omniture

Mesyuarat dua hala acara menarik dalam LAWATAN PERNIAGAAN AUDI

AUDI BUSINESS TRIP
2013-11-23 06:55 108

SAO PAULO, 23 November 2013 /PRNewswire/ -- Selepas selesai dengan jadual mesyuarat mereka di Emiriah Arab Bersatu, para Ketua Pegawai Eksekutif Brazil yang mengambil bahagian dalam edisi keempat Lawatan Perniagaan Audi mulai 10 November hingga 17 November, bertemu dengan Hamad bin Mejren, Pengarah Eksekutif Jabatan Pelancongan, Perdagangan dan Pemasaran di Dubai (DTCM). Semasa mesyuarat itu, Hamad menyatakan yang Brazil ialah pasaran yang penting daripada segi perdagangan serta pelancongan. Hubungan perdagangan antara kedua-dua negara itu terus meningkat: daripada segi bilangan pelawat, terdapat peningkatan sebanyak 16% dalam tiga suku tahun pertama 2013, apabila dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun 2012. "Brazil ialah rakan kongsi perniagaan utama Dubai di Amerika Latin, jadi memang patutlah kami membuka pejabat cawangan rantau pertama kami di sana," kata beliau.

Delegasi itu, yang turut disertai Naib Presiden Brazil, Michel Temer, juga disambut oleh Naib Presiden Dewan Perdagangan Abu Dhabi, Khalfan Saeed Al Kaabi. "Abu Dhabi kekurangan sumber manusia, jadi perkongsian dengan negara seperti Brazil adalah penting," tegas Al Kaabi. Amir Dubai, Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, berkata beliau ingin menggalakkan lagi hubungan perdagangan antara kedua-dua negara itu. "Walaupun jarak memisahkan Emiriah Arab Bersatu dengan Australia, kami masih boleh menjalinkan hubungan komersil dan politik yang kuat, dan kami ingin menyemai hubungan yang sepertinya dengan Brazil," titah putera mahkota itu.

Menurut Temer, Brazil menumpukan perhatian terhadap projek infrastruktur yang ia perlu laksanakan – pelabuhan, lapangan terbang, lebuh raya – dan Emiriah Arab Bersatu mempunyai modal yang mencukupi bagi memajukan sektor ini. Putera mahkota itu menyuarakan minat bagi melabur dalam negara itu, lalu memerintahkan satu delegasi ahli perniagaan ke sana bagi menilai urus niaga untuk masa hadapan.

Menurut Joao Doria Jr., Presiden LIDE, lawatan itu memberi hasil yang memberangsangkan. "Kedua-dua negara itu boleh memperluas perkongsian yang dijalinkan sekarang menjadi perkongsian yang penting. Lebih-lebih lagi, pada mesyuarat dua hala yang diadakan di Dubai dan Abu Dhabi, delegasi itu mencapai persetujuan bagi lebih lima perjanjian dengan ahli perniagaan dari Emiriah Arab Bersatu," kata beliau.

Dicetuskan oleh Grupo Doria dan dirancang oleh LIDE – Grupo de Lideres Empresariais [Kumpulan Pemimpin Perniagaan], acara itu mendapat tajaan utama daripada AUDI, serta tajaan daripada APEX-BRASIL dan QUALICORP, dengan sokongan daripada BRF, NIELY dan EMBRAER; disertai oleh AMAZON BEVERAGES, ALMAP/BBDO; GRUPO ARTEB, ATHIE WOHNRATH, CISA TRADING, GRUPO GOCIL dan GRUPO SERSON; dan kolaborasi oleh BULGARI dan DUDALINA. Rakan kongsi media ialah majalah REVISTA TOP DESTINOS dan REVISTA LIDE. Pembekal rasmi ialah AGAXTUR TURISMO, CDN, GRUPO COMPANHIA, PR NEWSWIRE dan ETIHAD.

Hubungi – Rose Rocharose-rocha@cdn.com.br +55-11-3643-2952

Source: AUDI BUSINESS TRIP
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Trade show news