omniture

FII Institute melancarkan Program Keahlian eksklusif yang memberikan akses eksklusif kepada acaranya yang berprofil tinggi

FII Institute
2022-10-27 17:01 229

RIYADH, Arab Saudi, 27 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Susulan kejayaan beberapa siri inisiatif sejak lima tahun yang lalu, Future Investment Initiative (FII) Institute melancarkan Program Keahlian eksklusif baharunya yang memberikan peluang kepada para pelabur dan pembuat perubahan global untuk menyertai komunitinya yang semakin berkembang.

 

Bermula pada tahun depan, persidangan utama FII Institute di Riyadh dan semua Sidang Kemuncak Keutamaan antarabangsa FII hanya boleh diakses oleh ahli FII Institute sahaja.

Program Keahlian FII Institute akan menyediakan ahlinya dengan akses eksklusif kepada platform pengetahuannya yang merangkumi pelbagai laporan dan penyelidikan terkemuka di dunia daripada universiti dan organisasi global. Di samping itu, ahli-ahli akan dapat menyertai perbincangan peringkat tinggi dan persidangan meja bulat jemputan khas, serta memperoleh pandangan eksklusif tentang peluang pelaburan global dan trend industri terkini serta peluang meluaskan rangkaian yang tiada tandingan dalam kalangan ketua pegawai eksekutif, usahawan, pegawai kerajaan dan pakar industri global.

Melalui cabang pelaburan FII Institute iaitu ACT, ahli-ahli juga akan berpeluang untuk melabur dalam teknologi masa depan yang canggih dalam bidang yang penting seperti robotik dan teknologi hijau.

Ketua Pegawai Eksekutif FII Institute, Richard Attias berkata, "Sejak lima tahun yang lalu, kami menyaksikan FII Institute dilahirkan daripada persidangan FII ini; dan kami dapat melihat persidangan ini berkembang dengan pesat menjadi platform terbesar yang berkaitan dengan perniagaan dan pelaburan di dunia."

Pengumuman tersebut telah dibuat dalam acara sampingan pada edisi ke-6 persidangan FII yang berlangsung di Riyadh dari 25 hingga 27 Oktober. Persidangan ini diadakan di bawah tema "Impak Terhadap Kemanusiaan: Mendayakan Orde Global Baharu" dan menghimpunkan para pemimpin global daripada pelbagai sektor untuk menangani isu dan cabaran dunia yang paling mendesak.  

NOTA KEPADA EDITOR 

Tentang FII Institute 

Future Investment Initiative (FII) Institute ialah sebuah yayasan global bukan berkeuntungan baharu dengan cabang pelaburan dan satu agenda: Impak Terhadap Kemanusiaan. Bersifat global, inklusif dan komited terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), kami melahirkan minda-minda hebat di seluruh dunia dan mengubah idea menjadi penyelesaian di dunia nyata dalam lima bidang penting: Kecerdasan Buatan (AI) dan Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1811613/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600

Source: FII Institute
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Economic news, trends, analysis New products/services Socially Responsible Investing Trade show news Financial Technology Future Events