omniture

Video Promosi menceritakan kisah Budaya Ainu

Ainu Policy Division, Bureau of Ainu Policy Promotion Department of Environment and Lifestyle, Hokkaido Government
2022-11-01 09:00 210

SAPPORO, Jepun, 1 November 2022 /PRNewswire/ -- Bahagian Dasar Ainu, Biro Promosi Dasar Ainu Jabatan Alam Sekitar dan Gaya Hidup, Kerajaan Hokkaido dengan sukacitanya mengumumkan bahawa video promosi tentang Budaya Ainu, AINU MUSEUM TRIP, telahpun dilancarkan dan tersedia untuk distrim di seluruh dunia. Filem tersebut dihasilkan dengan harapan agar ia bukan sahaja dapat memaparkan landskap semula jadi dan memukau Hokkaido, tetapi juga untuk mempersembahkan kepada orang ramai keindahan dan kepelbagaian budaya yang diwarisi oleh Ainu, orang asli Hokkaido. Apabila anda mengunjungi Hokkaido, sila rasai pengalaman budaya Ainu di samping menikmati landskap dan hidangan makanan kami.

Filem 

Video promosi disediakan dalam 7 bahasa:

Bahasa Inggeris, bahasa Cina (ringkas dan tradisional), bahasa Korea, bahasa Perancis, bahasa Jerman dan bahasa Melayu

  1. Pengenalan kepada Ainu
  2. Upopoy
  3. Hokkaido Tengah
  4. Hokkaido Timur
  5. Hokkaido Utara
  6. Hokkaido Selatan
  7. Rumusan (15 saat, 30 saat dan 180 saat)

Berikut merupakan pautan untuk memilih bahasa dan menonton video:

URL: https://www.ainumuseum-trip.jp/global.html

Pertanyaan Media: 

Hubungi: Bahagian Dasar Ainu, Biro Promosi Dasar Ainu,
Jabatan Alam Sekitar dan Gaya Hidup, Kerajaan Hokkaido,
E-Mel: kansei.ainu@pref.hokkaido.lg.jp  URL: https://www.ainumuseum-trip.jp/global.html

 

Source: Ainu Policy Division, Bureau of Ainu Policy Promotion Department of Environment and Lifestyle, Hokkaido Government
Keywords: Art Entertainment Film & Motion Picture Travel New products/services