omniture

Penumpang Sanggup Melabur Masa dan Wang Demi Keselesaan

Airbus
2013-11-26 21:46 728

LONDON, 26 November 2013 /PRNewswire/ -- Kajian antarabangsa daripada Airbus menunjukkan generasi baharu penumpang yang bercita rasa makin mencari keselesaan tempat duduk dalam penerbangan sebelum menempah penerbangan jarak jauh dengan perkhidmatan penuh. Mereka juga sanggup membayar lebih demi keselesaan yang lebih dalam kelas ekonomi. 54 peratus percaya peningkatan dalam keselesaan tempat duduk adalah kritikal, membawa kepada 41 peratus penumpang yang sedia membayar lebih dalam kelas ekonomi dan 5 peratus mempertimbangkan untuk melabur dalam penaikan taraf demi keselesaan. Kohort penumpang kelas ekonomi yang semakin membesar ini tidak bersedia untuk menerima tempat duduk yang sempit dan 34 peratus menggunakan khidmat laman web pakar, bagi menentukan nilai sebenar tempat duduk sebelum menempah tiket penerbangan.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131114/653458-INFO )

Penumpang menyatakan yang keselesaan semasa tidur dan sakit belakang serta kaki sebagai tiga faktor utama untuk ketidakselesaan dalam penerbangan jarak jauh. Mereka juga menganggarkan tempat duduk yang terlalu sempit akan mempunyai impak sederhana tetapi negatif ke atas kesihatan mereka selepas turun daripada penerbangan itu, menjejaskan mereka dengan keletihan dan lenguh otot. Kesihatan selepas penerbangan sangat diambil berat oleh penumpang kelas perniagaan yang perlu memastikan mereka mampu bekerja selepas itu, bergantung pada rantau sehingga 70 peratus penumpang kelas ekonomi menaiki penerbangan untuk urusan kerja*.

Kevin Keniston, Ketua Keselesaan Penumpang Airbus berkata: "Penumpang sangat sedar tentang keselesaan semasa penerbangan dan ini memberi kesan terhadap keputusan pembelian. Kajian kami menunjukkan hampir separuh penumpang kelas ekonomi bersedia untuk membayar lebih bagi mendapat lebih keselesaan dalam kelas ekonomi. Syarikat penerbangan sudah memberi respon dengan membezakan tawaran tempat duduk mereka mengikut kelas penerbangan dan meletakkan harga premium pada pilihan tempat duduk yang lebih selesa – contohnya seperti lorong, barisan hadapan atau tempat duduk berdekatan laluan kecemasan. Namun kelebaran tempat duduk ialah faktor penentu penting untuk keselesaan dan kerana itu penumpang semakin sanggup melabur wang dan masa bagi mengelakkan daripada terpaksa duduk di tempat duduk sempit selebar 17 inci sahaja semasa penerbangan jarak jauh."

*** Bagi maklumat lanjut tentang Masa Hadapan oleh Airbus sila ke http://www.airbus.com ***

# AirbusComfort

Kaedah dan sampel:

Kajian melibatkan 4 lapangan terbang antarabangsa: SIN, CDG, FRA, AMS

Kerakyatan: Asia 24%, Amerika Utara 26%, Eropah 26%, Lain-lain 24%

Soal selidik di zon transit

* Soal Selidik Penumpang Global IATA 2012

*** Bagi maklumat lanjut tentang Masa Hadapan oleh Airbus sila ke http://www.airbus.com ***
# AirbusComfort

Sumber: Airbus

Source: Airbus
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Travel Survey, Polls & Research