Dengan lebih 1,600 orang pekerja di seluruh dunia, organisasi baharu ini kini merupakan salah satu penyedia penyelesaian kecerdasan farmaseutikal terbesar di dunia yang ada di pasaran
YARDLEY, Pennsylvania, 1 November 2022 /PRNewswire/-- Norstella, peneraju global dengan penyelesaian serba lengkap yang memberi kelancaran akses terapi menyelamatkan nyawa kepada para pesakit, mengumumkan penggabungannya yang telah selesai dengan Citeline (dahulu dikenali sebagai Pharma Intelligence), peneraju dalam bidang kecerdasan ujian klinikal.
Semasa urus niaga ini dimuktamadkan, syarikat global bernilai $5 bilion ini kini merupakan salah satu penyedia penyelesaian kecerdasan farmaseutikal terbesar di dunia yang ada di pasaran, dengan lebih 1,600 orang pekerja daripada lima jenama yang membentuk Norstella: Evaluate, MMIT, Panalgo, The Dedham Group dan kini Citeline.
Penggabungan ini akan membolehkan Norstella mengutamakan inovasi pantas untuk membantu membimbing syarikat sains hayat menjalani keseluruhan proses pembangunan ubat-ubatan supaya pesakit boleh mengakses terapi dengan lebih cepat.
"Kami percaya bahawa akses pesakit bermula dengan mengenal pasti keperluan yang tidak dipenuhi dan tidak akan berakhir sehinggalah pesakit menjumpai terapi yang betul," kata Mike Gallup, Ketua Pegawai Eksekutif Norstella. "Ketika industri bergerak ke arah terapi sangat bersasar yang memberi tumpuan kepada populasi pesakit yang lebih kecil, pelanggan kami memerlukan penyelesaian yang dapat memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan penting perniagaan yang boleh dilaksanakan bagi membantu membawa ubat-ubatan ke pasaran dengan lebih cepat—dan akhirnya membantu pesakit menerima rawatan lebih awal."
Daripada proses penyelidikan klinikal hingga kepada pengkomersialan, pengeluar farmaseutikal dibanjiri dengan data dan persoalan tentang penggunaan data dunia sebenar, memahami beban penyakit, menyampaikan keberkesanan klinikal sesuatu ubat, mendedahkan hasil klinikal positif yang tidak dijangka atau menilai akibat kelewatan terapi ke pasaran.
Sebagai sebuah organisasi gabungan, penyelesaian Norstella akan memperkasa pihak berkepentingan farmaseutikal untuk mengenal pasti keperluan klinikal yang tidak dipenuhi lebih awal, membangunkan ujian klinikal dengan titik akhir bermaklumat yang dapat menyokong keputusan pembayaran balik hiliran serta mengenal pasti dengan tepat pesakit yang layak untuk menjalani ujian klinikal. Contoh yang hebat dalam perkara ini ialah platform Data Kesihatan Segera (IHD) Panalgo, yang mampu menggabungkan data ujian klinikal dengan data dunia nyata Citeline, dasar MMIT, had dan data makmal pesakit serta data perjalanan klinikal The Dedham Group dan bukti dunia nyata—yang semuanya boleh dimanfaatkan untuk menjawab persoalan penting dengan segera berkaitan perjalanan pesakit, bayaran balik kepada pembayar, keselamatan serta keberkesanan terapeutik.
"Penyatuan ini membuka peluang kepada Citeline dan Norstella untuk memajukan misi bersama mereka dalam menyediakan terapi kepada pesakit yang memerlukannya," kata Jay Nadler, Pengerusi Eksekutif Norstella dan Ramsey Hashem, Ketua Pegawai Eksekutif Citeline. "Kami berasa terdorong untuk memberikan impak dan kami percaya bahawa kami mampu melakukan inovasi yang akan mengubah kehidupan pesakit."
Tambah Gallup, "Falsafah utama di Norstella adalah untuk berinovasi melalui kerjasama dengan para pelanggan kami; kami akan terus bertanya kepada pelanggan kami sekiranya terdapat jurang dan bagaimana kami boleh menutup jurang tersebut. Kami menetapkan sasaran bersama-sama untuk mewujudkan pasaran penjagaan kesihatan yang lebih inovatif dan boleh diakses oleh semua orang."
Tentang Norstella
Di Norstella, misi kami adalah mudah: untuk membantu pesakit mendapat akses kepada terapi yang menyelamatkan nyawa. Norstella terdiri daripada beberapa buah organisasi terkemuka—Citeline, Evaluate, MMIT, Panalgo dan The Dedham Group—yang telah bersatu untuk menawarkan rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian rundingan farmaseutikal serba lengkap. Sebagai sebuah organisasi, Norstella menyediakan alat dan kepakaran yang betul kepada pelanggan sains hayat untuk mengendalikan kerumitan pada setiap langkah kitaran hayat pembangunan ubat, daripada perancangan hingga kepada pesakit. Untuk maklumat lanjut, sila layari Norstella dan ikuti kami di LinkedIn.
Tentang Citeline
Citeline (dahulu dikenali sebagai Pharma Intelligence) memperkasakan rangkaian penuh tawaran kecerdasan perniagaan pelengkap untuk memenuhi keperluan profesional sains hayat yang semakin berkembang bagi mempercepat hubungan antara rawatan kepada pesakit dan pesakit kepada rawatan. Penyelesaian dan perkhidmatan yang memberi tumpuan kepada pesakit ini menyampaikan dan menganalisis data yang digunakan untuk mendorong keputusan berkaitan klinikal, komersial dan kawal selia serta mencipta peluang pertumbuhan dalam dunia sebenar.
Pasukan penganalisis, wartawan dan perunding global kami sentiasa peka dengan perubahan dalam industri farmaseutikal, bioperubatan dan teknologi perubatan serta melaksanakan semua ini dengan pemahaman pakar: penyakit utama, ujian klinikal, R&D dan kelulusan ubat-ubatan, ramalan pasaran dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut tentang salah satu rakan sains hayat yang paling dipercayai di dunia ini, sila layari Citeline.
Hubungan Media
Norstella
Melody Udell | Pengarah Komunikasi
+1 312-618-5968 | melody.udell@norstella.com
Citeline
Blair Dawson | Naib Presiden Komunikasi dan Penglibatan Pekerja
+1 919-413-4616 | blair.dawson@informa.com