omniture

SHUTTERSTOCK BEKERJASAMA DENGAN OPENAI DAN MENERAJUI USAHA UNTUK MEMBAWA KANDUNGAN DIJANA AI KEPADA SEMUA

Shutterstock, Inc.
2022-10-26 21:41 287
  • Shutterstock memperkasakan kecemerlangan inovasi dengan memperluas kerjasama OpenAI yang memberi tumpuan kepada penyampaian alat kreatif yang paling maju dalam industri 
  • Shutterstock menyokong pangkalan penyumbang dengan pelancaran dana yang bertujuan untuk memastikan para seniman diberi ganjaran atas sumbangan kepada set data AI 

NEW YORK, 26 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Shutterstock, Inc. ("Syarikat") (NYSE: SSTK), sebuah platform kreatif global yang terkemuka untuk syarikat-syarikat media dan jenama transformatif, hari ini melancarkan pelan tindakannya untuk melancarkan keupayaan kandungan yang dihasilkan AI dengan cara yang bertanggungjawab dan telus untuk para pelanggan dan penyumbang. Dalam memperluas kerjasamanya dengan OpenAI, melancarkan dana untuk memberi ganjaran kepada para seniman atas sumbangan mereka dan memberi tumpuan kepada mesin R&D untuk mengumpul dan menerbitkan cerapan yang berkaitan dengan kandungan yang dijana AI, Shutterstock meletakkan dirinya sebagai peneraju kepada teknologi baru muncul -- penceritaan kreatif dan beretika yang menarik untuk semua.

Shutterstock powers innovation excellence by expanding OpenAI partnership focused on delivering the most advanced creative tools in the industry
Shutterstock powers innovation excellence by expanding OpenAI partnership focused on delivering the most advanced creative tools in the industry

"Medium untuk mengungkap kreativiti sentiasa berkembang dan bertambah. Kami menyedari bahawa ia merupakan tanggungjawab besar kami untuk menerapkan evolusi ini dan memastikan teknologi generatif yang mendorong inovasi menjadi asas dalam amalan beretika," kata Paul Hennessy, Ketua Pegawai Eksekutif Shutterstock. "Kami mempunyai sejarah yang panjang dalam menyepadukan AI ke dalam setiap bahagian perniagaan kami. Kecekapan peringkat pakar ini menjadikan Shutterstock sebagai rakan kongsi yang ideal untuk membantu komuniti kreatif kami menavigasi teknologi baharu ini. Dan kami komited untuk membangunkan amalan dan pengalaman terbaik bagi memenuhi matlamat kami, yang seterusnya akan memperkasakan dunia untuk mencipta dengan penuh keyakinan."

Shutterstock + OpenAI: Kreativiti pada Kepantasan Imaginasi Anda
Kerjasama ini memperkenalkan keupayaan penjanaan imej OpenAI yang lancar kepada khalayak Shutterstock di seluruh dunia — menawarkan para pelanggan keupayaan untuk menjana imej serta-merta berdasarkan kriteria yang dikunci masuk. Itulah yang Shutterstock kenali sebagai Kreativiti pada Kepantasan Imaginasi Anda.

Perjanjian ini meningkatkan lagi kerjasama strategik antara Shutterstock dan OpenAI yang telah bermula pada tahun 2021.

"Data yang dilesenkan daripada Shutterstock adalah penting untuk latihan DALL-E," kata Sam Altman, Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI. "Kami teruja dengan Shutterstock untuk menawarkan imej DALL-E kepada para pelanggannya sebagai salah satu penggunaan pertama melalui API kami dan kami mengharapkan kerjasama di masa depan kerana kecerdasan buatan menjadi sebahagian daripada aliran kerja kreatif para artis."

Apabila penyepaduan ini dilancarkan di Shutterstock.com dalam beberapa bulan akan datang, para pelanggan akan menerima akses langsung kepada keupayaan penjanaan imej AI ini untuk meningkatkan aliran kerja kreatif mereka. Seterusnya, para penyumbang Shutterstock akan diberi ganjaran untuk peranan kandungan mereka yang dimainkan dalam pembangunan teknologi ini.

Shutterstock.AI Membuka Aliran Pendapatan Baharu untuk Para Penyumbang
Shutterstock percaya bahawa kandungan yang dihasilkan AI merupakan usaha kumulatif para artis yang menyumbang. Dalam usaha untuk mewujudkan standard industri baharu dan membuka kunci aliran pendapatan baharu untuk komuniti artis Syarikat tersebut, Shutterstock juga telah mewujudkan rangka kerja untuk memberikan pampasan tambahan kepada para seniman yang telah menyumbang untuk membangun model AI. Syarikat ini juga mensasarkan untuk membayar pampasan kepada para penyumbang dalam bentuk royalti apabila harta intelektual mereka digunakan.

Mewujudkan Rangka Kerja AI Beretika dan Saksama
Untuk mempromosikan rangka kerja beretika dan inklusif untuk kandungan dan AI, Shutterstock merupakan penaja utama dan peserta dalam persidangan global Yayasan Data Beretika Dunia 2022. Dengan tumpuan yang kukuh terhadap kepentingan keterangkuman dalam teknologi, daripada pengambilan pekerja kepada mengurangkan berat sebelah dalam sistem dan mewujudkan proses semak dan imbang untuk membantu memastikan penggunaan data yang beretika dan inklusif, Shutterstock terus memacu kemajuan dalam inovasi teknologi dan DEI merentas industri kreatif.

Dan dalam usaha penting untuk melindungi hak IP para artis, jurugambar dan pencipta, Shutterstock terus menerajui dasar, prosedur dan kaedah majikan untuk memastikan bahawa hak penggunaan dan lesen yang betul diperoleh untuk semua kandungan yang ditampilkan -- termasuk kandungan yang dihasilkan AI.

Alami Kuasa Shutterstock.AI
Ketahui lebih lanjut tentang inisiatif Shutterstock yang berkaitan kandungan yang dihasilkan oleh AI, termasuk koleksi eksklusif yang dihasilkan oleh Produser Kreatif, Alex Ambroziak, di shutterstock.com/generate.

PERNYATAAN BERPANDANGAN KE HADAPAN 

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan mengikut takrifan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995. Semua pernyataan selain daripada pernyataan fakta sejarah merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Contoh-contoh pernyataan berpandangan ke hadapan termasuk tetapi tidak terhad kepada, pernyataan yang berkaitan panduan, prospek industri, perniagaan pada masa hadapan, hasil operasi atau keadaan kewangan pada masa hadapan, dividen masa hadapan, keupayaan kami untuk melengkapkan pengambilalihan dan menyepadukan perniagaan yang telah kami ambil alih atau mungkin diambil alih ke dalam operasi kami yang sedia ada, ciri-ciri, produk atau perkhidmatan baharu atau yang dirancang, strategi pengurusan, kedudukan kami yang kompetitif dan pandemik COVID-19. Anda boleh mengenal pasti pernyataan berpandangan ke hadapan melalui perkataan-perkataan seperti "mungkin," "akan," "boleh jadi," "harus," "boleh," "jangka," "sasar," "harap," "percaya," "anggar," "hasrat," "rancang," "ramal," "unjur," "ingin," "potensi," "peluang" dan ungkapan lain yang serupa serta versi negatif bagi ungkapan tersebut. Namun, tidak semua pernyataan berpandangan ke hadapan mengandungi perkataan-perkataan ini. Pernyataan berpandangan ke hadapan adalah tertakluk kepada pelbagai risiko, ketidakpastian dan faktor lain yang diketahui dan tidak diketahui yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan yang terkandung di sini. Risiko dan ketidakpastian sedemikian termasuk, antara lain, yang dibincangkan di bawah kapsyen "Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan kami yang paling terkini pada Borang 10-K serta dalam dokumen lain yang mungkin difailkan oleh Syarikat dari semasa ke semasa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Akibat daripada risiko, ketidakpastian dan faktor sedemikian, keputusan sebenar Shutterstock mungkin berbeza secara material daripada sebarang hasil, prestasi atau pencapaian masa depan yang dibincangkan atau tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan yang terkandung di sini. Pernyataan berpandangan ke hadapan yang terkandung dalam siaran akhbar ini adalah tepat hanya pada tarikh ini dan Shutterstock tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini maklumat yang disertakan dalam siaran akhbar ini atau menyemak semula mana-mana pernyataan berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, perkembangan pada masa hadapan atau sebaliknya, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.

TENTANG SHUTTERSTOCK

Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK), ialah sebuah platform kreatif global yang terkemuka untuk syarikat-syarikat media dan jenama transformasi. Secara langsung dan melalui anak syarikat kumpulannya, koleksi komprehensif Shutterstock termasuk gambar berlesen berkualiti tinggi, vektor, ilustrasi, model 3D, video dan muzik. Bekerjasama dengan komunitinya yang semakin berkembang dengan lebih 2 juta penyumbang, Shutterstock menambah ratusan ribu imej setiap minggu dan pada masa ini mempunyai lebih 424 juta imej dan lebih 27 juta klip video yang tersedia.

Beribu pejabat di Bandar Raya New York, Shutterstock mempunyai pejabat di seluruh dunia serta para pelanggan di lebih 150 buah negara. Syarikat ini juga memiliki Splash News, sebuah agensi berita hiburan terkemuka di dunia untuk bilik berita dan syarikat media di seluruh dunia, Pond5, sebuah pasaran kandungan utama video terbesar di dunia, TurboSquid, sebuah pasaran kandungan 3D terbesar di dunia; PicMonkey, sebuah platform penyuntingan imej dan reka bentuk grafik dalam talian yang terkemuka; Offset, sebuah koleksi imej mewah; Shutterstock Studios, sebuah kedai kreatif tersuai serba lengkap; PremiumBeat, sebuah koleksi muzik tanpa royalti; Shutterstock Editorial, sebuah sumber utama bagi imej dan video editorial untuk media di seluruh dunia; Amper Music, sebuah platform muzik yang dipacu AI (Kecerdasan Buatan); dan Bigstock, sebuah tawaran media stok berorientasikan nilai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shutterstock.com dan ikuti Shutterstock di Twitter dan di Facebook.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1928329/Shutterstock_Inc_Partners_OpenAI.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1928330/Shutterstock_Inc_and_OpenAI_Logo.jpg?p=medium600

Source: Shutterstock, Inc.
Related Stocks:
NYSE:SSTK
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Licensing/marketing agreements New products/services