omniture

Mata Amritanandamayi Devi Dilantik Sebagai Pengerusi Awam C20

MA Center
2022-10-28 03:32 197

KOLLAM, India, 28 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Kerajaan India telah melantik Mata Amritanandamayi Devi (Amma) sebagai Pengerusi Awam 20 (C20) negara tersebut, sebuah kumpulan penglibatan rasmi bagi Kumpulan 20 (G20). G20 ialah forum antara kerajaan yang utama untuk menangani kestabilan kewangan negara-negara ekonomi membangun dan baru muncul di peringkat global. C20 merupakan platform pertubuhan masyarakat awam (CSO) entiti ini yang bertujuan untuk menyuarakan pendapat organisasi bukan kerajaan dan bukan perniagaan kepada para pemimpin G20.

Amma, humanitarian and spiritual leader.
Amma, humanitarian and spiritual leader.

India akan menjadi Presiden G20 selama setahun dari 1 Disember 2022 hingga 30 November 2023. Acara kemuncak G20 ialah pada 9-10 September 2023 dengan berlangsungnya Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di New Delhi yang melibatkan Ketua-ketua Negara dan Kerajaan. Menjelang acara tersebut, India akan menganjurkan lebih 200 mesyuarat di seluruh negara, suatu ikhtiar yang melibatkan kerja-kerja yang giat dijalankan melalui mesyuarat menteri, kumpulan kerja dan kumpulan penglibatan.

Selepas menerima pelantikannya sebagai Pengerusi kumpulan penglibatan C20 di India, Amma menzahirkan rasa terima kasih beliau kepada Kerajaan India kerana menyusun atur perwakilan di peringkat tinggi bagi menyuarakan pandangan rakyat jelata. Selain itu, ahli-ahli lain termasuk Sri M daripada Satsang Foundation sebagai Peserta; Sudha Murthy, Pengerusi Infosys Foundation sebagai Peserta; Rambhau Mhalgi Prabodhini sebagai Sekretariat; dan Vivekananda Kendra daripada Kanyakumari sebagai Rakan Institusi.

Dalam mesyuarat permulaan C20 secara dalam talian, Amma menyatakan: "Kebuluran, konflik, kepupusan spesies dan kemusnahan alam sekitar merupakan masalah paling utama yang dihadapi oleh dunia pada hari ini. Kita perlu berusaha dengan ikhlas untuk mencari penyelesaiannya. Jika para saintis dalam semua bidang—sains komputer, matematik, fizik, kejuruteraan dan lain-lain—boleh bekerjasama, maka kita akan dapat mencipta kaedah yang lebih inovatif untuk meramalkan bencana alam dan dengan itu, kita dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa. Seringkali, kita melihat usaha bersepadu dari pelbagai disiplin yang kurang dilakukan. Inilah yang kita perlukan ketika ini."

Hubungan Media:
Hari Krishnan
bliss.hari@gmail.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1929967/MA_CENTER__CALIFORNIA_AMMA.jpg?p=medium600

Source: MA Center
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Personnel announcements STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)