omniture

CATL dan VinFast capai Kerjasama Strategik Global promosikan e-mobiliti global

Contemporary Amperex Technology Co., Limited
2022-11-01 14:30 164

OSAKA, Jepun, 1 November 2022 /PRNewswire/ -- Contemporary Amperex Technology Co., Limited ("CATL") dan VinFast Trading & Manufacturing Joint Stock Company ("VinFast") hari ini mengumumkan satu memorandum persefahaman (MOU) untuk Kerjasama Strategik Global bagi meluaskan kolaborasi dalam bidang-bidang termasuk produk cesi papan selaju CIIC (cesi pintar bersepadu CATL).


Majlis penandatanganan MOU disaksikan oleh Dr. Robin Zeng, pengasas dan Pengerusi CATL dan En. Pham Nhat Vuong, Pengerusi Vingroup dan VinFast. Menurut perjanjian tersebut, CATL dan VinFast berhasrat untuk meninjau pelbagai bentuk kerjasama berhubung cesi papan selaju CIIC selain daripada kerjasama semasa berkaitan bekalan bateri CTP (sel-ke-pek) antara kedua-dua syarikat ini, yang akan memberi akses pantas kepada VinFast ke pasaran global.

Cesi papan selaju CIIC mengintegrasikan pek bateri, motor elektrik dan unit kritikal yang lain ke dalam satu lapisan tunggal pada bahagian bawah kenderaan, mengurangkan kos pembelian dan penggunaan tenaga dan dalam masa yang sama memaksimumkan ruang kabin.

Selain daripada kolaborasi untuk bateri CTP dan cesi papan selaju, CATL bersedia untuk bekerjasama dengan VinFast berhubung bidang-bidang lain, seterusnya menggalakkan inovasi bateri dan peralihan e-mobiliti.

Dengan memanfaatkan bateri canggih CATL, EV inovatif daripada VinFast akan mencapai kejayaan baharu dari segi jarak pemanduan, keselamatan dan pemanduan pintar. Kerjasama ini juga akan membolehkan CATL meningkatkan jejak globalnya, terutamanya dalam pasaran baru muncul dan mempromosikan aplikasi teknologi EV yang baharu.

Kerjasama yang ditingkatkan ini akan membolehkan kedua-dua syarikat mempromosikan inovasi teknologi bateri dan e-mobiliti global, seterusnya menyumbang kepada pemacu global untuk mencapai matlamat peralihan tenaga dan keneutralan karbon.

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities Contracts