Kerjasama ini menandakan pertembungan antara bidang sukan dengan kripto sebagai suatu janji terhadap usaha berkekalan yang memberi manfaat kepada dua buah dunia ini
HONG KONG, 26 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Bursa mata wang kripto global terkemuka, Bitget mengumumkan bahawa ia telah menjalin kerjasama dengan Lionel Andrés Messi, pemain bola sepak ikonik dari Argentina dan merupakan pemecah rekod dengan memenangi tujuh Anugerah Ballon d'Or. Pengumuman tersebut menjadi permulaan kepada penglibatan antara Bitget dan Messi dengan penerbitan sebuah filem yang dilakukan sebulan sebelum kejohanan Bola Sepak Piala Dunia.
Lionel Andrés Messi yang juga dikenali sebagai Leo Messi merupakan salah seorang bintang sukan yang paling popular dan dikenali ramai serta penerima anugerah Kasut Emas Eropah sebanyak enam kali. Pada bulan November ini, Messi akan menyertai pasukan kebangsaan Argentina sebagai kapten untuk penglibatan kali ke-5 beliau dalam Piala Dunia yang dianjurkan oleh Qatar pada tahun ini.
Bitget yang ditubuhkan pada tahun 2018 merupakan bursa mata wang kripto terkemuka yang menawarkan produk inovatif dan perkhidmatan dagangan sosial sebagai ciri utamanya. Produk perdagangan sosialnya yang utama iaitu 'One-Click Copy Trade' (Dagangan Salinan Sekali Klik), telah memperoleh jumlah yang besar dengan lebih 55,000 pedagang profesional dan kira-kira 1.1 juta pengikut yang mencerminkan usaha dan pencapaian jangka panjang Bitget dalam perdagangan sosial kripto.
Melalui kerjasama ini, Bitget akan menawarkan peluang yang unik kepada para peminat Messi untuk meneroka Web 3.0 dan dagangan kripto yang berpotensi pada bursa tersebut. Terdapat juga pemahaman bersama bahawa kerjasama ini akan membolehkan kedua-dua pihak komited terhadap usaha yang lebih memberi kesan yang melangkaui bidang mata wang kripto dan bola sepak.
Gracy Chen, Pengarah Urusan Bitget berkata, "Kami cuba mencerminkan kepelbagaian dan kekayaan komuniti platform kami melalui kerjasama yang kami pilih ini. Kami menawarkan Web 3 kepada para peminat sukan; mereka pula menawarkan padang permainan kepada para pedagang kripto. Memandangkan kejohanan Bola Sepak Piala Dunia yang bakal menjelang tidak lama lagi, Messi akan mengetuai pasukan Argentina mencapai kejayaan baharu. Kami berbesar hati kerana mempunyai kuasa alam semula jadi sebegini yang bekerjasama dengan kami."
Sepanjang tahun lalu, Bitget telah bekerjasama dengan beberapa pasukan dan perniagaan yang menjadi contoh kepada tahap tertinggi yang dicapai dalam industri masing-masing. Melalui kerjasama dengan kelab bola sepak yang paling terkenal di Itali iaitu Juventus hingga pasukan gergasi e-sukan, Team Spirit serta pembekal kejohanan e-sukan antarabangsa premium dan acara PGL, Bitget komited untuk memberikan ekosistem rangkaiannya yang terdiri daripada rakan gabungan bertaraf dunia.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Bitget atas semangat mereka dalam membuatkan saya menyertai dunia kripto. Saya percaya bahawa kedua-dua pihak boleh mengaktifkan inisiatif yang bermakna serta menawarkan web 3 kepada para peminat sukan," ujar Leo Messi.
Hubungan media:
sylvia.huang.yq@bitget.com
rachel.cheung@bitget.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1927919/Bitget_partners_with_Leo_Messi.jpg?p=medium600