EAST RUTHERFORD, N.J., 27 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Cambrex hari ini mengumumkan bahawa ia akan melabur dalam kemudahan penyelidikan dan pembangunan baharu seluas 21,000 kaki persegi di Minneapolis, Minnesota bagi mengembangkan kapasitinya untuk pembangunan dan pembuatan molekul kecil. Terletak secara strategik berhampiran Lapangan Terbang Minneapolis–St. Paul, kemudahan baharu ini akan mengkhusus dalam pembangunan analitik dan kimia untuk calon ubat-ubatan farmaseutikal dan akan beroperasi sebagai tambahan kepada kemudahan utama Cambrex di Charles City, Iowa. Cambrex dijangka menambah kira-kira 40 pekerjaan baharu dalam tempoh 2 hingga 3 tahun akan datang di lokasi baharu tersebut di Minneapolis.
Cambrex secara serentak akan melancarkan projek pengembangan seluas 9,000 kaki persegi dan projek pengubahsuaian seluas 21,000 kaki persegi yang berbilang fasa di Charles City, Iowa. Pengembangan ini akan menambah sebuah makmal kawalan kualiti dan ruang pejabat pentadbiran baharu yang akan membuka peluang kepada 40 pekerjaan baharu di lokasi tersebut. Pengubahsuaian yang meluas ini akan meningkatkan dan memodenkan kemudahan kawalan kualiti serta penyelidikan dan pembangunan sedia ada. Ahli lembaga pengarah Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi Iowa (IEDA) telah memberikan faedah cukai dan bantuan kewangan langsung berjumlah USD300,000 kepada syarikat tersebut untuk menyokong pengembangannya melalui program Pekerjaan Berkualiti Tinggi (HQJ).
"Kemudahan baharu kami di Minneapolis akan menggandakan jejak pembangunan analitik dan kimia kami di Midwest yang menyediakan para pelanggan dengan akses mudah kepada keupayaan canggih dan pakar saintifik terkemuka," kata Thomas Loewald, Ketua Pegawai Eksekutif Cambrex. "Kami berterusan melabur dalam jejak kami yang berpangkalan di A.S. untuk menyokong permintaan terhadap pembangunan dan pembuatan API yang berkualiti tinggi."
Pelaburan ini menyusul selepas pengembangan awal bernilai USD50 juta di Charles City yang telah disiapkan pada suku pertama tahun 2022, yang menjadikan Cambrex sebagai tapak pembuatan bahan farmaseutikal aktif (API) yang terbesar dan tercanggih di Amerika Syarikat. Kemudahan ini terletak di sebuah hartanah seluas 45 ekar dan menghasilkan pelbagai jenis API dan perantara farmaseutikal, termasuk molekul yang sangat kuat dan bahan terkawal.
Tentang Cambrex
Cambrex ialah sebuah organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) global terkemuka yang menyediakan bahan ubat-ubatan, produk ubat-ubatan dan perkhidmatan analisis pada keseluruhan kitaran hayat ubat-ubatan. Dengan lebih 40 tahun pengalaman serta pasukan yang terdiri daripada lebih 2,300 orang pakar yang semakin berkembang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan global dari Amerika Utara dan Eropah, Cambrex merupakan rakan kongsi yang dipercayai dalam pasaran berjenama dan generik untuk pembangunan dan pembuatan berbentuk dos yang telah siap dan API.
Cambrex menawarkan pelbagai teknologi dan keupayaan bahan ubat-ubatan yang khusus termasuk aliran berterusan, bahan terkawal, sains keadaan pepejal, pencirian bahan, penyimpanan kestabilan dan API yang sangat kuat. Selain itu, Cambrex boleh menyokong bentuk dos konvensional termasuk pepejal, separa pepejal dan cecair oral serta mempunyai kepakaran untuk mengeluarkan bentuk dos khusus seperti pelepasan terubahsuai, gabungan dos tetap, pediatrik, tablet dwilapisan, pek stik, topikal, bahan terkawal serta salap steril dan bukan steril.
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1198585/Cambrex_Logo.jpg?p=medium600