omniture

Ramalan Peranti Persisian Permainan yang pertama dari Omdia mendapati hasil pendapatan global bakal mencecah $8.5 bilion pada tahun 2027

Omdia
2022-10-28 02:21 175

LONDON, 28 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Jumlah perbelanjaan pengguna untuk peranti persisian permainan bernilai $8.2 bilion pada tahun 2021, menurut penemuan daripada Ramalan Peranti Persisian Permainan Omdia yang pertama. Hasil pendapatan peranti persisian pada tahun 2018 dan 2019 yang hanya bernilai $6.3 bilion dan $6.4 bilion masing-masing, kemudiannya telah melonjak naik semasa sekatan pergerakan dilaksanakan yang menyaksikan peningkatan sebanyak 23% pada tahun 2020 sahaja disebabkan para pengguna mahu meningkatkan pilihan hiburan kediaman mereka.

Global games peripherals revenue, 2018-27 $bn
Global games peripherals revenue, 2018-27 $bn

Dari sisi sebaliknya, pertumbuhan berkaitan dengan COVID ini menyebabkan hasil pendapatan merosot sebanyak 13% tahun ke tahun pada tahun 2022 apabila faktor kembar memberi kesan – pembetulan akibat corak permainan baharu yang bermula disebabkan oleh sekatan pergerakan serta pengurangan perbelanjaan yang dilakukan oleh para pengguna yang terdedah kepada tekanan makroekonomi yang lebih besar berbanding sebelum ini. Namun peranti perisian kekal pada laluan pertumbuhan yang baharu dan lebih tinggi dengan hasil pendapatan diramalkan akan mencecah $8.5 bilion pada tahun 2027. Pad permainan merupakan penyumbang terbesar kepada perbelanjaan terhadap peranti persisian, yang menyumbang sebanyak 45% daripada jumlah keseluruhan pada tahun 2022.

"Perbelanjaan pada peranti persisian permainan telah meningkat semasa sekatan pergerakan dilaksanakan, yang menyaksikan peningkatan yang besar dalam perbelanjaan terhadap kandungan permainan pada tahun 2020, ketika para pemain berusaha untuk mengoptimumkan permainan konsol dan permainan komputer peribadi mereka dengan aksesori mewah, manakala para pengguna baharu pula mula terlibat dengan permainan dan meningkatkan keseluruhan pasaran berkaitan," ulas Dom Tait, Pengarah Penyelidikan pasukan Permainan Omdia. "Selain daripada prestasi kukuh yang dinikmati syarikat pad permainan konsol, syarikat pembuatan aksesori seperti Turtle Beach, Razer dan Logitech turut mendapat manfaat yang besar."

"Sebaliknya, tahun 2022 telah menyaksikan hasil pendapatan peranti persisian telah terjejas secara tidak seimbang disebabkan oleh tekanan kos sara hidup: ia dijangka akan merosot sebanyak 13% berbanding ramalan penurunan sebanyak 4% dalam perbelanjaan kandungan permainan kerana para pengguna lebih berpendapat bahawa mereka boleh menunda pembelian peranti persisian baharu berbanding terlepas permainan tersebut. Walau bagaimanapun, perbelanjaan semasa sekatan pergerakan telah meletakkan pasaran peranti persisian dalam kedudukan yang lebih positif berbanding sebelum pandemik, malah harga alat kawalan tanpa wayar DualSense Edge Playstation bernilai $199 yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan keyakinan para pengeluar terhadap pasaran produk berkualiti tinggi."

Pangkalan Data Pasaran Peranti Persisian Permainan ini merangkumi AS, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, UK, China, Jepun dan Korea Selatan. Setiap wilayah memiliki bahagian pasaran global tersendiri untuk pad permainan, set kepala, papan kekunci, tetikus serta jenis peranti persisian lain seperti kerusi pemain dan stereng yang turut meliputi antara tahun 2018 hingga 2027.

TENTANG OMDIA

Omdia, sebahagian daripada syarikat Informa Tech, ialah sebuah kumpulan penyelidikan dan penasihat teknologi. Pengetahuan mendalam kami tentang pasaran teknologi digabungkan dengan pemahaman kami yang boleh dilaksana bagi memperkasakan organisasi untuk membuat keputusan pertumbuhan yang bijak.

Hubungan Media
Fasiha Khan / Telefon: +44 7503 666806 / E-mel: fasiha.khan@omdia.com
Sila layari www.omdia.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1929266/Global_games_peripherals_revenue__2018_27_bn_Infographic.jpg?p=medium600

 

Source: Omdia
Keywords: Electronics Gaming Computer Hardware Computer/Electronics Entertainment Computer Accessories Survey, Polls & Research