DOHA, Qatar, 27 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Dar Al Arkan Global, syarikat hartanah terkemuka di Arab Saudi, telah melancarkan secara rasminya kediaman Les Vagues by ELIE SAAB di Qetaifan Island North, Qatar, dengan kolaborasi bersama Qetaifan Projects, a sebuah syarikat pembangunan hartanah Qatar yang terkemuka.
Les Vagues by ELIE SAAB, dinilaikan pada 1 bilion Riyal Qatar, menetapkan satu standard baharu kehidupan mewah di Doha dengan rekaan seni bina yang menambah daya tarikan tempat tinggal yang mendepani laut. Projek rumah kediaman premium di Qatar termasuk pangsapuri satu, dua dan tiga bilik tidur dengan teres yang menawarkan pemandangan laut, marina dan ufuk langit Doha tanpa sebarang halangan.
TYM Sheikh Nasser Bin Abdulrahman Al-Thani, Pengarah Urusan dan Pengerusi, Qetaifan Projects, berkata: "Perkongsian dengan Dar Al Arkan Global mencerminkan usaha gabungan kami untuk menjadikan Qetaifan Island North destinasi pilihan khalayak global, dengan penawaran kediaman, hiburan, membeli belah dan rekreasi yang unik. Dengan pelancaran jualan kediaman Les Vagues, salah satu projek kediaman paling premium di Pulau tersebut, kami menjangkakan respons positif yang mantap daripada komuniti tempatan dan pelabur antarabangsa, yang mengukuhkan lagi kedudukan Qatar sebagai pelaburan global."
Ziad El Chaar, Ketua Pegawai Eksekutif, Dar Al Arkan Global, berkata: "Kamji menandakan kemasukan kami ke Qatar dengan pembangunan kediaman yang paling hebat di Doha. Pelancaran jualan Les Vagues hadir pada waktu yang tepat tatkala negara ini muncul sebagai salah satu destinasi pelaburan yang paling didambakan di rantau ini dengan banyak trend yang positif dan menarik yang membentuk pasaran yang semakin berkembang ini."
Semasa acara tersebut, Elie Saab berkata: "Kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan Dar Al Arkan Global untuk alamat kediaman gaya hidup baharu. Les Vagues ialah projek pertama kami di Qatar, dan ia direka dengan teliti untuk melengkapi kehidupan pulau mewah Qetaifan Island North. Kami yakin bahawa projek baharu ini akan akan menarik himpunan pelanggan yang bercitarasa tinggi dari seluruh dunia yang mencari ruang tempat tinggal mendepani laut yang dibangunkan khas yang didatangkan dengan pemandangan yang menakjubkan."
Meliputi 1.3 juta kilometer persegi, Qetaifan Island North direka khas untuk menjadi destinasi mewah dan hiburan ikonik masa depan Qatar. Diilhamkan oleh budaya dan alam semula jadi yang beraneka, pulau yang unik ini akan menampilkan taman air yang mengujakan, hotel mewah, penginapan yang tiada tandingan, pilihan membeli belah yang hebat dan kemudahan bertaraf dunia yang menjadikannya sebuah komuniti yang bertenaga dan menarik.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1925034/Les_Vagues_by_Elie_Saab.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1925036/Les_Vagues_by_Elie_Saab.jpg?p=medium600

Dar Al Arkan Global launches sales of the most premium residential address in Qatar, Les Vagues by Elie Saab