![]() |
Lo.Li. Pharma International akan memperkenalkan produk baharu yang inovatif di CPHI Frankfurt yang telah pun menarik minat ramai rakan pengedar. Pervistop® berjanji untuk menjadi alat yang sangat berkesan dalam pengurusan penyakit yang sangat sukar untuk diramalkan.
FRANKFURT, Jerman, 1 November 2022 /PRNewswire/ -- Lo.Li. Pharma International mengumumkan prapelancaran produk baharu yang amat dinanti-nantikan di pameran CPHI 2022 bagi memenuhi keperluan klinikal terpendam yang tidak dipenuhi untuk pesakit yang menghidap Papilomavirus Manusia (HPV). Sebagai sebuah acara industri farmaseutikal terbesar di dunia, CPHI Frankfurt akan membolehkan beribu-ribu peserta melihat produk inovatif ini buat pertama kali, yang mana formula eksklusifnya dapat membantu mengatasi tanda-tanda, gejala dan ketekalan HPV.
Menurut Yayasan Kebangsaan Penyakit Berjangkit, kira-kira 80% golongan wanita dan lelaki yang aktif secara seksual dijangkiti HPV dalam hidup mereka. HPV ialah sejenis jangkitan akibat hubungan seks yang paling biasa dijangkiti di seluruh dunia dan ia diketahui boleh menyebabkan penyakit kanser tertentu dan ketuat alat kelamin.
"Kita sedia maklum bahawa 95% kanser serviks adalah disebabkan oleh papilomavirus manusia, dan kanser serviks adalah penyakit yang hampir boleh dicegah sepenuhnya," kata Samanta De Filippi, Pengurus Besar Lo.Li. Pharma International. "Pervistop® menyediakan alternatif yang sebenar dalam menghapuskan punca masalah ketekalan HPV yang boleh berubah menjadi kanser tanpa diduga".
Semasa fasa prapelancaran ini, Lo.Li. Pharma International akan memberi tumpuan kepada menjalin kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat yang komited untuk menyediakan pilihan yang inovatif di pasaran tempatan mereka serta syarikat-syarikat yang telah pun mahir dalam bidang terapeutik Ginekologi.
De Filippi berkata, "Setelah melancarkan Pervistop® di pasaran Itali, kami tahu kesukaran yang dihadapi oleh pesakit HPV dan rasa putus asa yang dirasakan golongan wanita apabila mereka menerima diagnosis HPV yang berterusan. Lo.Li. Pharma Group merupakan yang pertama menawarkan suplemen berasaskan EGCG kepada pesakit HPV di Itali, dan rakan kongsi kami juga boleh menjadi yang pertama dan satu-satunya yang menawarkan suplemen ini di pasaran mereka."
Hubungi Raffaele Secchi yang mengetuai projek ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pervistop® dan peluang perkongsian global:
Raffaele Secchi
Pengurus Pembangunan Perniagaan
r.secchi@lolipharmainternational.com
Tentang Lo.Li. Pharma International
Bukan mudah untuk kekal berdaya saing dalam pasaran yang sesak dan berinovasi melalui pembangunan produk dalaman boleh menjadi sesuatu yang mahal dan berisiko. Tambahan pula, banyak syarikat pembangunan peranti perubatan dan nutraseutikal tidak melabur dalam penyelidikan klinikal yang kukuh yang boleh memberi kesan negatif kepada kejayaan pasaran produk berlesen. Lo.Li. Pharma International ialah sebuah cabang Lo.Li. Pharma Srl, sebuah syarikat penjagaan kesihatan yang semakin berkembang yang berpangkalan di Rom yang dikhususkan untuk penyelidikan, pembangunan dan pengedaran Peranti Perubatan dan Penokok Diet Fungsian yang inovatif, diuji secara klinikal dan terbukti. Sebagai syarikat pakar terkemuka dunia dalam bidang penyelidikan dan sains asas inositol dan nutraseutikal, Lo.Li. Pharma International komited untuk menyokong Rakan Kongsi kami melalui perjanjian pengedaran eksklusif yang saksama, sambil berkongsi pengetahuan saintifik dan strategi pemasaran yang diperlukan untuk berjaya. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari: www.lolipharmainternational.com
Hubungan Media: Micaela Sadowski
Lo.Li. Pharma International
m.sadowski@lolipharmainternational.com
Telefon +39 06.88379670 Sambungan 33
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1934073/Pervistop.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1934074/LoLi_Pharma_Logo.jpg?p=medium600