omniture

ZTE dianugerahkan "Kes Penggunaan Penghirisan Rangkaian Paling Inovatif" dan "Projek Rangkaian Persendirian Paling Inovatif" di Network X 2022

ZTE Corporation
2022-10-27 22:57 370

SHENZHEN, China, 27 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia terkemuka global bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memenangi Anugerah "Kes Penggunaan Penghirisan Rangkaian Paling Inovatif" dan Anugerah "Projek Rangkaian Persendirian Paling Inovatif" di Network X 2022 yang diadakan di Amsterdam, Belanda.

ZTE dianugerahkan "Kes Penggunaan Penghirisan Rangkaian Paling Inovatif" dan "Projek Rangkaian Persendirian Paling Inovatif" di Network X 2022
ZTE dianugerahkan "Kes Penggunaan Penghirisan Rangkaian Paling Inovatif" dan "Projek Rangkaian Persendirian Paling Inovatif" di Network X 2022

Unit Granulariti Halus (FGU) SPN dan Pengkomersialan China Mobile dan ZTE dianugerahkan sebagai "Kes Penggunaan Penghirisan Rangkaian Paling Inovatif"

Perkhidmatan pengeluaran vertikal industri dan hirisan talian persendirian yang berkualiti tinggi memerlukan lebar jalur yang kecil namun berprestasi tinggi, meminta kependaman berketentuan, pengasingan keras dan pengangkutan dengan keandalan yang tinggi. Walau bagaimanapun, Eternet tradisional yang menggunakan penghantaran Usaha Terbaik tidak dapat memenuhi keperluan ini.

China Mobile bekerjasama dengan ZTE untuk mencadangkan SPN (Rangkaian Paket Penghirisan) untuk memperkenalkan penghirisan keras berhierarki kepada Eternet buat kali pertama. Dengan granulariti dikurangkan daripada 5Gbps kepada 10Mbps, SPN menyokong keserasian hadapan serta paip pengangkut granulariti halus yang boleh diskala. Dalam masa yang sama, ia mengikat kepada perkhidmatan MPLS VPN dan SRv6 bagi menjamin kehilangan paket sifar hujung-ke-hujung dan menyediakan penghantaran dengan kependaman berketentuan dan pengasingan fizikal tahap litar agar dapat membina satu rangkaian untuk tujuan-tujuan yang berbeza. Rangkaian ini menyediakan pengangkutan perkhidmatan dibezakan dengan lebar jalur yang fleksibel, pengasingan fizikal serta kependaman berketentuan untuk rangkaian persendirian 5G dan talian persendirian perusahaan.

TSN 5G E2E untuk Grid Hijau ZTE, China Mobile dan NR Electric dianugerahkan sebagai "Projek Rangkaian Persendirian Paling Inovatif"

Dalam bidang grid kuasa, penggunaan tenaga baharu bersih yang cekap seperti tenaga angin dan solar merupakan cara yang berkesan untuk mencapai sasaran hijau dan karbon rendah. Walau bagaimanapun, kuasa angin dan tenaga solar mudah terjejas oleh cuaca serta kawasan dan ia juga tidak stabil. Pengukuran yang tepat, kawalan dan interaksi masa sebenar diperlukan. Mekanisme rangkaian mudah alih konvensional tidak dapat memenuhi keperluan rangkaian yang ketat dalam industri kuasa.

ZTE telah melancarkan penyelesaian Time Promised Communication yang mengintegrasikan kawalan tepat 5G TSN/5G LAN/URLLC/SLA yang berkaitan dengan rangkaian peka-masa seperti yang ditakrifkan oleh 3GPP Release 16. Penyelesaian TPC menggabungkan perisian dan perkakasan untuk menyelesaikan dengan berkesan kependaman rangkaian dan getaran yang disebabkan oleh konflik trafik dan gangguan komunikasi. Ia digabungkan dengan teknologi penghirisan bagi mengurangkan kependaman hujung-ke-hujung 5G yang menjamin ketetapan rangkaian komunikasi. Daripada kabel optik, penyelesaian TPC sebaliknya mengupayakan akses yang fleksibel ke tahap akhir, lalu mengurangkan dengan ketara kos pembinaan rangkaian komunikasi. Ia mempercepatkan penggunaan tenaga baharu seperti tenaga solar dan tenaga angin serta membantu industri kuasa mencapai matlamat strategik puncak karbon dan juga keneutralan karbon.

Network X Awards 2022 diadakan oleh Informa, kumpulan acara, perkhidmatan digital dan pengetahuan akademik bertaraf antarabangsa yang terkemuka bagi mengiktiraf pencapaian, inovasi dan kecemerlangan dalam industri telekomunikasi. Tahun ini, Network X menggabungkan 5G World, BBWF (Broadband World Forum) dan Telco Cloud yang baru dilancarkan untuk menghimpunkan pasaran tetap dan mudah alih pada satu tempat.

Hubungan Media:

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Alternative Energies Computer Networks Computer/Electronics Environmental Products & Services Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards