omniture

UNIVERSUM: PENINGKATAN JURANG ANTARA APA YANG DIINGINKAN OLEH BAKAT MUDA DENGAN APA YANG BOLEH DITAWARKAN OLEH MAJIKAN

Universum
2022-11-02 22:00 268

Kajian baharu menunjukkan bahawa pelajar universiti mengutamakan pendapatan serta keseimbangan pekerjaan dan kehidupan yang berkualiti, manakala keinginan untuk menerima "tugas yang mencabar" didapati jatuh merudum. Cabaran terhadap rundingan untuk mengambil pekerja pada masa hadapan?

STOCKHOLM , 2 November 2022 /PRNewswire/ -- Penilaian kedudukan Majikan Paling Menarik Di Dunia (WMAE) 2022 menyerlahkan ketidakselarasan yang semakin meningkat antara pekerjaan yang dijangkakan oleh pelajar dengan apa yang dapat ditawarkan oleh majikan dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan. "Gaji yang kompetitif" serta "pendapatan tinggi pada masa hadapan" kini merupakan dua daripada tiga keutamaan teratas untuk pelajar universiti daripada jurusan perniagaan, kejuruteraan dan IT — dan merupakan antara keutamaan yang paling pesat berkembang.  

"Sepanjang 18 bulan yang lalu, para majikan menawarkan kontrak dan syarat pekerjaan yang menguntungkan untuk menarik bakat muda kerana permintaan sudah melebihi bekalan di kebanyakan rantau," kata Mats Röjdmark, Ketua Pegawai Eksekutif Universum. "Kini dengan kadar pengambilan pekerja yang semakin perlahan, kami menjangkakan tawaran pekerjaan yang lebih realistik pada tahun 2023."

Universum, peneraju global dalam penjenamaan majikan telah meninjau lebih 185,067 orang pelajar dalam jurusan perniagaan, kejuruteraan dan IT daripada 9 ekonomi terbesar antara bulan September 2021 hingga Mei 2022. Tinjauan tersebut menyoal para pelajar tentang ciri-ciri majikan yang paling mempengaruhi mereka apabila mempertimbangkan pekerjaan pada masa hadapan dan jenama majikan yang paling mereka kagumi. Penemuan utama yang lain:

Google jatuh ke tempat #2 dalam kalangan pelajar jurusan perniagaan. Ia telah dikalahkan oleh Apple yang menaiki dua anak tangga ke tempat #1 pada tahun ini. (Google masih berada pada kedudukan #1 untuk pelajar jurusan kejuruteraan dan IT.)

Kualiti kehidupan masih menjadi keutamaan yang semakin meningkat. Daripada satu senarai yang menampilkan 40 ciri, "keseimbangan antara kerja dengan kehidupan" telah menaiki 6 anak tangga ke tempat #8 sebagai ciri yang paling penting pada tahun 2022 dan "syarat pekerjaan yang fleksibel" telah menaiki 7 anak tangga ke tempat #10.

Bukti "berhenti kerja secara senyap"? Apabila diminta untuk menilai keutamaan majikan masa depan mereka, golongan muda kurang cenderung untuk memilih "tugas yang mencabar" pada tahun 2022 — kadar penurunan keutamaan terbesar dalam tempoh setahun pada tahun 2022.

Pengarah Akaun Global Universum, Richard Mosley mengatakan bahawa kajian pada tahun 2022 tersebut menawarkan data penting untuk membantu para majikan menyediakan belanjawan untuk tahun 2023: "Syarikat-syarikat masih mendambakan bakat muda dalam bidang teknologi, perniagaan dan kejuruteraan, namun belanjawan yang ketat berkemungkinan akan menyebabkan keputusan sukar dibuat. Kini, organisasi perlu mengambil pendekatan dipacu data yang lebih banyak untuk penjenamaan majikan, pemesejan dan strategi saluran."

Muat turun salinan penuh laporan Majikan Paling Menarik di Dunia: https://bit.ly/3VQJWlv

Tentang Universum
Universum ialah sebuah agensi penjenamaan majikan berpandukan maklumat dan berasaskan data. Ditubuhkan di Stockholm, kami kini aktif di lebih 60 buah negara dan mempunyai hab utama di Paris, Berlin, London, New York, Singapura dan Shanghai.

Hubungan Media:
Jonas Barck, Ketua Pegawai Pemasaran
Jonas.barck@universumglobal.com
+4670693388

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1929119/Universum_Logo.jpg?p=medium600

Source: Universum
Keywords: Advertising Computer/Electronics Education Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research Data Analytics