omniture

3D Innovareef: Arca untuk Pulihkan Ekosistem Marin Thai

Chulalongkorn University
2022-10-28 09:00 274

BANGKOK, 28 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Innovareef daripada Chula Veterinary Medical Aquatic Animal Research Center of Excellence (VMARCE) bertujuan untuk mempercepatkan pemulihan terumbu karang, menggalakkan eko-pelancongan dan memantau kesihatan persekitaran marin telah memenangi National Innovation Awards (NIAWARDS) 2020 untuk Reka Bentuk Produk dan Perkhidmatan.


Generasi terumbu buatan terdahulu telah mengakibatkan pencemaran visual dan sebahagian besarnya tidak berkesan. Justeru itu, pasukan penyelidikan Chula, dipimpin oleh Profesor Madya Dr. Nantarika Chansue, Pengarah VMARCE dan Ketua Unit Haiwan Akuatik Hiasan dan Haiwan Akuatik untuk Penyelidikan Pemuliharaan (OAAC), Fakulti Sains Veterinar, Universiti Chulalongkorn, telah berusaha untuk mencipta terumbu buatan seakan-akan hidup dengan rintangan daya pasang surut yang baik untuk menggalakkan penempatan planula, menghasilkan habitat untuk spesies marin dan membantu mempercepatkan pemulihan terumbu karang.

Innovareef mempunyai kelebihan yang berikut berbanding terumbu buatan yang lain:

1. Salutan nutrien karang dengan kalsium dan fosfat yang diperlukan oleh karang untuk hidup. Data menunjukkan pertumbuhan planula yang lebih cepat iaitu kira-kira tiga hingga empat sentimeter setahun.

2. Biomimikri menampung penempatan planula dan berfungsi sebagai habitat kehidupan marin.

3. Rintangan terhadap daya pasang surut dengan reka bentuk hidrodinamik.

4. Stesen pintar pemantauan pemanasan global dengan prob dipasang yang dapat memantau persekitaran marin, contohnya suhu air, daya pasang surut dan potensi Hidrogen (pH).

5. Reka Bentuk yang Berjaya dibuat dengan simen yang pHnya menghampiri pH air laut, Innovareef mudah diangkut, dipasang/ditanggalkan menerusi reka bentuk blok Legonya yang ringan. Kos pengeluaran juga adalah serendah THB 26,000 setiap unit.

Innovareef Thai: Syurga Baharu untuk Penyelam

Innovareef boleh dibangunkan menjadi tempat tarikan eko-pelancongan untuk penyelam amatur tempatan dan asing, penyelam snorkel dan pejalan kaki laut bagi menjana pendapatan untuk negara.

Masa Depan: Generasi Innovareef yang Seterusnya

Pasukan ini merancang untuk mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan reka bentuk berdasarkan kepada spesies marin yang banyak terdapat di kawasan ini. Mereka turut bekerjasama dengan Chula Engineering bagi mengaplikasikan nanoteknologi untuk melindungi Innovareef daripada kesan pemanasan global.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi VMARCE Tel : + 66 ( 0 ) 2251 8887, + 66 ( 0 ) 2218 9510 . Emel : vmarc.clinic@gmail.com.

Untuk siaran penuh dan lebih banyak imej, sila kunjungi: https://www.chula.ac.th/en/highlight/89180/ 

Source: Chulalongkorn University
Keywords: Computer/Electronics