omniture

Polyvision Corporation Mengumumkan Pelantikan Pegawai Kanan Jualan & Pemasaran Global

Polyvision
2022-11-01 21:33 376

ATLANTA, 1 November 2022 /PRNewswire/ -- Polyvision Corporation, peneraju global dalam inovasi dan pembuatan CeramicSteel, produk tulisan kolaboratif dan panel seni bina untuk lapisan dalam dan luar, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menaikkan pangkat Kevin Taney ke jawatan Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Global manakala Kim Allen dilantik sebagai Pengarah Produk dan Pemasaran Global.

"Sambil kami terus berusaha untuk memastikan kerjasama global di seluruh organisasi kami, saya mengharapkan sumbangan besar daripada Kevin dan Kim dengan pelantikan mereka ke jawatan yang lebih tinggi ini," kata Kevin McCoy, Ketua Pegawai Eksekutif Polyvision Corporation. "Penyelarasan strategik ini akan membolehkan kami memberi tumpuan kepada para pelanggan kami dan keperluan mereka dengan lebih berkesan sambil mengembangkan perniagaan kami di semua wilayah geografi yang kami jejaki."

Sebelum menyertai Polyvision, Taney memegang jawatan kepemimpinan utama – termasuk Pengarah Jualan, Naib Presiden Jualan dan Operasi Jualan, Pengurus Besar dan Naib Presiden – di beberapa buah syarikat pembuatan perabot berkontrak yang besar. 

Dalam jawatan baharu ini, beliau akan memimpin pasukan jualan global Polyvision untuk terus membangunkan strategi global dan serantau yang direka untuk mengoptimumkan fungsi Jualan, Pembangunan Produk, Pemasaran dan Khidmat Pelanggan syarikat sambil membantu mendorong usaha pengembangan syarikat ke pasaran baru muncul.

"Polyvision mempunyai peluang yang begitu besar untuk berkembang di A.S. dan di seluruh pasaran global kami," kata Taney. "Saya teruja dapat bekerjasama dengan pasukan global kami untuk membawakan tawaran produk dan perkhidmatan kami yang pelbagai kepada khalayak yang lebih luas."

Allen akan menentukan hala tuju inisiatif pemasaran global Polyvision. Beliau membawa pengalaman dengan latar belakang yang kukuh selama lebih 15 tahun dalam bidang pembangunan dan pemasaran produk yang dimantapkan lagi dengan peranan terdahulu di Steelcase dan Polyvision, termasuk sebagai Ahli Pasukan Penyelesaian Pemenuhan, Pakar Saluran dan Sokongan Pemasaran dan – yang terkini – sebagai Pengurus Kanan Produk.

Taney akan terus melapor kepada McCoy manakala Allen akan melapor kepada Taney.

Tentang Polyvision Corporation

Polyvision Corporation ialah peneraju global dalam inovasi dan pembuatan CeramicSteel untuk pelbagai industri. Selama lebih 65 tahun, syarikat tersebut telah membantu menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik dengan mencipta produk yang meningkatkan pengalaman visual dan menghubungkan individu dengan persekitaran mereka. CeramicSteel Polyvision digunakan di seluruh dunia untuk permukaan papan kapur dan papan putih tradisional, produk kolaboratif moden untuk kebanyakan organisasi dan dinding seni bina paling berpengaruh di dunia serta pelapisan untuk ruangan awam.

Beribu pejabat di Atlanta, Georgia, Polyvision menjalankan perniagaan di lebih 65 buah negara. Untuk maklumat lanjut tentang CeramicSteel dan kegunaannya, sila layari Polyvision.com.

 

 

Source: Polyvision
Keywords: Mining/Metals Personnel announcements