LONDON, 27 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Syarikat pakar dalam penyelesaian pembayaran global, CloudPay, telah mengumpul pusingan modal bernilai $50 juta baharu sambil merekodkan pertumbuhan yang kukuh memandangkan permintaan terhadap perkhidmatan pembayaran dan daftar gaji global bersepadu berasaskan awan berterusan.
Dana yang dikumpulkan ini diketuai oleh Runway Growth Capital dan Olayan Group. Modal baharu ini akan menyokong inovasi berterusan CloudPay dalam tawaran pembayaran global perusahaan yang serba lengkap, memenuhi keperluan untuk perkhidmatan daftar gaji dan pembayaran bersepadu serta penyelesaian pekerja yang sesuai dengan dunia kerja moden.
CloudPay terus menunjukkan pertumbuhan dua digit yang tinggi bagi tahun ke tahun dan mengunjurkan pertumbuhan pendapatan sekitar 40% untuk tahun 2022, dengan perniagaan yang kini memproses 2.5 juta penyata gaji setiap tahun di seluruh dunia. Hasilnya, organisasi ini telah meningkatkan jumlah pekerja di mana baru-baru ini telah mengalu-alukan pekerja ke-1,000 syarikat tersebut.
"Kami percaya bahawa CloudPay berada pada titik perubahan dalam pertumbuhan mereka yang menjadikannya masa yang hebat untuk melabur secara strategik," kata Nicholas Briody, Pengarah Direct Private Equity, Americas, Olayan Group. "Ia berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan keperluan tempat kerja moden untuk perkhidmatan daftar dan pembayaran gaji. Pertumbuhan CloudPay telah kukuh dari tahun ke tahun dan kami yakin dengan visi mereka serta keupayaan pengurusan kepemimpinan mereka untuk terus memacu inovasi."
"Pemprosesan pembayaran merupakan fungsi penting bagi setiap perniagaan. CloudPay telah membuktikan keupayaannya dengan menyediakan senarai pelanggan hebat global yang mengagumkan," kata Brian Sapp, Pengarah Urusan Runway Growth Capital. "Kami gembira dapat meningkatkan hubungan kami dan terus menyokong pertumbuhan CloudPay."
Pada awal tahun ini, kerjasama baharu dengan Visa Direct telah diumumkan, membolehkan pembayaran gaji yang pantas dan selamat ke mana-mana kad debit atau kredit dan mengambil masa yang lebih singkat berbanding proses pembayaran gaji tradisional. Permintaan terhadap penyelesaian Akses kepada Gaji Diperoleh (EWA) oleh CloudPay juga telah melonjak naik dan kerjasama baharu telah dilancarkan dengan para inovator seperti platform sumber manusia, HiBob.
Ketua Pegawai Eksekutif CloudPay, Paul Bartlett menjelaskan: "Ini merupakan masa yang menarik untuk dunia daftar gaji. Sebagai satu profesion yang telah lama ditetapkan dalam pelbagai cara, kami melihat peralihan apabila permintaan terus meningkat untuk mendapatkan penyelesaian global dan boleh diskala yang disokong oleh teknologi yang hebat. Daftar gaji secara tradisinya berakhir di penyata gaji, tetapi lebih 90% daripada perniagaan baharu kami kini termasuk perkhidmatan pembayaran sebagai tambahan kepada pemprosesan daftar gaji. Syarikat-syarikat juga melihat kelebihan yang dapat menawarkan fleksibiliti kepada para pekerja pada bila-bila masa dan bagaimana mereka mendapat bayaran - terutamanya semasa krisis kos sara hidup. Dalam persekitaran ini, inovasi diperlukan dan di situlah CloudPay dapat menambah nilai sebenar kepada pelanggan kami dengan penyelesaian seperti aplikasi bayar atas permintaan dan kaedah pergerakan wang baharu.
"Tumpuan kami terhadap cabaran norma untuk menawarkan penyelesaian pembayaran yang komprehensif di seluruh dunia telah membawa kepada pembiayaan baharu ini dan saya gembira dapat menyokong para pelabur kami untuk meneruskan pengembangan perniagaan pembayaran dan pembayaran global CloudPay. Kami teruja dengan rancangan kami untuk tahun 2023."
Tentang CloudPay
Proses pembayaran pekerja mempunyai kesan perniagaan yang luas, yang memerlukan penyelesaian moden dan para pakar yang dipercayai di seluruh dunia. CloudPay menghubungkan semua proses pembayaran pekerja – termasuk daftar gaji, pembayaran dan pembayaran atas permintaan – melalui sebuah penyelesaian bersepadu yang tersedia merentasi lebih 130 buah negara dan 168 mata wang. Pakar CloudPay membantu syarikat global melaksanakan amalan terbaik, menangani perubahan, mengoptimumkan operasi dan meningkatkan pengalaman pekerja, membimbing mereka dengan visi dan penjagaan ke arah pengalaman pembayaran yang komprehensif yang sewajarnya diterima oleh para pekerja.
Sila hubungi:
Sadie McGrath
sadie@bluesky-pr.com
+44 (0)1582 797958
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1918624/CloudPay_Logo.jpg?p=medium600