SAN FRANCISCO, 29 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Classera, sebuah syarikat e-pembelajaran teknologi pendidikan global yang tertumpu pada pasaran baru muncul, telah berjaya mengumpulkan $40 juta dalam pusingan Siri A, dana Teknologi Pendidikan (EdTech) terbesar di seluruh dunia bagi sebuah syarikat yang tidak mempunyai pembiayaan terdahulu. Pusingan tersebut juga menandakan pusingan pembiayaan terbesar yang pernah wujud dalam sektor EdTech di Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) serta sebahagian besar Afrika.
Pusingan ini diketuai oleh Sanabil Investments, syarikat milik penuh Public Investment Fund ("PIF") dan disertai oleh Global Ventures, Endeavour Catalyst, 500 Global, Sukna Venture dan Seedra Ventures. Pusingan ini juga merangkumi pelbagai kumpulan pelabur tambahan dari Silicon Valley, pasaran baru muncul dan pejabat keluarga global.
Hasil perolehan akan digunakan oleh Classera untuk terus membangunkan Platform Super Pembelajaran ("LSP") atau Learning Super Platform miliknya untuk sektor pendidikan dan latihan korporat serta mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju e-pembelajaran dan EdTech global. Di samping itu, pelaburan ini akan turut digunakan untuk menyasarkan lebih banyak pertumbuhan di MENA, seluruh Afrika, serta mempercepat pengembangan global syarikat khususnya di Asia Pasifik (APAC) dan juga di tempat lain melalui jualan langsung, rakan kongsi saluran dan pengambilalihan. Hasil perolehan ini akan turut membantu Classera - melalui platform khusus e-latihan korporatnya iaitu "LeadXera" - untuk berkembang dengan lebih pantas ke dalam sektor besar ini - yang menjadi sasaran utama selepas pelaburan ini.
Classera merupakan sebuah syarikat EdTech yang terbesar di MENA dan di sebahagian besar negara-negara Afrika sub-Sahara yang mendidik berjuta-juta pelajar di lebih 30 buah negara. LSP Syarikat ini merupakan sebuah ekosistem bersepadu sepenuhnya yang merangkumi platform pengurusan pembelajaran berasaskan permainan yang didasari A.I dan pembelajaran sosial, aplikasi pembelajaran realiti terimbuh "C-Reality", ERP penuh untuk institusi pendidikan "C-Smarter", get laluan e-pembayaran bersepadu "C-Pay" untuk wang saku, pembayaran dan pembiayaan tuisyen serta pasaran pendidikan yang khusus untuk EdTech dan bekalan produk pendidikan iaitu "Edumalls". Semua ini berada di bawah satu bumbung untuk memudahkan proses dan meningkatkan penglibatan pembelajaran serta pengalaman pembelajaran keseluruhan.
Beribu-ribu pelanggan Classera termasuk lebih 10 Kementerian Pendidikan, sekolah K-12 swasta, universiti dan syarikat e-latihan korporat. Ia telah menjalinkan lebih 100 kerjasama strategik dengan peneraju global dan serantau termasuk Microsoft, Zoom, Amazon, Intel, Udemy dan HP. Tahun lepas, syarikat ini melancarkan penyelesaian bagi sebuah jenama bersama dengan HP, menggunakan nama "HP-ClassEasy by Classera" yang kini ditawarkan di beberapa buah negara di seluruh dunia.
Mohammad Almadani, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama Classera berkata:
"Hari ini menandakan suatu pencapaian dalam perjalanan Classera. Saya berbesar hati menerima sokongan daripada kumpulan pelabur global terhormat dan amat berbangga dengan pasukan kami yang sentiasa bersemangat untuk merevolusikan pengalaman pembelajaran. Kami telah bersama-sama mengembangkan Classera daripada platform sumber terhad hingga menjadi platform EdTech global yang terkemuka. Saya gembira kerana kami telah memberikan impak dan memperkasakan perjalanan pembelajaran berjuta-juta orang, saya berharap agar kisah perkembangan kami ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain dan kami berpandangan optimis bahawa yang terbaik bakal tiba."
"Pembiayaan ini akan membantu kami membawa "LSP" kami ke peringkat seterusnya, menjadikannya lebih pintar, lebih mudah dan memberi inspirasi kepada para pelanggan dan rakan kongsi kami di seluruh dunia. Kebanyakan institusi pendidikan, terutamanya selepas pandemik, yakin bahawa mereka memerlukan penyelesaian e-pembelajaran generasi seterusnya. Di sinilah Classera memainkan peranannya; ketika kami menetapkan sasaran untuk mengembangkan tawaran kami ke lebih banyak pasaran global dan menjadi rakan kongsi pilihan kepada institusi pendidikan dan latihan yang dapat memenuhi kesemua keperluan penyelesaian siap guna mereka serta menyediakan ahlinya dengan pengalaman pembelajaran unik yang membolehkan mereka mencapai potensi sepenuhnya."
Mengulas tentang pengumuman tersebut, Sanabil Investments berkata:
"Classera telah membangunkan sebuah platform dan berjaya menggunakannya, menjangkau berjuta-juta pengguna dan telah berkembang menjadi salah satu penyedia penyelesaian e-pembelajaran di pasaran baru muncul yang terkemuka di dunia. Kami komited sepenuhnya untuk membolehkan Classera meluaskan lagi jangkauannya kepada para pelajar daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi."
Classera menghasilkan salah satu metrik penglibatan tertinggi dalam industri e-pembelajaran global pada tahun akademik yang lalu. Dalam perjalanannya, platform berasaskan permainan yang menarik ini membolehkan syarikat memperoleh hampir 70% bahagian pasaran dalam beberapa pasaran di rantau ini yang menjana penglibatan tinggi – menghasilkan lebih 10 bilion tontonan halaman. Sepanjang perjalanannya, Classera juga telah menerima beberapa anugerah global dalam industri EdTech termasuk Bett, The Learning Award, GESS, anugerah rakan kongsi global terbaik Microsoft dan banyak lagi.
Tentang Classera
Classera diasaskan di Silicon Valley oleh usahawan Mohammad Almadani dan rakan kongsinya, Mohammad Alashmawi - yang kedua-duanya memulakan syarikat pertama mereka pada usia 18 tahun - dengan wawasan untuk merevolusikan e-pembelajaran dan membolehkan pelajar di pasaran baru muncul mencapai potensi mereka sepenuhnya. Mereka bermula dengan tumpuan di rantau MENA dan Afrika untuk memberi kesan yang paling besar. Asas teknologi Classera ialah LSP-nya yang dikuasakan oleh platform pengurusan pembelajaran berasaskan permainan yang dibangunkan menggunakan teknologi canggih. Pendekatan berasaskan prinsipnya adalah berkisarkan: inspirasi melalui permainan, pemperibadian melalui kecerdasan buatan dan kerjasama melalui pembelajaran sosial - dengan matlamat utama untuk mencapai penglibatan yang lebih baik dan oleh itu, menghasilkan pengalaman pembelajaran yang lebih baik. Seterusnya, bagi melengkapkan ekosistem ERP, get laluan pembayaran dan pasaran akan memainkan peranan untuk menjadikan LSP ini sebagai penyelesaian yang sedia untuk digunakan sepenuhnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi info@classera.com
Tentang Sanabil Investments
Sanabil ialah sebuah syarikat pelaburan kewangan yang dimiliki sepenuhnya oleh Public Investment Fund (PIF), dengan modal saham berbayar berjumlah USD8 bilion. Kami melaburkan lebih USD2 bilion modal setahun ke dalam pelaburan swasta global termasuk modal usaha niaga/pertumbuhan. Kami adalah pasukan profesional pelaburan yang dinamik, mahir dan sangat berpengalaman. Kami menyediakan rakan kongsi dengan modal jangka panjang, keupayaan untuk melabur dalam pelbagai pusingan pembiayaan serta akses ke rantau ini. Di Sanabil, kami melabur dalam idea-idea, minda dan syarikat-syarikat yang hebat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sanabil.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1931323/Classera_founders.jpg?p=medium600