BioCell Collagen® iaitu bahan utama syarikat tersebut kini diperakui halal oleh Islamic Information Documentation and Certification GmbH (IIDC), akreditasi yang diterima di hampir kesemua negara Islam
IRVINE, California, 26 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- BioCell Collagen®, sejenis bahan penokok diet yang dikaji secara klinikal yang mempunyai penggunaan yang selamat dan berkesan selama lebih dua puluh tahun kini diiktiraf sebagai disahkan halal oleh Islamic Information Documentation and Certification GmbH (IIDC). Pensijilan berprestij yang diterima di hampir kesemua negara Islam serta merupakan piawaian yang paling ketat ini memperluas jangkauan global dan ketersediaan BioCell Collagen®.
Bagi mereka yang mencari produk berkualiti tinggi, termasuk 1.6 bilion orang Islam di dunia, pensijilan ini menyediakan ketelusan dan kepercayaan terhadap BioCell Collagen® kepada para pengguna.
"Kategori produk halal sedang berkembang dan semakin ramai pengguna mencari simbol halal IIDC kerana ia mengesahkan komitmen produk terhadap keselamatan dan kesihatan," ujar Mohammed Ishaq, Ketua Pegawai Eksekutif BioCell Technology. "Adalah penting bagi kami untuk menjangkau serta memenuhi permintaan mereka yang mencari produk yang diperakui halal dan BioCell Collagen® mematuhi piawaian yang ketat tersebut."
Bahan-bahan Collagen bersifat kompleks dan pelbagai kaedah perlu digunakan untuk mencirikan kualiti bahan-bahan di peringkat bekalan. BioCell Collagen® dihasilkan mengikut piawaian halal yang diiktiraf oleh piawaian IIDC yang terkenal di seluruh dunia dan semua aspek pengeluaran adalah dibenarkan mengikut undang-undang Islam.
BioCell Collagen® merupakan salah satu daripada beberapa bahan penokok diet yang disokong oleh sains yang menangani kemerosotan fisiologi tisu penghubung dan kehilangan struktur molekul penting yang dikaitkan dengan peningkatan usia. Penyelidikan yang dilakukan selama lebih satu dekad berserta tujuh buah ujian klinikal manusia menunjukkan bahawa BioCell Collagen® dengan ketara dapat memerangi tanda-tanda penuaan yang boleh dilihat seperti kedutan, garis-garis halus dan kedutan pada mata, di samping menyediakan sokongan dalaman kepada sendi dan tisu penghubung yang sihat. Ia diperolehi hasil daripada komposisi bahan bersinergi BioCell Collagen yang unik yang terdiri daripada peptida jenis II kolagen yang terhidrolisis secara semula jadi, kondroitin sulfat dan asid hialuronik. Komposisi unik ini membuatkan BioCell Collagen® berbeza berbanding suplemen kolagen yang lain.
"Dengan spesifikasi baharu ini, kami berharap dapat menyokong lebih ramai pengguna yang mahukan kulit yang kelihatan muda, sendi yang aktif dan tisu penghubung yang sihat apabila mereka menggabungkan BioCell Collagen® ke dalam rutin pemakanan dan penokok diet harian mereka," kata Ishaq.
BioCell Collagen® tersedia sebagai produk kendiri atau sebagai bahan utama dalam ratusan formulasi di seluruh dunia daripada jenama penokok diet yang terkemuka.
IIDC merupakan sebuah pusat pemeriksaan dan pensijilan bebas dan diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk perkhidmatan dan makanan halal yang diiktiraf secara rasmi oleh pelbagai organisasi berprestij termasuk Pihak Berkuasa Makanan & Ubat-ubatan Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Majlis Islam Utama Thailand, JAKIM Malaysia dan HAK Turkiye.
Untuk maklumat lanjut, sila layari BioCell Technology. Para eksekutif BioCell Technology akan berada di acara SupplySide West di Las Vegas, reruai #3657 dan Health Ingredients di Paris, reruai #7.2N44.
Tentang BioCell Collagen®
BioCell Collagen® ialah bahan penokok diet berjenama yang diuji secara klinikal yang menggalakkan sendi yang aktif, kulit yang kelihatan muda dan tisu penghubung yang sihat. BioCell Collagen® mengandungi komposisi peptida jenis II kolagen yang terhidrolisis secara semula jadi, kondroitin sulfat dan asid hialuronik yang dipatenkan dalam bentuk matriks yang sangat mudah diserap yang telah menjadi subjek dalam pelbagai ujian klinikal manusia termasuk ujian tentang keselamatan, keberkesanan dan bioketersediaan. BioCell Collagen® diperakui sendiri sebagai GRAS (Generally Recognized As Safe atau Secara Umumnya Diiktiraf Sebagai Selamat). BioCell Collagen® ialah bahan bukan GMO (organisma yang diubah suai secara genetik) dan bebas daripada gluten, soya, kerang, ikan, telur, susu, kacang tanah dan gula. BioCell Collagen® dihasilkan secara eksklusif di Amerika Syarikat and Jerman. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.BioCellCollagen.com.
Tentang BioCell Technology, LLC
BioCell Technology merupakan sebuah syarikat penyelidikan, pembangunan produk, penjenamaan dan pemasaran yang mengeluarkan bahan berasaskan sains yang inovatif yang digunakan dalam penokok diet, makanan fungsian dan kosmetik. Syarikat ini melesenkan bahan berjenamanya kepada syarikat barangan pembungkusan pengguna terkemuka untuk digunakan dalam produk siap mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.BioCellTechnology.com.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1927521/BioCell___Halal_Combined_FINAL.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1159802/BioCell_Collagen__Logo.jpg?p=medium600