MUMBAI, India, 2 November 2022 /PRNewswire/ -- Usaha yang dipacu dengan baik sedang dijalankan untuk mendapatkan pembatalan langkah-langkah perdagangan tidak konsisten yang dikenakan oleh EU pada mesyuarat seterusnya Pertubuhan Perdagangan Dunia - Jawatankuasa Kebersihan dan Fitosanitari (7-11 November 2022). Isu yang menjadi persoalan ialah kesahihan Had Maksimum Residu (MRL) toleransi import Kesatuan Eropah sebanyak 0.01 ppm (bahagian per juta) untuk kebanyakan racun perosak. Ini adalah bersamaan dengan 1 gram sisa racun perosak untuk setiap 100 tan komoditi makanan. Pada tahap dapatan ini, residu racun perosak tidak akan relevan secara biologi, toksikologi atau berkaitan alam sekitar. Langkah-langkah perdagangan ini boleh menjejaskan eksport pertanian dari India dan negara-negara membangun yang lain ke EU.
Perjanjian tentang Penggunaan Langkah-langkah Sanitari dan Fitosanitari (Perjanjian SPS) yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari 1995 dengan penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang menguatkuasakan peraturan berasaskan sains yang ketat untuk penggunaan Had Maksimum Residu (MRL) bagi racun perosak. MRL ialah tahap tertinggi residu racun perosak yang boleh diterima secara sah dalam komoditi pertanian apabila didagangkan. Komoditi mungkin dalam bentuk bijirin makanan, buah-buahan & sayur-sayuran, daging dan lain-lain. MRL dikenali sebagai Langkah SPS dalam istilah WTO. Menurut undang-undang WTO, langkah SPS perlu menangani semua ahli WTO secara sama rata supaya semua negara anggota mendapat peluang untuk meningkatkan perdagangan antarabangsa.
Mengulas tentang isu tersebut, S Ganesan – Penasihat CENTEGRO (Sebuah Kumpulan Pemikir Bukan Berasaskan Keuntungan yang memberi tumpuan kepada peningkatan ekonomi ladang) menegaskan "Menurut Peraturan EU (EC) No 396/2005 berkaitan Had Maksimum Residu Racun Perosak, apabila racun perosak tidak diluluskan untuk digunakan di EU dan /atau dikeluarkan dari pasaran EU, nilai lalai sebanyak 0.01 ppm akan ditetapkan sebagai MRL toleransi import. Menurut Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah (EFSA - 2021), MRL telah ditetapkan untuk lebih 1,300 jenis racun perosak. Daripada jumlah ini, MRL lalai 0.01 ppm adalah terpakai untuk sebanyak 690 jenis racun perosak. Dalam erti kata lain, untuk lebih 50% daripada racun perosak tersebut, EU telah menetapkan 0.01 ppm sebagai MRL toleransi import. Ini adalah sama baiknya dengan toleransi sifar".
"Penolakan konsainan eksport yang menggunakan MRL tidak konsisten WTO sebanyak 0.01 ppm mempunyai kesan yang serius terhadap pengeluaran pertanian, harga dan pendapatan petani bukan sahaja di India tetapi juga di negara-negara membangun yang lain. Penggunaan racun perosak secara meluas adalah berbeza-beza antara negara bergantung pada iklim, tanaman yang ditanam serta keadaan makhluk perosak dan penyakit" ujar S Ganesan lagi.
Perjanjian WTO-SPS menyatakan bahawa ahli WTO hendaklah meminimumkan kesan perdagangan negatif. MRL semasa EU sebanyak 0.01 ppm adalah sangat tidak konsisten dengan peruntukan Perjanjian WTO SPS dan GATT (Perjanjian Am berkaitan Tarif dan Perdagangan). Langkah-langkah ini boleh menjadi sekatan yang sengaja dikenakan ke atas perdagangan antarabangsa kerana ia tidak akan menggambar ketelitian WTO. Semua negara yang mengeksport ke EU dan para pemegang taruh yang lain hendaklah bekerjasama untuk meyakinkan EU bagi mempertimbangkan semula MRL toleransi import sebanyak 0.01 ppm oleh WTO di bawah peruntukan Perjanjian SPS yang berkaitan dan GATT. Pemansuhan pengukuran SPS WTO yang tidak konsisten pada 0.01 ppm MRL oleh EU akan memberikan kesan yang ketara dalam membolehkan negara-negara membangun dan negara-negara dunia ketiga untuk mengeksport produk pertanian mereka.
Untuk maklumat lanjut, Sila Hubungi:
Encik S Ganesan,
Penasihat kepada (Perjanjian Antarabangsa Berkaitan Perdagangan) Pusat Alam Sekitar dan Pertanian (CENTEGRO - Mumbai, India)
Telefon : + 9199595552725
e-mel: ganesanicc@gmail.com/ info@centegro.org
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1933420/S_Ganesan_Advisor_CENTEGRO.jpg?p=medium600