RIYADH, Arab Saudi, 29 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Edisi keenam Future Investment Initiative (FII) yang berwawasan telah berakhir pada hari ini yang menyaksikan lebih 28 perjanjian dan urus niaga pelaburan berjumlah lebih $9 bilion dimeterai.
FII Institute menandatangani sebuah perjanjian dengan Oxford Union yang akan menyediakan data dan maklumat penting yang diterbitkan oleh FII Institute dan rakan kongsinya kepada ahli kesatuan tersebut. Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Ketua THINK FII Institute, Safiye Kucukkaraca dan Pengerusi Lembaga Pembangunan Oxford Union, Michael Li.
Ketua Pegawai Eksekutif FII Institute, Richard Attias berkata, "Kami amat berbangga dengan persidangan FII pada tahun ini. Kami menyaksikan sejumlah besar urus niaga pelaburan ditandatangani dan kami menerima kedatangan penceramah dan perwakilan dari seluruh dunia yang berminat untuk menjalinkan kerjasama baharu. Melalui tema pada tahun ini – Melabur dalam Kemanusiaan: Mendayakan Orde Global Baharu – kami berusaha untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh para pemimpin global pada saat yang penting ini ketika kita bangun semula daripada pandemik dan menghadapi cabaran lama dan sukar dikawal serta cabaran baharu dan tidak dapat diramalkan. Kami tidak sabar untuk menyambut kedatangan komuniti kami pada tahun hadapan di FII dari 24 hingga 26 Oktober 2023 yang hanya akan dapat diakses oleh ahli FII."
Hari terakhir persidangan selama tiga hari ini menampilkan sebuah sidang kemuncak bertajuk 'Masa Depan Afrika' di mana para menteri, pelabur dan usahawan dari seluruh Afrika dan negara-negara lain telah berkumpul bersama-sama untuk membincangkan bidang pelaburan di rantau ini. Sidang kemuncak ini memberi tumpuan kepada potensi pelaburan di Afrika yang mendapati syarikat pemula teknologi di rantau ini telah menerima pelaburan berjumlah $1 juta setiap jam pada tahun lepas. Perbincangan berakhir dengan persetujuan bahawa tahap pelaburan di Afrika bersedia untuk berkembang serta ia memerlukan infrastruktur dan dasar yang ditambah baik untuk menyokong perkembangannya.
Persidangan selama tiga hari ini telah menerima kedatangan lebih 400 orang penceramah dan 6,000 orang perwakilan yang mengambil bahagian dalam perbincangan berwawasan tentang cabaran pelaburan yang paling mendesak berkaitan dengan dana kekayaan berdaulat, bandar-bandar mega, kelestarian, kesaksamaan jantina, tenaga dan banyak lagi. Persidangan ini dihadiri oleh beberapa tokoh terkenal dalam bidang dasar dan pelaburan.
Wakil daripada 16 buah institusi terkemuka dan pelbagai syarikat perundingan pengurusan global telah bekerjasama dengan edisi ke-6 FII ini untuk memberikan pemahaman tentang beberapa isu dunia nyata yang merangkumi pembangunan lestari dan mewujudkan sistem tenaga yang berdaya tahan, mata wang kripto dan ekosistem teknologi kewangan, Metaverse, menggunakan kecerdasan buatan bagi memerangi perubahan iklim, hubungan antara teknologi dengan budaya serta sektor pelancongan yang sentiasa berubah. Selain itu, 11 pembangun teknologi turut bekerjasama dengan FII untuk memperkenalkan inovasi dan penyelesaian terkini mereka yang bertujuan untuk mewujudkan masa depan yang lebih lestari dan saksama.
Sepuluh rakan media serantau dan global telah hadir pada acara ini serta lebih 270 wakil media dan wartawan dari seluruh dunia menghadiri FII bagi membuat liputan tentang sesi, perbincangan, perjanjian dan pengumuman acara ini yang eksklusif serta menyertai perbincangan tentang Orde Global Baharu.
NOTA KEPADA EDITOR
Lembaran fakta acara boleh didapati di sini.
Tentang FII Institute
Future Investment Initiative (FII) Institute ialah sebuah yayasan global bukan berkeuntungan baharu dengan cabang pelaburan dan satu agenda: Impak Terhadap Kemanusiaan. Bersifat global, inklusif dan komited terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), kami melahirkan minda-minda hebat dari seluruh dunia dan mengubah idea menjadi penyelesaian dunia nyata dalam lima bidang penting: Kecerdasan Buatan (AI) dan Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1811613/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600