omniture

Wertheim Village Dekat Frankfurt Meraikan Ulang Tahunnya yang ke-10 Bersama Milla Jovovich, Sebagai Sebahagian Daripada Kempen 'Toast to Chic' oleh Chic Outlet Shopping(R)

Value Retail PLC
2013-11-26 20:51 188

LONDON, 26 November 2013 /PRNewswire/ --

Wertheim Village dekat Frankfurt, salah satu daripada sembilan Chic Outlet Shopping® Villages oleh Value Retail di Eropah, telah menyambut ulang tahunnya yang kesepuluh dengan keraian yang dihadiri oleh pelakon dan duta jenama Milla Jovovich, Eva Padberg dan Harvey Kruger Jr.

Bagi menonton Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/64145-ten-year-anniversary-milla-jovovich-toast-to-chic

Senarai jemputan antarabangsa yang terdiri daripada tokoh masyarakat duta jenama dan pihak media telah menyertai perbincangan meja bulat yang diacarakan oleh model Eva Padberg dan menjemput Desiree Bollier -- Ketua Eksekutif Pengurusan Value Retail, serta duta jenama Milla Jovovich dan Eva Padberg, mengimbau kembali sepuluh tahun Wertheim Village dan Chic Outlet Shopping®. Kemuncak hari itu adalah apabila lampu perayaan Wertheim Village yang rasmi dinyalakan.

"Saya teruja dapat meraikan ulang tahun kesepuluh Wertheim Village dengan Chic Outlet Shopping®. Chic Outlet Shopping® mempunyai tawaran yang sangat unik -- tumpuan terhadap perincian yang sebegitu mendalam memang sukar didapati."

Milla Jovovich, Duta Chic Outlet Shopping® 

Hari ini, di samping Ingolstadt Village dekat Munich, Wertheim Village itu sendiri sudah layak dianggap destinasi pelancongan dan menarik kunjungan pelawat ke Jerman. Sejak tahun 2003 Wertheim Village telah mengalu-alukan kedatangan 19 juta pelawat dari seluruh dunia termasuk China, Timur Tengah, Rusia, Asia Tenggara, Brazil, Mesir dan AS.

"Ini merupakan tanda aras yang istimewa untuk Wertheim Village dan Chic Outlet Shopping®. Banyak yang sudah kami harungi dalam masa sepuluh tahun lepas bagi membina platform Pelancongan Membeli-belah yang nyata berbeza, di Jerman serta di serata Eropah, yang diiktiraf seluruh dunia. Berikutan perluasan kami ke China yang akan datang juga, sepuluh tahun berikutnya bakal membawa lebih banyak kejayaan".

Desiree Bollier, Ketua Eksekutif -- Pengurusan Value Retail

Sambutan ulang tahun itu diadakan sebagai sebahagian daripada kempen 'Toast to Chic' oleh Chic Outlet Shopping®. Dengan tumpuan khas diberikan terhadap pemberian hadiah, 'Toast to Chic' menjemput tetamu meraikan keriangan musim perayaan melalui satu siri aktiviti bertemakan sambutan itu yang akan diadakan di seluruh Koleksi Chic Outlet Shopping® Villages di Eropah. Musim ini juga menyaksikan pelancaran majalah Chic Edition oleh Chic Outlet Shopping®. Dengan pelbagai pilihan fesyen yang berinspirasi dan idea untuk hadiah, tip untuk parti dan gaya hidup, majalah itu menjanjikan bantuan untuk para pembaca menyambut musim perayaan dengan penuh bergaya. Ia boleh didapati di sembilan Chic Outlet Shopping® Villages di Eropah mulai 18 November.

Bagi maklumat lanjut tentang kempen 'Toast to Chic', sila lawati ChicOutletShopping.com

Tentang Wertheim Village

Wertheim Village, salah satu daripada Chic Outlet Shopping® Villages oleh Value Retail, dan terletak kira-kira kurang daripada sejam perjalanan dari Frankfurt dan Nuremberg, menawarkan pengalaman membeli-belah di outlet mewah yang eksklusif. Dengan lebih 110 butik outlet yang menyediakan fesyen dan barangan mewah untuk kediaman, Wertheim Village menawarkan koleksi musim sebelumnya yang tulen untuk pilihan unik jenama Jerman serta antarabangsa dengan penjimatan sehingga 60% daripada harga saranan asal, enam hari seminggu dan sepanjang tahun. Escada, Longchamp, Bally dan Furla hanyalah sebahagian daripada jenama antarabangsa yang ada di sana, selain butik pereka Jerman termasuk Bogner, Birkenstock, Roeckl dan Aigner. Perkhidmatan yang terdapat di Wertheim Village termasuklah perkhidmatan koc harian Shopping Express® dari Frankfurt, pejabat Pertanyaan Pelancong, dan pengalaman membeli-belah peribadi. Dengan pilihan restoran dan kafe, Village itu telah menjadi destinasi untuk pelawat yang inginkan pengalaman membeli-belah yang hebat dan hari beriadah yang menyeronokkan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati WertheimVillage.com

Tentang Chic Outlet Shopping® 

Chic Outlet Shopping® ialah konsep unik pengalaman membeli-belah di outlet yang dicipta oleh Value Retail, satu-satunya syarikat yang mengkhusus secara eksklusif dalam pembangunan dan pengendalian destinasi membeli-belah outlet mewah, Koleksi Chic Outlet Shopping® Villages. Villages itu menawarkan koleksi tulen musim sebelumnya untuk jenama mewah fesyen dan gaya hidup yang menerajui dengan penjimatan sehingga 60% dan kadang-kadang lebih lagi, berbanding harga jualan saranan, sepanjang tahun. Terletak berdekatan dengan beberapa bandar kemasukan kegemaran Eropah -- London, Dublin, Paris, Madrid, Barcelona, Milan, Bologna, Brussels, Antwerp, Cologne, Frankfurt, Munich dan, akan datang dalam separuh tahun pertama 2014, Suzhou di China -- Villages itu dikenali dengan fesyen mewah, perkhidmatan dan hospitaliti unggul, acara keraian sepanjang tahun, dan nilai hebat untuk wang. Terletak di kawasan yang dikenali dengan budaya dan sejarah, Villages itu sendiri layak dianggap destinasi pelancong antarabangsa. Usaha niaga baharu Value Retail -- Value Retail China -- untuk membawakan Chic Outlet Shopping® Villages yang nyata berbeza ke China bakal menyaksikan Village pertamanya -- Suzhou Village™ -- terletak di Suzhou yang penuh bersejarah, 50 batu arah barat Shanghai. Sama seperti ahli lain dalam Koleksi itu, Suzhou Village™ akan dikenali dengan tawarannya untuk jenama fesyen dan gaya hidup mewah antarabangsa, di samping tahap perkhidmatan yang terbaik.

Video: http://www.multivu.com/mnr/64145-ten-year-anniversary-milla-jovovich-toast-to-chic

Sumber: Value Retail PLC

Source: Value Retail PLC
Keywords: Retail