omniture

Laporan Global Intelligence Manulife Investment Management menilai risiko dan peluang semasa perubahan global dan halangan bersejarah

Manulife Investment Management
2022-10-28 11:56 255

Meneliti risiko-risiko kewujudan yang semakin meningkat terhadap pertimbangan pelaburan

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Manulife Investment Management hari ini mengeluarkan laporan Global Intelligence yang terkini, mengetengahkan kajian baharu daripada pasukan pelaburan firma ini dalam pasaran awam dan persendirian. Bertajuk "Historic Headwinds", laporan berkenaan meninjau topik-topik yang berkaitan dengan beberapa cabaran terbesar tahun 2022, bermula daripada konflik Rusia-Ukraine dan peningkatan kadar inflasi hinggalah ketandusan perbankan luar bandar dan peralihan struktur berkaitan pandemik. Tema-tema utama termasuk sekuriti makanan global, ketakstabilan politik, ofset karbon, penyelesaian iklim dalam menghadapi krisis tenaga global dan impak yang lebih luas ke atas pasaran bon berdaulat dan peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan mahupun pengurus aset untuk membantu merapatkan jurang pendapatan pencen jantina Asia yang semakin melebar.

"Pasaran kewangan menghadapi pertembungan cabaran pada tahun ini yang tidak dilihat dalam satu generasi," kata Paul Lorentz, Ketua Pegawai Eksekutif, Manulife Investment Management. "Walaupun kami akan terus mencari peluang untuk membina portfolio yang berdaya tahan untuk pelanggan kami, kami berasa sukacita untuk berkongsi kajian pelaburan kami, yang cuba untuk meninjau impak jangka panjang yang boleh berlaku terhadap kejadian hari ini."

Topik-topik Global Intelligence termasuk:

  • Kekurangan makanan, ketakjaminan tenaga: menilai risiko ESG berdaulat daripada konflik Rusia-Ukraine — Artikel ini meneliti risiko-risiko ESG berdaulat—termasuk peristiwa ekonomi dan sosiopolitik peringkat kedua—dicetuskan oleh situasi Rusia-Ukraine.
  • Penggunaan kredit karbon membentuk semula pelaburan tanah hutan (timberland) — Pakar tanah hutan global menjelaskan bagaimana mempercepatkan evolusi pasaran karbon dan keperluan seterusnya untuk penggabungan nilai karbon mengubah kalkulus tradisional untuk pemilik tanah hutan.
  • Inflasi harga makanan: 10 implikasi—Kami meneliti impak inflasi harga makanan ke atas ekonomi di seluruh dunia. Artikel tersebut menjelaskan mengapa sekuriti makanan harus dilihat sebagai risiko pelaburan yang besar dengan implikasi ekonomi, sosial dan geopolitik yang luas. Sebagai contoh, kesan-kesan ini termasuk ketaksamaan kekayaan yang semakin meningkat dan ketegangan geopolitik yang semakin sengit antara negara-negara maju dan negara-negara baru muncul.
  • Membina komuniti: pandangan baharu tentang peranan bank-bank wilayah A.S. —Kami menilai jurang antara reputasi bank-bank A.S. serantau dan keperluan yang diisi oleh mereka dan memperincikan bagaimana perkhidmatan yang disediakan oleh institusi ini memberikan keadaan yang lebih baik untuk pengguna dan masyarkat dengan memudahkan pembiayaan perniagaan kecil-kecilan, berfungsi sebagai oasis di kawasan tandus perbankan di sebahagian besar kawasan luar bandar dan memenuhi keperluan kritikal di kawasan perbankan yang secara tradisinya kurang mendapat perkhidmatan.
  • Memerhatikan jurang pencen jantina Asia—Artikel ini meninjau cabaran dan peluang berkaitan jantina yang terdapat dalam Hong Kong, Taiwan, Indonesia dan Malaysia yang mendorong ketaksamaan jantina semasa bersara, menyimpulkan bahawa ketidakseimbangan struktur pada setiap peringkat kehidupan wanita bertanggungjawab terhadap cabaran kewangan di kemudian hari.

Maklumat lanjut dan laporan penuh disediakan di sini.

Latar Belakang Manulife Investment Management

Manulife Investment Management ialah jenama global untuk segmen pengurusan kekayaan dan aset global Manulife Financial Corporation. Kami memanfaatkan pengawasan kewangan selama lebih seabad dan sumber lengkap daripada syarikat induk kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada individu, institusi dan ahli pelan persaraan di seluruh dunia. Beribu pejabat di Toronto, keupayaan utama kami dalam pasaran awam dan persendirian diperkukuh oleh jejak pelaburan yang mencakupi 19 geografi. Kami melengkapkan keupayaan ini dengan memberi akses kepada jaringan dengan pengurus aset tidak bergabung dari serata dunia. Kami komited untuk melabur secara bertanggungjawab dalam seluruh perniagaan kami. Kami membangunkan kerangka global yang inovatif untuk pelaburan berterusan, terlibat secara kolaboratif dengan syarikat-syarikat dalam portfolio sekuriti kami dan mengekalkan piawaian pengawasan yang tinggi di mana kami memiliki dan mengendalikan aset dan kami percaya dalam menyokong kesejahteraan kewangan melalui pelan persaraan tempat kerja kami. Hari ini, penaja pelan di seluruh dunia bergantung pada kepakaran pentadbiran dan pelaburan pelan persaraan kami untuk membantu kakitangan mereka merancang, menyimpan dan menjalani kehidupan persaraan yang lebih baik. Tidak semua tawaran boleh didapati di semua bidang kuasa. Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi manulifeim.com.

 

Source: Manulife Investment Management
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Publishing/Information Service New products/services