omniture

Kementerian Hal Ehwal Marin dan Perikanan Indonesia dan Life Technologies Menganjurkan Simposium Bersama Pertama tentang Penyakit Udang Asia Tenggara

Life Technologies Corporation
2013-11-23 06:53 161

- Pakar Berkumpul untuk Berkongsi Pengalaman dan Membincangkan Amalan Terbaik dalam Pengurusan Penyakit Udang -

JAKARTA, Indonesia, 23 November 2013 /PRNewswire/ -- Life Technologies Corporation hari ini mengumumkan Kementerian Hal Ehwal Marin dan Perikanan Indonesia serta Life Technologies mengadakan simposium bersama pertama tentang Penyakit Udang Asia Tenggara pada 21 November di Jakarta.

Asia Tenggara ialah rantau eksport udang terbesar di dunia. Di Indonesia, lebih 35% daripada jumlah eksport perikanan di negara itu terdiri daripada eksport udang. Rantau Asia Tenggara bukan sahaja menghadapi permintaan yang semakin meningkat daripada pasaran makanan globalisasi tetapi juga cabaran penyakit yang semakin menular merentasi ladang ternakan udang di rantau itu. Pengurusan penyakit udang termasuk pengenalpastian dan perlindungan patogen telah menjadi cabaran yang penting, bukan sahaja terhadap industri penternakan udang tetapi juga terhadap kerajaan yang menyokong industri itu di negara mereka.

Simposium itu mengumpulkan bersama pakar dalam industri udang dan menumpukan usaha terhadap perkongsian pengalaman serta amalan baik mereka dalam menangani cabaran ini, termasuk perbincangan tentang kepentingan ekonomik bagi pengurusan penyakit, pengetahuan saintifik termasuk aspek manfaat pengamalan protokol daya pemprosesan tinggi bagi mengenal pasti patogen udang dan menggunakan teknologi analisis genetik yang paling canggih bagi penemuan dan pengawasan penyakit udang berjangkit.

Lebih 150 delegasi daripada pihak kerajaan, perniagaan akuakultur dan sektor akademik di negara termasuk Indonesia, Vietnam, Filipina, negeri Thai, Singapura dan Australia berkumpul untuk berkongsi pandangan mereka serta bertukar-tukar pendapat dengan rakan setara mereka. Antara penceramah jemputan termasuklah Dr. Matthew Briggs (Ridley AgriProducts, Brisbane, Australia), Dr. Siripong Thitamadee (Centex Shrimp, negeri Thai), Dr. Yuri Sutanto (PT Central Proteina Prima Indonesia), Dr. Leobert dela Pena (Jabatan Akuakultur, SEAFDEC, Filipina), Cik Dao Thi Thanh Hue (Pejabat Kesihatan Haiwan Rantau No.6, Vietnam), Dr. Kim Halpin dan Dr. Kristian Ridley daripada Life Technologies.

"Kementerian komited terhadap kemajuan industri akuakultur di Indonesia dan kami sangat gembira kolaborasi antara industri, institusi dan pentadbiran berjaya diadakan," kata En. Maskur, Pengarah Kesihatan Ikan dan Alam Sekitar, Pejabat Pengarah Besar Akuakultur, Kementerian Hal Ehwal Marin dan Perikanan, Indonesia, semasa perasmian simposium itu. "Ini merupakan langkah yang penting bagi industri udang, untuk saling bertukar ilmu pengetahuan serta amalan terbaik bagi mengatasi cabaran yang kami hadapi."

"Kami gembira kami dapat mengadakan simposium bersama ini sebagai syarikat yang mempunyai teknologi serta ilmu pengetahuan sokongan yang diperlukan oleh industri penternakan akua." kata Justin Lee, Ketua Rantau Asia Tenggara Life Technologies. "Kami tidak sabar-sabar lagi untuk menyumbang kepakaran kami kepada industri ini sebagai rakan kongsi dalam mencari penyelesaian untuk akuakultur yang lebih baik."

Perniagaan kesihatan haiwan Life Technologies berusaha untuk memberikan protokol dan cerakinan piawaian bagi mengesan patogen penyakit udang yang disenaraikan dalam Organisasi Dunia untuk Kesihatan Haiwan (OIE).

Produk Kesihatan Haiwan Life Technologies adalah untuk penggunaan veterinar sahaja dan untuk penggunaan di dalam makmal sahaja. Syarat kawal selia berbeza mengikut negara; produk mungkin tidak boleh didapati di kawasan geografi anda.

Latar Belakang Life Technologies 
Life Technologies Corporation (NASDAQ: LIFE) ialah syarikat bioteknologi global yang komited untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang paling inovatif kepada pelanggan yang menerajui dalam bidang penyelidikan saintifik, analisis genetik dan sains gunaan. Dengan kehadiran di lebih 180 negara, portfolio syarikat itu yang terdiri daripada 50,000 penyelesaian hujung ke hujung dilindungi oleh lebih 5,000 paten dan lesen yang merentasi seluruh spektrum biologi – penerokaan saintifik, diagnostik molekul, forensik abad ke-21, perubatan pertumbuhan semula dan penyelidikan pertanian. Life Technologies mempunyai kira-kira 10,000 kakitangan dan mempunyai jualan sebanyak $3.8 bilion pada tahun 2012.

Kenyataan Perlindungan Selamat Life Technologies

Siaran akhbar ini mengandungi beberapa kenyataan pandang ke hadapan tentang jangkaan keputusan kami yang melibatkan risiko dan ketidakpastian. Beberapa maklumat yang terkandung dalam siaran akhbar ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan tentang arah aliran industri dan pelan, objektif, jangkaan dan strategi Life Technologies untuk perniagaannya, mengandungi kenyataan pandang ke hadapan yang tertakluk pada risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan atau kejadian sebenar benar-benar berbeza daripada yang dinyatakan atau dibayangkan oleh kenyataan pandang ke hadapan tersebut. Sebarang kenyataan yang bukan kenyataan fakta bersejarah merupakan kenyataan pandang ke hadapan. Apabila digunakan, perkataan seperti "percaya," "merancang," "berniat," "menduga," "menyasarkan," "menganggarkan," "menjangkakan" dan sepertinya dan/atau kata kala kelak atau ayat bina bersyarat ("akan," "mungkin," "boleh," "patut," dsb.) atau perkataan sepertinya, ialah petunjuk bagi sesetengah kenyataan pandang ke hadapan ini. Faktor penting yang mungkin boleh menyebabkan keputusan sebenar benar-benar berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan ini diperincikan dalam pemfailan yang dibuat oleh Life Technologies dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Life Technologies tidak menanggung sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula apa-apa kenyataan pandang ke hadapan ini bagi mencerminkan kejadian atau keadaan yang berlaku selepas ini.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20110216/MM49339LOGO)  

Perhubungan Media Life Technologies:
Atsuko Igawa
Tel:+81-36832-9446
atsuko.igawa@lifetech.com

Source: Life Technologies Corporation
Related Stocks:
NASDAQ:LIFE
Keywords: Biotechnology Food/Beverages Health Care/Hospital Trade show news