STOCKHOLM, 29 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Hari Psoriasis Sedunia ialah pada 29Oktober. Setiap tahun, komuniti bagi penyakit psoriatik global bersatu untuk bertindak bagi meningkatkan kesedaran tentang penyakit psoriatik. Tema bagi tahun ini ialah kesihatan mental.
1 daripada 10 orang yang menghidap penyakit psoriatik didiagnosis mengalami kemurungan klinikal.[1] Sebanyak 48% daripada mereka mengalami keresahan.[2] Impak dari segi psikologi semakin diakui sebagai sebahagian daripada perkara penting dalam kehidupan pesakit yang menghidap penyakit ini.
Sememangnya terdapat banyak sebab yang logik mengapa penyakit psoriatik boleh mencetuskan kemurungan dan keresahan. Mereka yang mengalami penyakit kronik dan boleh dilihat ini sering kali terpaksa melawan stigma dan rasa malu. Gejala-gejala penyakit ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang tidak enak dipandang dan ramai yang tersilap anggap bahawa penyakit ini boleh berjangkit. Kesakitan dan ketidakselesaan merupakan satu lagi perkara yang perlu diharungi setiap hari bagi mereka yang mengalami kegatalan kulit atau keradangan sendi. Perbelanjaan kesihatan tambahan digabungkan dengan pendapatan yang berkurangan disebabkan oleh kehilangan upaya dan diskriminasi terus menyumbang kepada tekanan kewangan. Masalah kesakitan yang berlaku secara tiba-tiba membuatkan individu perlu sentiasa berwaspada. Atas semua sebab ini dan banyak lagi yang lain, 81% melaporkan bahawa penyakit psoriatik memberi kesan kepada hubungan, keintiman dan akhirnya, kebahagiaan mereka.[3]
Namun faktor luaran bukanlah satu-satunya penyebab kepada kemurungan dan keresahan yang berkaitan dengan penyakit psoriatik. Malah, masalah keradangan yang sama yang menyebabkan penyakit psoriatik juga boleh menyebabkan kemurungan dan keresahan yang endogen. Inilah sebabnya mengapa individu yang menghidap penyakit psoriasis sering kali melaporkan perasaan seperti terperangkap dalam sebuah kitaran yang kejam. Penyakit psoriatik menyebabkan kemurungan dan keresahan. Keresahan dan kemurungan ini pula kemudiannya memburukkan lagi keadaan penyakit psoriatik.
Pada Hari Psoriasis Sedunia 2022, IFPA, sebuah organisasi global yang memerangi penyakit psoriatik, bersatu dalam mengambil tindakan untuk meningkatkan kesihatan mental mereka yang menghidap penyakit ini.
Frida Dunger Johnsson, Pengarah Eksekutif IFPA menjelaskan, "Apabila ahli dermatologi dan pakar reumatologi menyedari bahawa penderitaan pesakit mereka lebih mendalam daripada gejala fizikalnya, mereka hendaklah diperkasakan untuk memberi bantuan. Dalam sesetengah keadaan, ia mungkin bermaksud mengemas kini proses rawatannya. Kami menyedari bahawa rawatan yang sesuai dapat mengurangkan keradangan dan menambah baik kesan psikologi serta fizikal."
Sertai IFPA untuk berkongsi mesej tentang kesihatan mental dan penyakit psoriatik. Sila layari psoriasisday.org untuk turut serta.
[1] Dowlatshahi, E. A., Wakkee, M., Arends, L. R. & Nijsten, T. The prevalence and odds of depressive symptoms and clinical depression in psoriasis patients: A systematic review and meta-analysis. Journal of Investigative Dermatology 134, 1542–1551 (2014).
[2] Fleming, P. dll. The prevalence of anxiety in patients with psoriasis: a systematic review of observational studies and clinical trials. Journal of the European Academy of Dermatology and Venereology jilid 31 798–807 (2017).
[3] IFPA | Psoriasis and Beyond: The global psoriatic disease study. https://ifpa-pso.com/projects/psoriasis-and-beyond.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1930310/Vicious_Cycle_World_Psoriasis_Day_2022.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1930311/IFPA_WPD_2022_Logo.jpg?p=medium600