ANNAPOLIS, Maryland, 26 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Orbis Technologies, Inc. (Orbis), syarikat peneraju global dalam menyampaikan penyelesaian dan perkhidmatan kandungan untuk perusahaan besar dan organisasi kerajaan di seluruh dunia, mengumumkan pengambilalihan Writing Assistance, Inc (WAI), sebuah syarikat yang berpangkalan di Minnesota yang mengkhusus dalam bidang bakat penulisan dan pengambilan kakitangan profesional. Syarikat gabungan tersebut akan mengekalkan nama Orbis Technologies, Inc. dan mengekalkan ibu pejabatnya yang terletak di Annapolis, Maryland.
"Dengan pengalaman selama hampir 30 tahun, pengambilalihan WAI mengukuhkan tawaran perkhidmatan kami di pelbagai industri dengan menambah lebih seratus orang pembangun kandungan profesional kepada pasukan perkhidmatan kami," kata Brian Ippolito, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Orbis Technologies. "WAI mewakili pengambilalihan ketiga kami dalam tempoh dua puluh empat bulan yang lalu dan merupakan pengambilalihan terbesar kami setakat ini. Pengambilalihan WAI dapat memperluas kehadiran kami dalam industri penjagaan kesihatan dan meletakkan Orbis pada kedudukan yang kukuh untuk meneruskan pertumbuhan kami yang pesat pada tahun 2023 dan seterusnya."
WAI yang berpangkalan di Minnesota menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kepada pelanggannya, termasuk penulisan teknikal dan perubatan, penulisan kertas kerja Medicare dan Medicaid, penulisan iklan serta pembangunan perisian kursus. "Menjadi sebahagian daripada Orbis akan membolehkan kami membawa produk dan perkhidmatan baharu kepada para pelanggan kami serta memanfaatkan sumber global Orbis," kata Scott Hartmann, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif WAI. "Memanfaatkan platform CCMS RSuite milik Orbis bukan sahaja membolehkan kami mencipta kandungan yang diperlukan oleh para pelanggan kami, malah akan membolehkan kami mengurus dan menerbitkan kandungan tersebut dengan kos yang menjimatkan."
Syarikat gabungan tersebut menyokong para pelanggan yang merangkumi syarikat Fortune 500, ketenteraan dan organisasi kerajaan yang lain di 40 buah negara.
Tentang Orbis Technologies, Inc.
Orbis Technologies, Inc. merupakan syarikat peneraju global yang terkenal dalam menyampaikan penyelesaian kandungan inovatif dan perkhidmatan profesional kepada syarikat-syarikat yang merangkumi syarikat Fortune 500 hinggalah Kerajaan Persekutuan A.S. Orbis mempunyai ibu pejabat di Annapolis, Maryland dengan pejabat lain di Orlando (FL), Durham (NC), Milwaukee (WI), Chennai, India, Torquay, United Kingdom dan Sydney, Australia.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/952709/Orbis_Technologies_Logo.jpg?p=medium600