omniture

Pakar perubatan Texas Cardiac Arrhythmia Institute mengetuai bengkel antarabangsa tentang masalah aritmia jantung

Texas Cardiac Arrhythmia Institute at St. David’s Medical Center
2022-10-28 00:35 241

AUSTIN, Texas, 28 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Pengarah perubatan eksekutif Texas Cardiac Arrhythmia Institute (TCAI) di Pusat Perubatan St. David baru-baru ini telah mengetuai Venice Arrhythmias 2022, bengkel antarabangsa dwitahunan mengenai aritmia jantung yang diadakan di Venice, Itali dari 13 hingga 15 Oktober 2022. Sebagai Presiden Venice Arrhythmias, Andrea Natale, M.D., F.A.C.C., F.H.R.S., F.E.S.C., telah menyusun beberapa program untuk acara tersebut. Lebih 600 orang peserta dari lebih 40 buah negara telah mengambil bahagian.

Selama tiga hari, Dr. Natale membentangkan kes ablasi medan denyut secara langsung serta membincangkan tentang teknologi dan pendekatan inovatif untuk ablasi pemfibrilan atrium. Penceramah utama yang terkenal dalam acara ini ialah Frank Biden, adik kepada Presiden Joe Biden. Beliau memberikan ceramah semasa majlis perasmian yang bertajuk "Masa Depan Penjagaan Kesihatan Global."

"Dengan berhimpunnya para pakar antarabangsa yang paling bertauliah dalam komuniti aritmia jantung di satu tempat di pulau San Giorgio Maggiore yang indah, Venice kini merupakan pusat kemajuan dan inovasi terkini dalam industri kami," kata Dr. Natale. "Saya berbesar hati dijemput untuk menyertai persidangan berprestij ini serta mewakili TCAI dan usaha seluruh para pakar perubatan kami yang bertaraf dunia." 

Bengkel ini menampilkan para pemimpin terkenal di seluruh dunia dalam bidang elektrofisiologi jantung klinikal dan asas, yang membentangkan kemajuan dan inovasi saintifik terkini. Para hadirin pula mengambil bahagian dalam pelbagai sesi interaktif dan amali, termasuk perbahasan, pembentangan dan perbincangan kes klinikal yang mencabar, serta sesi kes prarakaman dan kes langsung.

Venice Arrhythmias disokong oleh Persatuan Saintifik Antarabangsa yang beroperasi dalam bidang elektrofisiologi dan aritmia jantung, seperti Persatuan Ritma Jantung Eropah daripada Persatuan Kardiologi Eropah (EHRA-ESC) dan Persatuan Ritma Jantung (HRS). Ia juga dinaungi oleh pihak Perbandaran dan Wilayah Venice. Venice Arrhythmias telah dimulakan pada tahun 1989, menjadikannya sebuah persidangan elektrofisiologi yang paling lama dijalankan dan paling berjaya di dunia. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari VeniceArrhythmias.org.

Hubungan Media: ECPR 
Matt Grilli atau Kat Griffith
MGrilli@ECPRTexas.com atau KGriffith@ECPRTexas.com
(512) 797-4002 atau (630) 800-9533

Source: Texas Cardiac Arrhythmia Institute at St. David’s Medical Center
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news