omniture

Malaysia Negara Terkini Mengalu-alukan Ketibaan Johnny Rockets

Johnny Rockets
2013-11-24 00:53 148

-- Lokasi Bah1CFCaru Menyertai 10 Restoran Lain di Asia Tenggara yang Dibuka dalam Masa Empat Tahun Lepas

ALISO VIEJO, California, 23 November 2013 /PRNewswire/ -- Johnny Rockets pertama di Malaysia membuka pintunya pada 28 Oktober. Rakan kongsi francais yang dihormati Aum Asiatic Restaurants Sdn Bhd akan mengendalikan restoran itu di The Curve di Petaling Jaya, Selangor. Di samping tujuh restoran Johnny Rockets di Filipina dan tiga di Indonesia, termasuk dua yang dibuka pada bulan Julai di Pondok Indah Mall Street Gallery dan Lotte Avenue, Ciputra World, lokasi baharu ini menandakan restoran Johnny Rockets yang kesebelas di Asia Tenggara.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120112/LA35131LOGO)

Cawangan restoran Johnny Rockets yang terkini di The Curve bakal menambat selera rakyat Malaysia dengan burger yang diperbuat daripada 100% daging lembu atau ayam semula jadi sepenuhnya, Kentang Goreng Amerika yang dihidangkan dengan sos tomato dalam bentuk wajah senyuman ikonik jenama itu, susu kocak buatan tangan dan sandwic klasik. Restoran itu juga menawarkan inti burger tambahan seperti bakon daging lembu, bakon daging ayam belanda, keju cheddar, keju Swiss dan keju lada hitam. Pelayan yang memusingkan straw dan menari mengikut rentak muzik sepanjang zaman yang berkumandang daripada peti lagu klasik menyediakan suasana menjamu selera yang interaktif dan mesra keluarga yang mungkin tidak pernah dialami oleh penduduk tempatan dan pelawat kawasan itu.

"Kami gembira dapat membawakan makanan dan keseronokan gaya Amerika Johnny Rockets ke Malaysia, dan memuji Aum Asiatic Restaurants kerana memilih The Curve sebagai lokasi pertama mereka," kata John Fuller, Ketua Pegawai Eksekutif Johnny Rockets. "Selama 26 tahun lepas, pusat membeli-belah terbukti sebagai lokasi yang sangat berdaya maju bagi restoran kami di seluruh dunia. Semua orang ingin menikmati burger yang menyelerakan dan susu kocak berkrim sebelum, semasa atau selepas sehari suntuk membeli-belah."

"Bukan itu sahaja, tetapi negeri Selangor, yang terletaknya bandar Petaling Jaya, mempunyai populasi paling besar dan ekonomi paling kukuh di Malaysia," tambah Fuller lagi. "Daripada segala segi, restoran baharu kami di The Curve sepatutnya akan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai."

Pusat gaya hidup terbuka pertama di Malaysia, The Curve diapit oleh IKEA Home Furnishings, IKANO Power Centre, e@Curve dan Tesco Hypermarket serta menempatkan kira-kira 250 kedai beli-belah bertaraf dunia serta kedai makanan. Ia terletak di bandar utama yang mewah Mutiara Damansara, dan boleh dicapai melalui Lebuh Raya Utara Lembah Klang, Lebuhraya Damansara Puchong, Lebuh Raya Sprint, Damansara Perdana dan Persiaran Surian.

Restoran Johnny Rockets baharu di Malaysia boleh memuatkan kira-kira 150 orang di dalam ruang runcitnya yang seluas 2,000 lebih kaki persegi (di dalam dan di luar kedai), dan terletak di kedudukan strategik bersebelahan The Royale Bintang Damansara Hotel. Bagi maklumat lanjut tentang Johnny Rockets dan peluang francaisnya, sila ke www.johnnyrockets.com.

Source: Johnny Rockets
Keywords: Food/Beverages Restaurants Retail Asian-related news Corporate Expansion New products/services