pulau Pinang.

Tropfest SEA disokong oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Malaysia Major Events, satu bahagian daripada Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Pengarah filem bebas, penulis skrip dan penerbit daripada negeri Thai itu akan turut menghadiri hari pesta Tropfest SEA pada 25 Januari. Beliau akan menyertai panel juri yang terkemuka bagi majlis penilaian secara langsung, termasuk pengasas Tropfest, John Polson.

Weerasethakul merupakan Duta rantau pertama Tropfest yang diumumkan pada minggu-minggu yang menjurus kepada pesta tersebut.

Sokongan dan penglibatan personaliti filem dari serata dunia merupakan salah satu tanda pengenalan pesta tersebut seperti yang dapat dilihat pada edisi Tropfest di Australia, New Zealand, Negara Arab dan Amerika Syarikat. Asia Tenggara merupakan edisi terbaharu bagi Tropfest.

Weerasethakul kini dalam proses pembikinan filem cereka berbilang platform bersama Illuminations Films di London, Primitive tentang penyakit tidur di sebuah pekan kecil berhampiran Sungai Mekong di negeri Thai. Hasil kerja beliau sebagai artis visual telah menyertai pameran peringkat antarabangsa dan galeri termasuk biennale dOKUMENTA (13) yang berprestij di Kassel dan di Sharjah Biennial. Pameran kesenian solo beliau yang terkini Photophobia di Oslo, Norway telah dipamerkan pada bulan November; pameran di London dan Bandar Mexico dijadualkan bagi tahun 2014.

"Kami amat berbesar hati mendapat sokongan daripada Weerasethakul untuk mewakili cerita dan personaliti filem bagi rantau kami. Perjalanan beliau sebagai pembuat filem bebas dan memenangi anugerah tertinggi bagi Pesta Filem Cannes ke-63, the Palme d'Or, menjadi sumber inspirasi bagi kami; juga, sokongan beliau terhadap pembuat filem bebas dan hasil kerja filem eksperimen," ujar pengarah urusan Tropfest SEA, Joe Sidek.

"Ditambah pula dengan menjadikan Malaysia sebagai negara pertama yang menjadi tuan rumah bagi Tropfest Asia Tenggara pada Januari 2014, Weerasethakul turut terlibat dalam debut Tropfest ini. Ini merupakan rangsangan besar untuk program acara tersebut yang juga akan menjadi nilai tambah kepada promosi antarabangsa bagi acara itu. Harapan kami, dengan kehadiran Duta hebat seperti beliau, profil Malaysia sebagai hab yang menarik bagi acara kreativiti, kesenian, gaya hidup dan hiburan akan turut meningkat dengan pesat," tambah Tony Nagamaiah, Pengurus Besar Malaysia Major Events (MME).

Pengumuman yang berkaitan dengan pesta tersebut akan dibuat pada minggu-minggu akan datang, termasuk himpunan acara muzik bagi Hari Pesta, tayangan filem Asia Tenggara yang dipilih khas dan simposium filem Roughcut.

LATAR BELAKANG MALAYSIA MAJOR EVENTS (MME)

Malaysia Major Events merupakan sebahagian daripada Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Sebagai bahagian yang dibentuk di bawah Program Transformasi Ekonomi Perdana Menteri (ETP), Malaysia Major Events melancarkan acara penting yang dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ia memberi tumpuan terhadap mengenal pasti dan menyokong tawaran acara utama bagi acara sukan, kesenian, gaya hidup dan hiburan. Ia turut membantu mengadakan acara tempatan dan acara Malaysia sebagai tuan rumah serta acara kelompok lain yang mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai saluran antarabangsa bagi acara utama. Sebagai penghubung antara sektor awam dan swasta, ia merupakan pusat sehenti yang memudahkan dan bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang pelbagai bagi memastikan kelancaran proses dan kejayaan acara yang berlangsung.

Bagi maklumat lanjut, sila layari http://www.mymajorevents.com.my.

LATAR BELAKANG TROPFEST ASIA TENGGARA

Tropfest SEA menyertai Tropfest peringkat global yang merangkumi New York, Abu Dhabi, Sydney dan Taranaki di New Zealand. Pertandingan filem pendek dibuka kepada semua warganegara dan penduduk di Asia Tenggara; pesta filem yang perdana dan percuma untuk dihadiri itu berlangsung di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 2014, sebagai sambutan terhadap filem pendek, muzik dan menyokong budaya bercerita dan kreativiti.

Pemenang pertandingan itu akan menerima sejumlah wang tunai bernilai USD 10,000 daripada Tropfest SEA dan lawatan untuk menerokai industri filem selama lima hari di Los Angeles yang ditaja oleh Motion Picture Association. Tropfest SEA turut disokong oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Malaysia Major Events, salah satu bahagian Biro Pameran & Konvensyen Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari http://www.tropfest.com/sea.

PERTANYAAN MEDIA
Isabel Asquith, Bahagian Media & Komunikasi
Telefon: +604-261-6308 & +604-261-3061
E-mel: isabelasquith@tropfestsea.com

Lisa Case, Pengurus Bahagian Pesta & Perniagaan
Telefon: +604-261-6308 & +604-261-3061
E-mel: lisacase@tropfestsea.com

SUMBER  Tropfest SEA

Source: Tropfest SEA
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Personnel announcements