omniture

REALTY ONE GROUP BERKEMBANG DAN MENINGKAT PADA SUKU KETIGA WALAUPUN DALAM KEADAAN PASARAN PERUMAHAN YANG MENCABAR

Realty ONE Group
2022-10-28 02:41 184

LAS VEGAS, 28 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Realty ONE Group, sebuah jenama gaya hidup moden yang dipacu matlamat dan salah SATU francaisor yang paling pesat berkembang, kini terus maju dan melebarkan sayapnya secara domestik dan antarabangsa walaupun menghadapi cabaran dalam ekonomi A.S. dan luar negara.

Syarikat hartanah utama global tersebut telah menjual lebih 66 francais dan membuka 67 lokasi baharu pada tahun ini sahaja, sekali gus meningkatkan bilangan pejabat terbuka Realty ONE Group sebanyak 22% dari awal tahun sehingga setakat ini. Francaisor tersebut turut membuka cawangan di lokasi antarabangsa baharu di Sepanyol, Costa Rica dan Portugal, sementara baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan membuka cawangannya di negara atau wilayah kesembilannya di Bolivia. Sementara jenama kebangsaan lain mungkin kehilangan ejen, ramai ahli profesional hartanah yang menyertai rangkaian Realty ONE Group yang berkembang setiap hari.

"Walaupun syarikat lain berasa tertewas pada waktu yang mencabar ini, kami melipatgandakan usaha Kejurulatihan Perniagaan untuk para profesional hartanah kami bagi menentukan hala tuju kerjaya mereka dan membuka peluang untuk mencapai kejayaan," kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Realty ONE Group. "Selain tawaran kami yang bertaraf dunia, terbaik dan berada pada kedudukan tertinggi, kami sedang membina rangkaian pemimpin dan ejen elit yang mempunyai pemikiran yang tepat - untuk berjaya dalam apa jua keadaan."

Pada tahun ini, Realty ONE Group telah tersenarai dalam 100 francais Kalis Kemelesetan Teratas oleh Franchise Business Review dan syarikat ini telah menduduki tempat pertama bagi francaisor hartanah dalam Senarai Franchise 500(R)2022 milik Entrepreneur yang sangat kompetitif. Secara bersama-sama, syarikat tersebut dan Ahli Gabungannya telah pun memberi kesan kepada hampir 150,000 nyawa pada tahun ini, menyumbang hampir USD128,810 untuk program dan inisiatif ONE Cares miliknya.

UNBrokerage, seperti yang dikenali dalam industri ini, telah menghimpunkan para pemimpin elit, Broker/Pemilik dan Pengurusnya dari A.S. dan seluruh dunia ke acara Basecamp 2022 tahunannya pada minggu kedua bulan Oktober di Austin, Texas, mendermakan sebanyak USD11,111 melalui organisasi ONE Cares 501(c)3 miliknya kepada syarikat bukan berasaskan keuntungan tempatan Mobile Loaves & Fishes untuk membantu golongan gelandangan.

Realty ONE Group kini mempunyai lebih 18,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di 49 buah negeri, Washington D.C., Puerto Rico dan sekarang berada di negara-negara seperti Bolivia, Kanada, Costa Rica, Ecuador, Itali, Portugal, Singapura dan Sepanyol.

Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.

Tentang Realty ONE Group

Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE ialah sebuah syarikat terkemuka dalam industri yang membawa perubahan kepada perniagaan francais hartanah secara radikal dengan model perniagaan yang unik, 'coolture' yang menyeronokkan, infrastruktur teknologi dan sokongan yang unggul terhadap para profesional hartanahnya. Syarikat ini telah berkembang pesat dengan merangkumi lebih 18,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat merentasi 49 buah negeri di Amerika Syarikat, Washington D.C, Puerto Rico, Bolivia, Kanada, Costa Rica, Ecuador, Itali, Portugal, Sepanyol dan Singapura. Realty ONE Group berada dalam kedudukan satu peratus terbaik dalam negara ini oleh REAL Trends dan telah diiktiraf oleh Entrepreneur Magazine sebagai jenama hartanah nombor ONE. Realty ONE Group mara ke hadapan dengan membuka peluang bukan sahaja kepada para pelanggannya tetapi juga kepada profesional dan pemilik francais hartanah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.RealtyONEGroup.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600

Source: Realty ONE Group
Keywords: Construction/Building Real Estate Corporate Expansion