omniture

ICP DAS - BMP bakal ambil bahagian dalam COMPAMED 2022, Jerman buat julung kalinya

ICP DAS Co., Ltd.
2022-11-02 20:34 354

HSINCHU, 2 November 2022 /PRNewswire/ -- ICP DAS - BMP (Polimer Bioperubatan), pembekal TPU (poliuretana termoplastik) perubatan Taiwan, akan mempamerkan pelet TPU dengan 50% kandungan tungsten (W50) buat julung kalinya di COMPAMED 2022, Jerman. Pameran tersebut - wadah tumpuan untuk penyelesaian berteknologi tinggi dalam sektor teknologi perubatan - berlangsung di DÜSSELDORF mulai 14 hingga 17 November.

ICP DAS - BMP akan mengambil bahagian dalam COMPAMED 2022, Jerman
ICP DAS - BMP akan mengambil bahagian dalam COMPAMED 2022, Jerman

ICP DAS - BMP akan mempamerkan tiga siri pellet TPU gred-perubatan yang amat stabil iaitu Alithane™ (siri ALP), Durathane™ (siri ALC) dan Arothane™ (siri ARP). Pada tahun ini, ICP DAS - BMP memperkenalkan rangkaian pelet yang baharu masing-masing dengan kandungan tungsten sebanyak 30% (W30) dan 50% (W50). Ketika kita melangkah maju, ICP DAS - BMP merancang untuk membangunkan pelet dengan 70% kandungan tungsten (W70) dan siri ARP-CHDM baharu pada tahun 2023.

Semua pelet TPU gred-perubatan oleh ICP DAS - BMP dibuat 100% di Taiwan dan mempunyai keserasian bio yang hebat, rintangan hidrolitik & kimia, sifat-sifat mekanikal dan radiodensiti; ia boleh disesuaikan dan dipadankan dengan warna. Bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, ICP DAS - BMP menawarkan masa pendulu yang lebih singkat dan menerima pesanan dalam kuantiti yang lebih kecil.

Aplikasi pelet TPU gred-perubatan bermula daripada rawatan kanser dan peranti urologi hinggalah alat penahan, dsb. Tidak lama selepas ditubuhkan, ICP DAS - BMP mencapai hasil yang luar biasa di peringkat tempatan dan antarabangsa. Pengeluar-pengeluar peranti perubatan dari Korea Selatan, Israel dan Perancis telah memilih TPU yang boleh dipercayai dan berkualiti tinggi daripada ICP DAS - BMP.

Lawati reruai ICP DAS - BMP di Dewan 08B, Reruai 8BC17-2, mulai 14 hingga 17 November 2022 dan ketahui lebih lanjut tentang siri ARP-CHDM yang akan datang.

Latar Belakang ICP DAS - BMP

Sebagai respons kepada permintaan yang semakin meningkat untuk TPU dalam aplikasi perubatan, pada tahun 2018, ICP DAS menubuhkan sebuah unit perniagaan baharu untuk membangunkan dan mengeluarkan TPU gred perubatan, ICP DAS - BMP. Syarikat ini telah memperoleh pensijilan ISO 13485 untuk gudang bahan mentah dan barisan pengeluarannya.

ICP DAS - BMP mempunyai makmalnya sendiri untuk pempolimeran, analisis sifat-sifat fizikal dan ujian sitotoksisiti. Semua TPU yang dibekalkan oleh ICP DAS - BMP diperakui oleh USP Class VI dan mematuhi piawaian antarabangsa ISO 10993. Bahan-bahan telah lulus ujian pemekaan kulit dan sitotoksisiti mengikut ISO 10993-5 dan ISO 10993-10. Kesemua ini membolehkan ICP DAS - BMP untuk menjamin kebolehserasian bio untuk pengeluar peralatan perubatan.

Untuk butiran lanjut, sila kunjungi laman sesawang kami: https://bmp.icpdas.com/

Untuk produk, penyelesaian dan pertanyaan TPU, hubungi kami terus: sales_bmp@icpdas.com

 

 

Source: ICP DAS Co., Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Chemical Computer/Electronics Medical Equipment New products/services Trade show news