SAO PAULO, 23 November 2013 /PRNewswire/ -- Jika anda perlu diingatkan tentang betapa rapuhnya kehidupan manusia, lihat sahajalah kereta lumba Formula 1 yang dibuat sepenuhnya dengan menggunakan kaca wiski JOHNNIE WALKER yang pecah berderai, kata Carolyn Panzer, Pengarah Bahagian Tanggungjawab Sosial Korporat bagi Diageo, pembuat Wiski Scotch Beradun No. 1 di dunia.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131122/654067)
Video: http://www.jointhepact.com/theglasscar
The Glass Car merupakan filem utama yang baharu dan dilancarkan pada hari ini bagi kempen peringkat global, Join The Pact untuk mengumpulkan sejuta komitmen untuk tidak meminum minuman beralkohol dan memandu. Diinspirasikan daripada kerapuhan kaca, filem 90 saat itu memaparkan kereta lumba yang dibuat dengan menggunakan 1,750 kepingan kaca. Kereta kaca yang cantik dan berkuasa, namun sangat rapuh itu, menggambarkan kepentingan untuk sentiasa membuat pilihan yang tepat dan bijak mengawal keadaan.
"Kerjasama kami dengan Vodafone McLaren Mercedes merupakan platform yang hebat untuk memperkatakan tentang tanggungjawab meminum minuman beralkohol," kata Panzer. "Sebelum FORMULA 1 GRANDE PREMIO PETROBRAS DO BRASIL GRAND PRIX pada hujung minggu ini, kami akan melancarkan The Glass Car untuk mengingatkan para pengguna bagaimana dalam kehidupan, seperti ketika perlumbaan, kawalan adalah segala-galanya."
Join The Pact bermatlamat untuk mengumpulkan tambahan satu juta janji untuk tidak meminum minuman beralkohol dan memandu dengan mengajak para pengguna seluruh dunia menggunakan hashtag #ImNOTdriving menerusi media sosial. Sebagai balasannya, JOHNNIE WALKER berikrar untuk memberikan satu juta kilometer pemanduan pulang ke rumah dengan selamat.
The Glass Car memaparkan jaguh lumba kereta dengan dua kali kemenangan peringkat dunia, Mika Häkkinen - Duta Minum Dengan Bertanggungjawab Global bagi JOHNNIE WALKER - yang mengatakan: "Sentiasa berada dalam kawalan adalah sangat penting dalam perlumbaan. Dalam masa beberapa saat sahaja keputusan boleh berubah sama ada menamatkan perlumbaan dengan tempat pertama atau tempat terakhir, atau langsung tidak menamatkan perlumbaan tersebut. The Glass Car merupakan peringatan yang sangat penting bagaimana impian seseorang mungkin hancur dengan mudah sekali. Maka tontonlah, kongsi dan tandatangan pakatan untuk tidak meminum minuman beralkohol dan memandu."
Berlatarkan penghasilan semula berkomputer Pusat Teknologi McLaren yang amat sukar dihasilkan - dengan ketepatan sebanyak hanya 3mm - filem hebat tersebut memaparkan model CGI kereta F1 Vodafone McLaren Mercedes yang mengagumkan dan paparan kejadian kemalangan yang mendebarkan pada kadar 300 bingkai sesaat yang mengambil masa lebih seminggu untuk memberi dan menghasilkan data sebanyak 100 gigabait. Bagi menonton The Glass Car, layari http://www.jointhepact.com/theglasscar.
Gavin Pike, Pengarah Jenama Global JOHNNIE WALKER berkata: "JOHNNIE WALKER mengutamakan meminum dengan bertanggungjawab melalui kerjasama selama lapan tahun bersama Vodafone McLaren Mercedes. Hasil daripada kerjasama tersebut, lebih satu juta pengguna seluruh dunia telah menandatangani janji untuk tidak meminum minuman beralkohol dan memandu. Sementara itu, sembilan minggu sebelumnya di Singapura, kempen baharu telah dilancarkan bagi mengumpulkan satu juta janji lagi menerusi #ImNOTdriving dengan memberikan tunggangan percuma pulang ke rumah di seluruh dunia.
"Reaksi daripada para pengguna terus mendorong usaha kami dan setakat ini kami telah memberikan pemanduan ke rumah secara percuma sejauh 10,000 kilometer. Musim Formula 1 semakin menghampiri kemuncaknya apabila berjuta-juta individu mula membuat persediaan bagi acara tersebut di seluruh dunia. Ini merupakan saat yang terbaik bagi memanfaatkan filem yang memberi impak mendalam ini untuk menguatkan lagi mesej penting untuk tidak meminum minuman beralkohol dan memandu."
Pike turut menambah: "JOHNNIE WALKER dikhususkan untuk kemajuan peribadi, sesuatu yang cuba dipersonifikasikan oleh jenama ini dan kami percaya meminum dengan bertanggungjawab merupakan sebahagian daripada kemajuan ini. Filem terkini ini merupakan tambahan yang sangat memberi kesan untuk kempen peringkat global, yang memanfaatkan kerjasama kami dengan Vodafone McLaren Mercedes bagi menunjukkan komitmen kami terhadap pemasaran yang bertanggungjawab dengan standard bertaraf dunia."
Nota kepada Editor:
Join the Pact dan Vodafone McLaren Mercedes
JOHNNIE WALKER telah mengutamakan untuk meminum dengan bertanggungjawab melalui kerjasamanya dengan Pasukan F1 Vodafone McLaren Mercedes selama lapan tahun. Menerusi tajaan yang julung kali diadakan ini, bersama Mika Häkkinen sebagai Duta Meminum Dengan Bertanggungjawab Global, berserta Sergio Perez dan Jenson Button, JOHNNIE WALKER menangani isu ini secara terus melalui kempen Join the Pact.
Join the Pact mengajak para pengguna untuk memberikan komitmen supaya tidak meminum minuman beralkohol dan memandu melalui tandatangan pakatan. Sejak tahun 2006, Mika dan para pemandu F1 McLaren telah menerajui inisiatif seruan bagi tindakan ini, yang berjalan aktif di seluruh dunia bagi mengumpulkan sejuta tandatangan.
Mika telah melawat lebih 30 negara di empat benua, menjadi jurucakap kepada media, pegawai kerajaan, pihak berkepentingan dan para pengguna bagi menyampaikan pesanan penting menerusi pengalaman bersama JOHNNIE WALKER yang tersendiri.
Di GRAND PRIX SINGAPURA SINGTEL FORMULA 1 2013, JOHNNIE WALKER mendedahkan peringkat seterusnya bagi Join the Pact dengan matlamat untuk mengumpulkan satu juta lagi komitmen global untuk tidak langsung meminum minuman beralkohol dan memandu menerusi hashtag #ImNOTdriving yang tersendiri. Bagi mengiktiraf satu juta komitmen tersebut, JOHNNIE WALKER akan menyediakan pemanduan pulang ke rumah sejauh satu juta kilometer di seluruh dunia.
Latar Belakang Diageo
Diageo merupakan perniagaan minuman premium yang menerajui di dunia dengan koleksi terbaik jenama minuman beralkohol termasuklah kategori minuman keras, wain dan bir. Jenama yang terlibat termasuklah Johnnie Walker, Crown Royal, wiski Bushmills dan JεB, Smirnoff, vodka Ketel One dan Cîroc, Baileys, Captain Morgan, Tanqueray dan Guinness.
Diageo merupakan syarikat peringkat global dengan penjualan produknya di lebih 180 negara di seluruh dunia. Syarikat ini disenaraikan di Bursa Saham New York (DEO) dan Bursa Saham London (DGE). Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Diageo, para individu yang terlibat serta jenamanya, layari http://www.diageo.com. Bagi mendapatkan sumber global Diageo yang mempromosikan meminum secara bertanggungjawab melalui perkongsian inisiatif, maklumat dan alat amalan terbaiknya, layari http://www.DRINKiQ.com.
Nikmati hidup, setiap hari, di mana-mana sahaja.
Perkataan JOHNNIE WALKER, peranti Striding Figure dan logo berkaitan merupakan tanda dagangan © John Walker & Sons 2013.
Sila Minum dengan Bertanggungjawab.
SUMBER Diageo