RIYADH, Arab Saudi, 30 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Edisi keenam Future Investment Initiative (FII) atau Inisiatif Pelaburan Masa Depan, bermula semalam di Riyadh bertemakan 'Melabur dalam Kemanusiaan: Mendayakan Orde Global Baharu', dengan perbincangan rintis, pengumuman utama dan bengkel yang merangsang minda.
Para pegawai, eksekutif pengurusan kanan dan tokoh ternama lain dari seluruh dunia menghadiri hari pertama persidangan tersebut, antaranya termasuk Presiden Senegal, Macky Sall; Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Shari; Menteri Pembangunan dan Pelaburan Greece, TYT Adonis Georgiadis; dan Menteri Kerjasama Pembangunan dan Perdagangan Luar Negeri Finland, TYT Ville Skinnari.
Ketua Pegawai Eksekutif FII Institute, Richard Attias, memulakan persidangan ini dengan mesej yang memberangsangkan tentang kepentingan kelestarian dan keterangkuman. Beliau menyatakan, "Dunia kita sedang menghadapi ancaman yang julung-julung kali berlaku namun ini juga merupakan masa yang unik untuk meneroka peluang baharu. Kita sedang menuju ke arah orde global baharu. FII berbangga dapat memberikan sumbangan dalam perbincangan ini. Kami telah mencipta satu format unik yang sesuai dengan para penyumbang hebat yang akan menyampaikan ucapan mereka pada minggu ini, menyusun lebih 180 sesi yang kesemuanya direka untuk mendorong tindakan."
Gabenor PIF, TYT Yasir Al-Rumayyan, mengalu-alukan kedatangan para tetamu dan delegasi ke Edisi ke-6 FII sambil mengulas, "FII memainkan peranan yang unik sebagai pemangkin kerjasama global dan saya memberikan komitmen yang tinggi untuk merealisasikan hasrat ini." TYT Al-Rumayyan turut mempengerusikan satu sesi pleno bertajuk 'The New Global Order: View From the Board of Changemakers' (Orde Global Baharu: Pandangan Pakar Pembawa Perubahan) yang dikendalikan oleh Wartawan Utama CNN, Richard Quest, yang menampilkan perbincangan hangat tentang cabaran ekonomi global dalam kalangan pembawa perubahan termasuk TYT Khaldoon Khalifa Al Mubarak, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mubadala Investment Company; Ray Dalio, Pengasas merangkap Pembimbing Ketua Pegawai Maklumat dan Ahli Lembaga Pengarah Bridgewater Associates; Jamie Dimon, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif JPMorgan Chase & Co.; Catherine MacGregor, Ketua Pegawai Eksekutif ENGIE; Sara Menker, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Gro Intelligence; Dr. Patrice Motsepe, Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif African Rainbow Minerals; Stephen A. Schwarzman, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama The Blackstone Group; dan David Solomon, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs.
Hari pertama turut menyaksikan Saudi Public Investment Fund (PIF) atau Dana Pelaburan Awam Arab Saudi melancarkan lelongan kredit karbon terbesar, yang dianjurkan oleh Pasaran Karbon Sukarela, melibatkan sejumlah satu juta tan kredit karbon. FII6 setakat ini memberi tumpuan kepada kelestarian dan lelongan ini akan memainkan peranan penting dalam usaha PIF untuk memacu pelaburan yang diperlukan bagi menangani kesan perubahan iklim global dan mencapai pelepasan karbon sifar bersih di Arab Saudi menjelang tahun 2060.
Para perwakilan turut menyaksikan perjanjian penting yang ditandatangani antara Kementerian Pelaburan Arab Saudi dengan rakan kongsi strategiknya, termasuk syarikat bioteknologi, Gingko Bioworks, syarikat pembuatan, Taihan, bank pelaburan Amerika Latin, BTG Pactual serta satu perjanjian tentang pelancongan angkasa lepas dengan Orbite.
Lebih 6,000 perwakilan daripada organisasi terkemuka di seluruh dunia menghadiri hari pertama persidangan ini untuk mendengar ucapan para pemimpin perniagaan dan tokoh politik membincangkan buah fikiran mereka tentang 'Orde Global Baharu'. Edisi ke-6 FII akan berakhir pada 27 Oktober dengan lebih banyak pengumuman dan perbincangan penting yang akan disampaikan dalam tempoh dua hari akan datang.
NOTA KEPADA EDITOR
Lembaran fakta acara boleh didapati di sini.
Tentang FII Institute
Future Investment Initiative (FII) Institute ialah sebuah yayasan global bukan berkeuntungan baharu dengan cabang pelaburan dan satu agenda: Impak Terhadap Kemanusiaan. Bersifat global, inklusif dan komited terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), kami melahirkan minda-minda hebat di seluruh dunia dan mengubah idea menjadi penyelesaian di dunia nyata dalam lima bidang penting: Kecerdasan Buatan (AI) dan Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1930201/FII6_Session.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1811613/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600