omniture

Program Bakutel yang Mengesankan Raikan 'Tahun ICT' Azerbaijan

Iteca Caspian LLC
2013-11-27 02:01 90

BAKU, Azerbaijan, 27 November 2013 /PRNewswire/ -- Pameran IT dan Telekomunikasi Antarabangsa Azerbaijan ke-19 Bakutel 2013 akan menjadi yang terbesar dalam sejarah acara itu dan bertepatan dengan 'Tahun ICT' bagi negara tersebut yang merupakan inisiatif Presiden Ilham Aliyev.

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/64155-bakutel-celebrates-azerbaijan-year-of-ict 

Acara tersebut akan berlangsung dari 2 hingga 5 Disember di Pusat Ekspo Baku dan akan menampilkan hampir 300 syarikat dari lebih 25 negara. 15 negara termasuk Sepanyol, Kanada dan Perancis akan mempromosikan teknologi masing-masing pada peringkat kebangsaan sementara kumpulan dari Afghanistan, Itali dan Amerika Syarikat akan turut serta buat julung kalinya dalam acara ini.

Pengendali telekomunikasi Azerbaijan, penyedia Internet, penyepadu sistem dan pengedar jenama terkenal akan turut serta dalam pameran ini. Acara ini turut menampilkan paparan khas yang berkaitan dengan Trans-Eurasian Information Superhighway (TASIM) yang merupakan industri angkasa Azerbaijan dan projek taman teknologi maklumat negara tersebut. Perhatian istimewa turut diberikan terhadap perkembangan perniagaan baharu dengan zon persembahan khas dan persidangan tentang "Sokongan terhadap permulaan Kebangsaan di Azerbaijan".

Bakutel 2013 bakal menjadi signifikan dengan saiznya serta kualiti dan jumlah aktiviti dan acara yang disediakan dalam program perniagaannya, termasuklah Persidangan Maya Dunia Azerbaijan. Seminar dan persidangan lain akan meliputi subjek seperti: perkembangan Internet; keselamatan siber; forum tahunan bagi pengendali telekomunikasi dalam konsortium TASIM; Forum ICT Azerbaijan-AS; mesyuarat pasukan projek SPECA daripada Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB bagi Asia dan rantau Pasifik (ESCAP) tentang 'Perkembangan ekonomi berasaskan pengetahuan' dan acara yang berkaitan dengan penghasilan pusat bagi para pakar dengan kerjasama antara sektor ICT awam dan swasta.

Perkara yang paling utama ialah forum bagi menjalankan perniagaan yang disediakan oleh Bakutel dan program perniagaannya yang turut serta. Pelbagai memorandum dijangka akan ditandatangani dengan organisasi industri antarabangsa ketika acara ini berlangsung.

Kementerian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Republik Azerbaijan memainkan peranan penting dalam perkembangan dan penubuhan pameran tersebut dengan sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan bertahun-tahun lamanya.

Pameran tersebut dianjurkan oleh Iteca Caspian LLC, sebahagian daripada ITE Group.

Nota kepada Editor

Tahun ini diumumkan sebagai tahun Teknologi Maklumat dan Komunikasi, yang merupakan inisiatif Presiden Ilham Aliyev daripada Republik Azerbaijan. Bagi meraikan tahun ini, Bakutel 2013 akan mendemonstrasikan pencapaian Azerbaijan dalam bidang ICT bagi beberapa tahun yang lalu.

Program perniagaan yang turut serta akan menghasilkan suasana berpesta. Terdapat pelbagai kejutan, pertandingan serta hadiah yang akan menarik minat para pengunjung dan pempamer. Terdapat juga pertunjukan laser interaktif serta zon permainan istimewa yang menggunakan teknologi terkini. Titan, robot terkenal dunia akan turut meraikan para tetamu di Bakutel.

Kemasyhuran antarabangsa Bakutel disahkan melalui sokongan institut industri antarabangsa, termasuk Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa dan Komanwel Serantau Bidang Komunikasi serta dengan status yang diberikan oleh UFI sebagai 'Acara yang Diluluskan'. Penaja utama bagi Bakutel 2013 ialah HP yang merupakan pempamer sempurna di pameran tersebut.

Bagi maklumat lanjut, sila layari: http://www.bakutel.az

Perhubungan Media:

Svetlana Hajieva
Pengurus PR
T: +994-12-4041000 (pejabat)
T: +994-12-4041008 (talian terus)
F: +994-12-4041001
E: prmanager@iteca.az

SUMBER  Iteca Caspian LLC

Source: Iteca Caspian LLC
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Trade show news