omniture

Banyan Tree AlUla Mengalu-alukan Kedatangan Para Tetamu ke Sebuah Acara yang Sudah Lama Dinanti-nantikan

Banyan Tree
2022-10-26 22:22 217

Acara yang menakjubkan ini menampilkan persembahan secara langsung, aktiviti khas dan konsert persendirian oleh Mariah Carey 

ALULA, Arab Saudi, 26 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Banyan Tree AlUla telah menganjurkan pembukaan besar-besarannya dengan kehadiran golongan elit yang melibatkan orang kenamaan, VIP dan selebriti antarabangsa. Para tetamu dapat menikmati acara sambutan yang luar biasa, termasuk konsert persendirian khas oleh legenda muzik Mariah Carey.

Many special guests attended the opening event including Sébastien Bazin, Chairman and CEO for Accor (far right)
Many special guests attended the opening event including Sébastien Bazin, Chairman and CEO for Accor (far right)

Acara gilang-gemilang ini dihadiri oleh selebriti dan personaliti, termasuk Aseel Omran, Deema Bayyaa, Dilan Çiçek Deniz, Dorra Zarrouk, Lojain Omran, Mona Kattan, Stephanie Saliba dan Jumana Mourad.

Para undangan telah berkumpul pada hujung minggu yang eksklusif untuk meneroka destinasi dan kemewahan Banyan Tree AlUla, di mana mereka dialu-alukan dengan pengalaman unik yang menampilkan vila-vila peribadi serta Lembah Ashar yang menakjubkan di tempat peranginan tersebut.

Mencerminkan landskap AlUla yang ikonik, Maraya Hall menghimpunkan para tetamu untuk melihat persembahan secara langsung yang eksklusif oleh Mariah Carey, mereka kemudian dibawa ke tengah-tengah lembah, di mana John Northen, Pengarah Eksekutif – Ketua Hotel dan Pusat Peranginan untuk Suruhanjaya Diraja AlUla, bersama-sama dengan Sebastien Bazin, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Accor dan Ho Kwon Ping, Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif Banyan Tree Group, telah merasmikan pembukaan pusat peranginan tersebut. Detik bersejarah ini telah diraikan dengan persembahan yang menakjubkan oleh Sahwat, sebuah persembahan yang melibatkan rutin muzik koreografi dan kuda Arab yang hebat. Pembentukan batuan yang menakjubkan di Lembah Ashar disinari dengan penayangan animasi terpilih yang memukau, sementara Hala Ali AlHedithy menceritakan kisah tentang AlUla yang menarik dan memberi inspirasi. 

Acara pada malam tersebut diakhiri dengan menu makan malam yang dihasilkan oleh Cef Eksekutif Banyan Tree AlUla, Ricardo Lujan, yang mempersembahkan hidangan daripada restoran Thailand istimewanya, Saffron yang diberikan kelainan dengan masakan tradisional Arab Saudi yang digabungkan secara harmoni.

Dengan memberikan kelainan pada hidangan kari Khao Soi, Cef Lujan telah menghasilkan Ladu Khao Soi Ketam Raja dengan gulungan kertas beras segar buatan tangan yang diisi dengan daging Ketam Raja dan sos kari Khao Soi asli. Kari Kambing Massaman, salah satu hidangan paling ikonik di Saffron, menonjolkan pengaruh kuat daripada masakan Thailand serta kaya dengan bahan-bahan yang berasal dari AlUla. 

Bagi mewakili tonggak kelestarian Banyan Tree, iaitu dedikasi dalam menggunakan unsur-unsur inspirasi tempatan serta rasa cinta dan keinginan terhadap kawasan persendirian yang selamat, AlUla mewujudkan sebuah tempat yang sempurna untuk jenama globalnya. Pusat peranginan ini memastikan para tetamu dapat merasai suasana di tempatnya melalui ciri-ciri seperti pintu kayu dan kemasan yang memberi penekanan kepada rumah Badwi tradisional, kraftangan buatan tempatan dan hiasan yang ringkas. 

Prinsip utama bagi pusat peranginan yang terdiri daripada vila ini dibina berdasarkan tiga konsep untuk membolehkan para tetamu menikmati tempat peranginan dan persekitarannya yang indah dengan pengalaman yang membangkitkan pelbagai deria.

'In-villa' memberikan para tetamu pengalaman menjamu selera, kesejahteraan dan hiburan yang disediakan oleh para pekerja berbakat yang menguruskan Banyan Tree. 'In-valley' membawa para tetamu menuju ke alam semula jadi melalui aktiviti luar yang eksklusif, meja cef nomad, pengembaraan aktif dan acara peribadi yang dipentaskan dalam persekitaran yang menakjubkan. Akhir sekali, 'En-voyage' membawa para tetamu melalui pengalaman istimewa yang dihasilkan oleh bakat-bakat tempatan yang berterusan meneroka aspek baharu bagi warisan AlUla yang kaya dengan sejarahnya. 

Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan dan diterokai oleh para tetamu, daripada menikmati urutan di dalam gua-gua yang terpencil dan mendapatkan mandian dengan bunyi yang menenangkan di bawah bintang-bintang bergemerlapan hinggalah kepada berkelah di udara dengan menaiki belon udara panas terapung. Untuk aktiviti yang mengujakan, para pengunjung boleh mencuba pengembaraan pesawat vintaj atau helikopter yang mendebarkan, terbang di atas kawasan AlUla - dengan kemungkinan untuk meneruskan perjalanan tersebut sehingga ke Laut Merah

Banyan Tree Spa merupakan tempat untuk meningkatkan deria, sebuah tempat untuk pembaharuan fizikal, mental dan rohani dengan pendekatan holistik berdasarkan terapi penyembuhan tradisional Asia. Para pengamal di pusat peranginan ini menggabungkan ritual tempatan dan Timur dengan lancar bersama-sama dengan tradisi yang dihormati sejak berabad-abad yang lalu. Para tetamu juga boleh berehat di kolam renang batu yang tenang dengan pemandangan lembah yang luas sehingga ke kaki langit selepas sesi gimnasium atau rawatan spa istimewa.

Sebuah lokasi yang sempurna untuk acara istimewa, rantau AlUla merupakan tempat untuk mencipta detik-detik yang tidak dapat dilupakan yang kekal sehingga seumur hidup. Pencapaian perhubungan romantik, perjumpaan ahli keluarga dan sambutan peribadi dengan rakan-rakan boleh ditukar menjadi majlis perayaan yang mempesonakan dengan latar belakang mengagumkan yang terwujud secara ajaib dalam persekitaran padang pasir yang menakjubkan. 

"Kami amat berbangga dapat membuka hartanah mercu tanda ini di lokasi yang begitu ikonik. Kami ingin mencipta sebuah tempat percutian di mana para tetamu dapat merasakan keasyikan sepenuhnya di destinasi tersebut sambil menikmati hospitaliti yang Banyan Tree sediakan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para tetamu kami kerana sudi hadir dari seluruh dunia untuk menjadi sebahagian daripada majlis penting ini," kata Pengurus Besar Antony Treston.

Untuk mendapatkan imej produk beresolusi tinggi, sila klik di sini untuk memuat turun. 

TENTANG BANYAN TREE ALULA

Tempat peranginan vila ini menawarkan 79 buah vila khemah mewah di salah sebuah destinasi baharu yang paling misteri dan menarik di dunia. Digabungkan dengan unsur-unsur daripada reka bentuk dan warisan kaum Nabataea yang hidup secara nomad, pusat peranginan ini menampilkan vila satu bilik tidur dengan ruang tamu luaran yang luas serta vila yang mempunyai satu, dua dan tiga bilik tidur dengan kolam renang peribadi yang menampilkan pemandangan pembentukan batu-batuan di Lembah Ashar yang menakjubkan. Para tetamu juga boleh menikmati kolam renang batu infiniti di pusat peranginan ini, serta Banyan Tree Spa yang terkenal dan dua buah kedai makan mewah termasuk restoran Thailand istimewa Banyan Tree, Saffron. Bagi mewakili tonggak kelestarian jenamanya, iaitu dedikasi dalam menggunakan unsur-unsur inspirasi tempatan serta rasa cinta dan keinginan terhadap kawasan persendirian yang selamat, AlUla mewujudkan sebuah tempat yang sempurna untuk jenama globalnya. 

TENTANG BANYAN TREE

Banyan Tree menawarkan sebuah tempat khas untuk meremajakan minda, tubuh badan dan jiwa di lokasi yang mengagumkan di seluruh dunia. Temui semula rasa cinta anda dalam melakukan perjalanan semasa anda mengembara ke destinasi ikonik di mana pengalaman asli yang tidak dapat dilupakan sedang menanti anda. Berkonsepkan tempat peranginan dengan vila sepenuhnya yang kebiasaannya mempunyai kolam renang peribadi, Banyan Tree menyediakan perkhidmatan tulen dan asli serta pengalaman percutian premium yang tersendiri.

TENTANG BANYAN TREE GROUP

Banyan Tree Group ("Banyan Tree Holdings Limited" atau "Kumpulan") merupakan salah sebuah kumpulan hospitaliti bebas pelbagai berjenama yang terkemuka di dunia yang tertumpu pada misi pengawasan dan kesejahteraan yang dipacu matlamat sambil menawarkan pengalaman luar biasa yang diterajui reka bentuk.

Portfolio Kumpulan ini yang pelbagai untuk hotel, tempat peranginan, spa, galeri, golf dan kediaman menampilkan ekosistem bagi 10 jenama global, termasuk Banyan Tree yang memenangi anugerah, AngsanaCassiaDhawa dan Laguna, serta jenama baharu yang amat dinanti-nantikan iaitu HommGarrya, Folio dan dua tambahan bagi jenama baharu Banyan Tree - Escape dan Veya.

Ditubuhkan pada tahun 2008, dengan matlamat untuk memajukan pembangunan insan dan kecemerlangan pengurusan, Akademi Pengurusan Banyan Tree telah memupuk lebih 8,000 rakan sekutu di 23 buah negara. Kumpulan ini telah diiktiraf atas komitmennya terhadap perlindungan alam sekitar dan pembangunan komuniti melalui Yayasan Global Banyan Tree. Mengendali 60 buah hotel di 15 buah negara, ia mempunyai 47 buah hartanah baharu yang sedang dibangunkan.

HUBUNGAN:  Perhubungan Media (Hartanah), Sherif Marei, Pengarah Jualan & Pemasaran, +966 568 111002, sherif.marei@banyantree.com; Perhubungan Media (Antarabangsa), Adhiyanto Goen, Ketua Komunikasi Jenama, +65 6849 5888, adhiyanto.goen@banyantree.com 

The hotel’s spectacular opening event featured live performances, bespoke activities, and a private concert by Mariah Carey
The hotel’s spectacular opening event featured live performances, bespoke activities, and a private concert by Mariah Carey

 

Banyan Tree AlUla
Banyan Tree AlUla

 

A tranquil rock pool with views of the expansive valley
A tranquil rock pool with views of the expansive valley

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1927905/Banyan_Tree_Banyan_Tree_AlUla_Welcomes_Guests_To_A_Moment_A_Mill.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1927906/Banyan_Tree_Banyan_Tree_AlUla_Welcomes_Guests_To_A_Moment_A_Mill.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1927907/Banyan_Tree_Banyan_Tree_AlUla_Welcomes_Guests_To_A_Moment_A_Mill.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1927910/Banyan_Tree_Banyan_Tree_AlUla_Welcomes_Guests_To_A_Moment_A_Mill.jpg?p=medium600 

Source: Banyan Tree
Keywords: Entertainment Hotels and Resorts Music Travel New products/services